Pusat Perubatan Sunway rai 25 tahun transformasi penjagaan kesihatan

Sempena ulang tahun ke-25, SMC melakar pencapaian penting dalam bidang klinikal, penerimaan komuniti serta inovasi dan menjadi hospital swasta pertama di Malaysia dengan 3 akreditasi hospital.

Poster Terkini (1)

BANDAR SUNWAY, 4 Februari 2025 – Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) menyambut ulang tahun ke-25 sejak ia mula beroperasi pada November 1999.

Sebagai sebuah hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia, pencapaian bersejarah ini memperlihatkan kecemerlangan klinikal, penjagaan komuniti dan inovasi perintis serta menjulang visi yang menjadi asas penubuhannya.

Ditubuhkan untuk memenuhi keperluan kesihatan masyarakat yang kian meningkat, SMC terus membangun menjadi hospital kuaternari swasta terbesar di negara ini dengan kapasiti 724 katil berlesen dan lebih 60 bidang kepakaran perubatan.

Ia menyediakan penjagaan multidisiplin dengan standard tertinggi dan mempunyai 28 Pusat Kecemerlangan. SMC komited untuk terus dikenali dengan perkhidmatan pakar dan rawatan perubatan yang komprehensif.

Ketua Pegawai Eksekutif SMC, Dr. Seow Vei Ken berkata, “SMC telah melalui perjalanan selama 25 tahun yang penuh dengan pembangunan dan inovasi. Sejak memulakan operasi pada November 1999, kami berbangga menjadi peneraju dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang holistik dan yang berfokuskan pesakit.

“Ulang tahun ini menjadi detik untuk melihat kembali pencapaian dan mengukuhkan komitmen kami untuk terus memberikan penjagaan kesihatan bertaraf dunia. Kami juga akan terus mengembangkan perkhidmatan dan meluaskan kehadiran kami dalam industri kesihatan ini.”

Inovasi Lebih Besar untuk Kemajuan Lebih Tinggi

Sebagai peneraju inovasi dalam bidang penjagaan kesihatan, SMC komited untuk mengadaptasi teknologi terkini dalam memberikan penjagaan yang terbaik kepada pesakit. Pusat Kanser Sunway dan Pusat Perubatan Nuklear dilengkapi sepenuhnya untuk menawarkan perkhidmatan diagnosis dan rawatan kanser yang komprehensif.

Sejak 25 tahun lalu, SMC telah mencatat pelbagai pencapaian perubatan yang signifikan, termasuk menjadi hospital swasta pertama di Malaysia yang telah melaksanakan lebih 3,000 pembedahan dengan bantuan robot.

Hospital ini terus memajukan kepakaran pembedahannya dengan teknologi baharu yang berinovatif, sekali gus mengukuhkan komitmennya untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif dan maju.

Unit Rawatan Rapi Pediatrik (Paediatric Intensive Care Unit, PICU) SMC diketuai oleh dua Pakar Intensif Pediatrik, disokong oleh pasukan pakar pelbagai disiplin merangkumi 24 subkepakaran pediatrik. PICU turut dilengkapi dengan inovasi pintar seperti sistem Tanda Amaran Awal (Early Warning Signs, EWS) dan pengudaraan bukan invasif, menyediakan penjagaan bertaraf tinggi yang berpusatkan keluarga serta bebas rasa sakit, sambil menawarkan sokongan penuh dengan belas kasihan.

Makmal Hematologi Khas SMC juga mendapat akreditasi daripada College of American Pathologists (CAP), yang dianggap sebagai piawaian emas dalam kawalan kualiti makmal di peringkat dunia. Makmal yang mengkhususkan pemindahan sum-sum tulang ini merangkumi keseluruhan proses daripada diagnosis hingga rawatan.

Perkhidmatannya membantu pakar dalam melakukan diagnosis dan prosedur pemprosesan sel stem hematopoietik, pengawetan krio (cryopreservation) dan extracorporeal photopheresis (ECP) untuk merawat penyakit graft-versus-host (GVHD) di bawah satu bumbung.

