Berhenti jadi orang baik yang memudaratkan diri, organisasi

Ramai pekerja sebenarnya penat, terharu, malah hampir keletihan tetapi masih menerima tugas tambahan kerana mereka berasa tidak enak untuk menolak. 

Poster Terkini

MENJADI seorang yang baik sememangnya sesuatu yang positif. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah situasi, bersikap terlalu baik di tempat kerja sebenarnya boleh menjejaskan prestasi seseorang individu.

Adakah kita biasa dengan perasaan menjadi ‘taat’ di tempat kerja? Setiap permintaan dipersetujui, setiap tugas digalas, malah di luar skop kerja kita dengan nawaitu menghalalkan pendapatan yang kita terima?

Pada mulanya, pekerja mungkin akan dilihat sebagai pekerja yang rajin dan bertanggungjawab. Namun, lama-kelamaan, pengumpulan kerja, ketidakseimbangan hidup dan perasaan menjadi ‘menyampah’ akan mula menguasai diri apabila kebaikan individu tersebut dijadikan tempat untuk diletakkan bebanan kerja mereka yang tidak produktif.

Masalahnya, menjadi seorang yang baik di pejabat sering disalah ertikan. Orang fikir kita sanggup, sedangkan sebenarnya pekerja berasa tidak senang untuk mengatakan tidak . 

Pada dasarnya, perbuatan baik adalah bentuk kepedulian, empati dan kasih sayang terhadap sesama manusia dan organisasi. Jika dilakukan dengan betul, melakukan kebaikan boleh menjadikan seseorang lebih bahagia, bebas daripada tekanan dan mempunyai hubungan rapat dengan orang lain.

Orang baik mahu hidup dalam dunia harmoni. Apabila persekitaran yang diidamkan tidak direalisasikan oleh persekitaran sesebuah organisasi itu, maka carilah tempat yang sesuai untuk mendapatkan manfaatnya.

Sekurang-kurangnya situasi penindasan terhadap tingkah laku kebaikan seseorang yang kadangkala tidak dapat dikawal, boleh diatasi dengan mencari tempat untuk mengembangkan dan memperbaiki hierarki kebaikan yang lebih baik untuk hierarki diri dan pengaruh baik orang lain di persekitaran berbeza.

Seseorang itu bukanlah seorang wali atau nabi untuk bertahan atau memaksa orang lain untuk menerima mesej orang lain tetapi kini, menyelamatkan seseorang perlu mempunyai kawalan untuk berbuat baik kepada persekitaran yang betul, orang yang betul dan menerima faedah yang setara sebagai balasannya.

Malangnya, ramai yang akhirnya mengambil kesempatan daripadanya. Bukan kerana individu ini tidak cerdik tetapi kerana beliau terlalu takut dilihat sebagai jahat atau tidak bekerjasama.

Masalahnya, menjadi seseorang yang selalu berkata ‘ya’ tidak selalu menjadikan kita kelihatan hebat. 
Sebaliknya, seseorang boleh dilabelkan sebagai ‘sesiapa sahaja boleh diminta melakukan apa sahaja’.

Ramai pekerja sebenarnya penat, terharu, malah hampir keletihan tetapi masih menerima tugas tambahan kerana mereka berasa tidak enak untuk menolak. 

Takut digelar tidak bekerjasama, takut dianggap malas atau selalunya, takut menyinggung perasaan orang lain. Malah, bersikap terlalu baik dan sentiasa bersetuju akhirnya boleh menyebabkan orang mengambil kesempatan daripada mereka. 

Macam mana? Kerana orang tahu bahawa mereka akan sentiasa patuh, tidak akan menjadi sifar dan boleh dipercayai untuk membantu kerja yang bukan milik mereka. Akhirnya, tanggungjawab yang harus dipikul sama-sama akhirnya memihak hanya kepada seseorang sahaja.

Menjadi orang yang baik adalah lebih mudah daripada menjadi orang yang adil tetapi nampaknya ia hanyalah metafora ayat, tidak konkrit, malah tidak patut menjadi pilihan.

Pada hakikatnya, adakah juga benar untuk berlaku untuk adil. Bila dah buat baik baru berani nak dapat penilaian orang lain.

Perbuatan baik juga boleh membuahkan kebaikan yang lain. Tenaga positif yang mengalir apabila melakukan kebaikan boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama. Kebaikan juga boleh menjadi inspirasi kepada orang lain untuk menjadi orang yang lebih baik.

Pilihan daripada risiko atau risiko daripada pilihan? Pilihan daripada akibat atau akibat daripada pilihan?

Jangan terlalu berasa untuk kebaikan kita sendiri. Intinya jangan terlalu terasa. Biarkan diri berfikir secara profesional. Hakikatnya kita bukan superhero tetapi hanya manusia yang berkaitan dengan kapasiti.

Yang penting, berani berkata TIDAK DAN YA jika diminta sesuatu. Kena bagi masa dulu, minta masa untuk berfikir. Lindungi hak kita dalam memilih supaya tidak ditindas untuk kesan yang paling buruk.

Berani mengeluarkan pendapat tentang idea yang berbeza. Kebanyakan ‘keseronokan orang lain’ menyebabkan seseorang terlalu banyak bertindak sebagai penerima sehingga seseorang kadang-kadang mendapat bahagian kuota sosial atau ganjaran yang amat tinggi hanya sebagai penyambut tetamu.

Berbuat baik sememangnya satu sikap yang terpuji dan menjadi impian ramai orang. Namun, jangan berlebih-lebihan sehingga memudaratkan diri sendiri, ya? Buat baik perpada-pada.

Mulai sekarang, cuba lakukan lebih banyak kebaikan untuk diri sendiri. Sebelum menghargai orang lain, hargailah diri sendiri. Tidak salah untuk menolak apabila kita benar-benar tidak dapat melakukannya, kerana semuanya mempengaruhi prestasi kita akhirnya.


Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi MALAYA NEWSROOM.