Yayasan MR D.I.Y. dinobatkan ‘Yayasan Terbaik Tahunan’ kali kedua berturut-turut

Dinobatkan sebagai Yayasan Terbaik Tahunan [Peruncit Perkakas Rumah] pada Anugerah Kepimpinan Kebajikan Komuniti di Sustainability & CSR Malaysia Awards 2025

Feature Image (4)

KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2025 – Cabang amal Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad, Yayasan MR D.I.Y., sekali lagi menerima pengiktirafan tertinggi apabila dinobatkan sebagai Yayasan Terbaik Tahunan [Peruncit Perkakas Rumah] pada Anugerah Kepimpinan Kebajikan Komuniti di Sustainability & CSR Malaysia Awards 2025 baru-baru ini.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Yayasan MR D.I.Y., menerima gelaran ‘Yayasan Terbaik Tahunan’ yang berprestij itu. Pada 2024, Yayasan tersebut telah menerima pengiktirafan untuk Semangat Komuniti Cemerlang.

Anugerah tahunan yang dianjurkan oleh CSR Malaysia di bawah Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kemapanan dan Korporat Malaysia itu bertujuan mengiktiraf organisasi di Malaysia yang menunjukkan kepimpinan dalam memacu kemajuan sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Para pemenang dinilai oleh panel hakim profesional daripada sektor korporat dan sosial berdasarkan matlamat CSR yang jelas, impak yang boleh diukur, konsistensi, ketelusan, kreativiti, kebolehan pasukan dan keikhlasan pelaksanaan.

Majlis anugerah tersebut telah diadakan pada 17 Julai 2025 di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Mengulas mengenai pengiktirafan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin berkata, “Anugerah ini adalah bukti dedikasi dan keprihatinan setiap anggota Yayasan MR D.I.Y. dan Kumpulan MR D.I.Y.

“Ia mencerminkan komitmen bersama kami untuk berkhidmat kepada komuniti dengan integriti, belas ihsan dan matlamat yang jelas. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak penganjur dan panel juri CSR Malaysia Awards serta kepada Kumpulan MR D.I.Y. atas kepercayaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

“Kami amat berbesar hati atas penghormatan ini dan akan terus menggiatkan usaha kami dalam membawa perubahan positif yang berkekalan demi masa depan yang lebih baik dan negara Malaysia yang lebih sejahtera.”

Ditubuhkan pada Jun 2023, Yayasan MR D.I.Y., menerajui inisiatif impak komuniti bagi Kumpulan MR D.I.Y. Pada tahun 2024, Yayasan ini telah melaksanakan pelbagai program yang memberi impak positif kepada lebih 95,000 individu di seluruh negara.

Yayasan MR D.I.Y., komited untuk terus memperluas jangkauannya serta memacu pembangunan lestari yang memberi manfaat kepada komuniti di seluruh negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program kelestarian dan tanggungjawab sosial korporat Yayasan MR D.I.Y., layari laman web rasmi MR D.I.Y. di www.mrdiy.com atau ikuti saluran media sosialnya di Facebook, Instagram dan TikTok.