Ditambah dengan Pakar Hematologi Transplantasi Pediatrik yang mula menyertai SMC pada penghujung 2024, hospital itu juga telah mulai merawat pesakit pemindahan sumsum tulang kanak-kanak.

Dedikasi SMC terhadap kecemerlangan penjagaan kesihatan telah diperakui melalui penerimaan pelbagai anugerah dan pengiktirafan daripada badan akreditasi tempatan dan antarabangsa. Ini termasuklah Gold Seal of Approval dari Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI – Joint Commission International Gold Seal of Approval) dari Amerika Syarikat, Majlis Piawaian Penjagaan Kesihatan Australia (Australian Council on Healthcare Standards – ACHS) dan Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (Malaysian Society for Quality in Health – MSQH), sekali gus menjadi hospital swasta pertama di negara ini yang mempunyai tiga akreditasi utama hospital.

Kejayaan ini menjadi penanda aras untuk penjagaan kesihatan swasta di Malaysia, serta mengukuhkan komitmen untuk memberikan penjagaan bertaraf dunia dengan penuh belas kasihan, inovasi dan ketepatan klinikal.

Presiden Kumpulan Perubatan Sunway, Datuk Lau Beng Long berkata, “Ulang tahun ke-25 ini merupakan detik yang membanggakan buat kami. Perkembangan dari awal penubuhan sehingga kami menjadi hospital swasta pertama di Malaysia yang memperoleh tiga akreditasi utama adalah bukti komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan klinikal, sumbangan kepada komuniti dan inovasi.

“Kami juga berbangga kerana telah dinobatkan sebagai antara 250 hospital terbaik di dunia dalam ranking Newsweek World’s Best Hospitals 2024, dengan 2024 menyaksikan penerimaan pengiktirafan ini buat kali pertama. Pencapaian ini menunjukkan dedikasi warga kerja kami yang berusaha keras untuk memajukan penjagaan kesihatan di SMC dan Malaysia.”

Komitmen Berterusan SMC terhadap Kesihatan dan Kesejahteraan Komuniti

Selain itu, SMC juga telah menganjurkan Festival Vitality SunMed pada 1 Disember 2024 di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di mana hospital ingin meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan.

Para peserta boleh menerima pendidikan kesihatan secara langsung dari gerai-gerai pameran yang merangkumi pelbagai topik kesihatan dan pencegahan penyakit. Pengunjung juga berpeluang untuk berjumpa dengan profesional penjagaan kesihatan bagi membincangkan isu-isu berkenaan kesihatan.

Festival Vitality SunMed juga menampilkan aktiviti interaktif termasuk demonstrasi pertolongan cemas oleh Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, pameran yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan dan gaya hidup sihat, serta sesi kecergasan dan senaman yang aktif. Penganjung boleh menerokai pasaran yang menawarkan pilihan makanan sihat dan produk kesihatan daripada vendor tempatan.

SMC turut bekerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics pada Oktober 2024 untuk melancarkan Program Kesejahteraan ‘Time to Move’. Program ini menggalakkan para peserta untuk mengutamakan kesejahteraan diri dengan peralatan, bimbingan daripada para profesional dan sokongan selama 90 hari.

Ia menekankan komitmen hospital untuk memastikan kesejahteraan holistik dan memupuk gaya hidup aktif dalam komuniti.

Sempena sambutan ulang tahun ke-25, SMC terus komited untuk memacu industri penjagaan kesihatan dengan inovasi dan dedikasi, sambil memastikan setiap pesakit dapat menerima penjagaan yang berkualiti tinggi.

SMC terus menetapkan standard baharu dalam penjagaan kesihatan dan menawarkan teknologi terkini dalam rawatan dan penjagaan pesakit.

Menjelang suku ketiga tahun 2026, apabila Menara F iaitu menara keenam yang bakal menjadi pusat perubatan kanak-kanak siap, SMC dijangka dapat meningkatkan kapasiti kepada lebih 1,104 katil.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway dan perkhidmatan yang ditawarkan, sila layari sunwaymedical.com