KUALA LUMPUR, 19 September 2024 – Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) bersama Mydin melancarkan kempen ‘Jom Sihat, Kekal Cergas’ bagi menginspirasikan rakyat Malaysia untuk membuat pilihan gaya hidup yang lebih sihat.
Berlangsung sempena sambutan Hari Malaysia, kempen yang berlangsung di Mydin USJ pada 13 September lalu mengetengahkan kepentingan menjalani gaya hidup yang seimbang dan mendidik para pengguna untuk memilih jenis makanan yang lebih sihat.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 menunjukkan hampir 2.3 juta rakyat dewasa Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya tiga penyakit tidak berjangkit (NCD), sementara lebih daripada 1 juta rakyat Malaysia sedang bergelut dengan kemurungani, menandakan keperluan mendesak untuk pendekatan kesihatan secara menyeluruh.
Sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia, kempen ini mempamerkan produk-produk sihat yang membawa Logo Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choice Logo, HCL), mencerminkan dedikasi F&N untuk memenuhi kriteria nutrien yang ketat – dengan merendahkan kandungan gula, sodium dan lemak sambil meningkatkan ramuan bermanfaat seperti protein dan vitamin.
Selaras dengan falsafah ‘Nikmat Sebenar, Kebaikan Sejati’ serta berpandukan Piagam Nutrisi (Nutrition Charter) tersendiri, F&N mempersembahkan pelbagai rangkaian produk.
Ia bagi membolehkan pengguna mendapat maklumat lengkap dalam membuat pilihan makanan yang lebih sihat tanpa berkompromi dengan rasa.
Rangkaian ini termasuk minuman isotonik, teh, minuman Asia, dan produk tenusu.
Pelancaran ini turut menampilkan sesi perkongsian daripada Pengarah Pemasaran Minuman F&N, Leong Wai Yin; Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar dan Pegawai Perubatan merangkap Pempengaruh Kesihatan, Dr Amanda Elli.
Nur Aqilah Amalina yang banyak melakukan kajian tentang pemakanan komuniti, menekankan kepentingan pengambilan pemakanan yang lebih sihat melalui peningkatan literasi pelabelan makanan.
“Nutrisi memainkan peranan yang kritikal dalam gaya hidup sihat dan pemilihan yang lebih bijak dalam diet seseorang boleh membawa impak yang signifikan kepada kehidupan rakyat Malaysia.
“Dengan adanya produk di pasaran yang mempunyai Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL Logo) seperti yang turut tertera pada rangkaian produk F&N, para pengguna kini boleh membuat pilihan makanan yang lebih sihat berdasarkan maklumat pada label.
“Perubahan dalam pemilihan makanan dan minuman seharian kita, meskipun hanya pada skala kecil, mampu mendatangkan manfaat besar kepada kesihatan jangka masa panjang kita,” katanta.
Amanda Elli juga bersependapat dengan Nur Aqilah menegaskan, kepentingan Logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan serta pengaruhnya dalam membimbing para pengguna untuk membuat pilihan yang lebih bijak.
“Logo Pilihan Lebih Sihat menandakan sesebuah produk telah memenuhi set kriteria nutrisi yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Dengan pemilihan produk yang berlabel ini seperti minuman F&N, para pengguna mendapat maklumat lengkap dan tepat dalam membuat keputusan yang menyumbang kepada kesihatan mereka secara menyeluruh.
“Penjagaan diet yang seimbang, kekal aktif secara fizikal dan pengurusan kesihatan mental adalah kunci kepada kehidupan yang sejahtera,” katanya.
Sementara itu, Wai Yin berkata, ‘Kempen Jom Sihat, Kekal Cergas’ ini mencerminkan komitmen F&N untuk menangani cabaran-cabaran kesihatan di Malaysia dengan menawarkan minuman lazat yang memenuhi keperluan nutrisi pembeli.
“Kami berbesar hati untuk menawarkan rangkaian produk yang lebih lazat dan lebih sihat, selari dengan Piagam Nutrisi kami dan menepati piwaian tinggi Logo Pilihan Lebih Sihat.
“Kerjasama dengan Mydin pula mempermudahkan produk-produk lebih sihat ini untuk didapati, menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjalani hidup lebih aktif dan seimbang,” katanya.
Program ini turut menampilkan stesen-stesen interaktif yang mempamerkan jenama F&N, termasuk F&N Magnolia Milk, 100PLUS, F&N SEASONS, dan OYOSHI Green Tea.
Setiap stesen menunjukkan manfaat-manfaat nutrisi produk-produk tersebut seiring dengan pelbagai aktiviti bertema yang mempromosikan kesejahteraan fizikal dan mental dengan penglibatan menyeluruh dan menyeronokkan untuk dialami oleh para pengunjung.