Bijak berprestasi di kempat kerja kini menjadi keperluan
Kita terus mengisi hari-hari dengan tugasan, mesyuarat dan kewajipan yang menawarkan pulangan yang semakin berkurangan merudum.
KITA telah lama mengetengahkan dan terbawa-bawa dengan idea bahawa melakukan lebih banyak adalah sama dengan mencapai lebih banyak.
Contohnya lebih banyak mesyuarat, lebih banyak e-mel, lebih banyak masalah sampingan atau lebih banyak KPI tetapi apabila kita melangkah ke tahun 2026, langkah paling bijak yang boleh kita lakukan ialah penolakan beban kerja secara lebih strategik kerana sebenarnya melakukan lebih banyak adalah tidak sama dengan mencapai lebih banyak.
Kini semakin menjadi lebih sukar untuk mengetengahkan kebenaran yang diketengahkan oleh pakar produktiviti, penyokong kesejahteraan dan profesional yang mula letih setelah semuanya bercakap selama bertahun-tahun, kami telah mencapai puncak ‘sibuk’.
Kalendar kita penuh, tenaga kita diregangkan dan diperah-perah, dan perhatian kita hancur. Atas nama untuk melihat organisasi kita maju, kita terus mengisi hari-hari dengan tugasan, mesyuarat dan kewajipan yang menawarkan pulangan yang semakin berkurangan merudum.
Namun begitu ramai di antara kita masih terus meningkat kerana terus meletakkan keyakinan bahawa lebih banyak aktiviti bermakna maka lebih banyak pencapaian dalam prestasi kita.
Penyelidikan daripada firma penyelidikan terkemuka Deloitte, melalui ‘Tinjauan Kesejahteraan di Tempat Kerja’ mendedahkan bahawa 43 peratus profesional kerap berasa letih dan 42 peratus melaporkan tahap tekanan yang tinggi dan yang lebih menarik, ramai yang mengatakan mereka tidak mempunyai masa atau kapasiti untuk mengutamakan kesejahteraan mereka sendiri.
Inilah paradoks yang kita hadapi, jadual kerja kita terlalu padat, kita tidak boleh berhenti rehat cukup lama untuk menetapkan semula prestasi.
Ini merupakan sebab kini tiba masanya untuk memikirkan semula cara kita bekerja. Melakukan lebih sedikit bukanlah satu kesalahan, sekiranya ia adalah strategi yang bijak dan untuk bekerja dengan prestasi lebih baik.
Ramai pekerja hari ini telah mempercayai bahawa jalan menuju kejayaan bukan hanya melakukan tugasan yang banyak tetapi tugasan yang berkualiti tinggi dan lebih fokus.
Jika kita ingin mengembangkan kerjaya kita, membina perniagaan kita atau berasa lebih terurus kehidupan kita, logiknya, adakah kita perlu melakukan lebih banyak kerja dan perlukah kita katakan ya untuk tugasan yang lebih banyak dengan lebih kerap, dan mencari cara untuk memerah keringat lebih banyak jam pada satu hari? Tanya diri kita sendiri.
Tetapi bagaimana jika keuntungan sebenar datang daripada penolakan? Kita harus bijak mengenal pasti apa yang membebankan kita dan sengaja mengenepikannya kerana ia tidak lagi sesuai untuk halatuju kerjaya kita.
Kuasa Menolak
Inilah idea di sebalik pemikiran bata merah; konsep yang kita bangunkan untuk membantu individu dan organisasi memperbaiki kelalaian mereka dalam penilaian prestasi dan ini akan mewujudkan ruang untuk memperbaiki perkara yang benar-benar penting.
Nama itu berasal dari latihan mudah yang sering syarikat latihat gunakan dalam bengkel sumbermanusia yang melibatkan permainan jambatan LEGO yang bengkok dan tidak seimbang.
Kebanyakan orang dalam latihan ini akan cuba membaiki jambatan bengkok tadi dengan menambah lebih banyak bongkah lego tadi, dan amat sedikit yang menganggap langkah yang lebih bijak adalah dengan membuang bongkah lego yang menyebabkan masalah itu pada mulanya.
Ia adalah metafora yang hampir selalu berlaku kerana dalam persekitaran kerja yang memberi ganjaran kepada penambahan beban kerja, namun kita telah terlupa betapa kuatnya kerja itu penolakan.
Pemikiran mengurangkan bebanan kerja untuk mendapatkan kerja yang lebih berkualiti ini menjadi sangat berharga di tempat kerja di mana maslah berlaku secara senyap.
Kita sebenarnya mewarisi sistem, menjalankan tugas dan menerima tanggungjawab tanpa mempersoalkan sama ada ia masih mempunyai tujuan atau sebaliknya. Siapa yang mempersoalkan kenapa ia perlu dilakukan akan kelihatan negatif dimata kumpulan majoriti.
Stigma Kebiasaan
Tambahan pula, setiap kita dikawal oleh satu stigma proses yang mesyuarat itu perlu sentiasa ada dan bukan ada yang mewujudkan kerana mereka ini sentiasa ada (sindrom Aku Sentiasa Ada, ASA). Dalam kebanyakan kes, tiada siapa yang sengaja membentuk kerumitan kerumitan sebenarnya, ia hanya terbentuk melalui pengalaman memimpin sebenarnya.
Begitulah cara permainan bongkah-bongkah lego itu tadi yang seakan tertanam dalam rutin harian dan sebab ia begitu sukar diabaikan.
Apabila kita mula mengurangkan bongkah-bongkah itu, satu demi satu, kita mengalami perubahan yang ketara. Para pekerja akan mendapat semula tenaga berlebihan, berfikir dengan lebih jelas dan memberi diri mereka lebih masa untuk menghela nafas kelegaan, mewujudkan ruang untuk kerja yang lebih mendalam, keputusan yang lebih baik dan impak yang lebih bermakna.
Melepaskan beban tugas boleh berasa tidak selesa. Selalunya terdapat ketakutan yang senyap bahawa jika kita berhenti melakukan perkara-perkara tertentu seperti menghadiri mesyuarat berulang itu, membalas serta-merta kepada setiap mesej, mengekalkan setiap butiran, kita akan ketinggalan dan dilihat sebagai tidak terlibat atau bukan pemain pasukan.
Seorang ketua yang hidup pada zaman ini perlu melihat sebaliknya. Apabila kita berpegang pada segala-galanya secara tetap, kita akan mengorbankan fokus kita dan menjejaskan keupayaan kita untuk muncul sepenuhnya di tempat yang lebih penting.
—
Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi MALAYA NEWSROOM.
