Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengada Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan.
Sesi mengadap Seri Paduka Baginda berlangsung selama 15 minit di Istana Negara hari ini.
Pada sesi mengadap itu, Kee Kan memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka tersebut.
Seri Paduka Baginda bertitah, semua pihak termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang.
“Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini.
“Sekali lagi, saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat.
Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).
SUMBER: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar