FPP UiTM Kampus Rembau pergiat aktiviti jaringan industri atasi masalah NEETs

UiTM Negeri Sembilan mempergiat program pendidikan berasaskan industri melalui kerjasama agensi kerajaan bagi meningkatkan kemahiran, pengalaman kerja dan kebolehpasaran graduan.

Feature Image (12)

KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2026 – Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Negeri Sembilan kini mempergiatkan Program Universiti berasaskan Perindustrian (Pelajar-Terdidik-Dibangunkan atau Dipimpin Industri).

Ini merupakan satu rangka kerja pendidikan berstruktur yang direka untuk mengurangkan masalah populasi golongan muda dalam kumpulan NEETs (Tidak dalam Pendidikan, Pekerjaan atau Latihan) secara langsung.

Dengan mengubah paradigma pendidikan daripada kurikulum tradisional yang sarat dengan teori kepada pembelajaran bersepadu tempat kerja yang didorong oleh permintaan, program-program ini menghapuskan jurang pengalaman antara tamat pengajian dan pekerjaan.

Program seperti ini disokong oleh agensi-agensi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), TalentCorp,Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia serta beberapa agensi Kerajaan lain.

Dengan adanya Kerjasama yang erat antara institusi pengajian tinggi dengan agesi kerajaan ini krisis NEETs yang kebiasaannya didorong oleh tiga faktor utama , kekurangan pendedahan kemahiran yang berkaitan industri, kurang ketidak terlibatan ekonomi, dan kekurangan hala tuju professional dikalangan mahasiswa tahun akhir dapat dikurangkan.

Model kerjasama yang dipimpin oleh industri negara ini diharap dapat merungkai halangan ini secara sistematik seterusnya menambah baik kebolehpasaran graduan fakulti. Kerjasama yang di terajui oleh KWSP Negeri Sembilan kali ini sememangnya merupakan satu usaha cemerlang rakan industri UiTM dalam meningkatkan kemahiran para graduan.

Dalam mendapatkan impak maksimum dari program sebegini pihak fakulti juga melibatkan pesatuan pelajar yang aktif seperti D’Bankers, sebuah kelab pelajar rasmi untuk pelajar Diploma Perbankan di Fakulti Perniagaan & Pengurusan,UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.

Program ini juga diterajui oleh EMLD sekumpulan penyelidik pakar dalam bidang Pengurusan Keusahawanan dan Pembangunan Kepimpinan, yang terdiri daripada pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) (Faculty of Business and Management) at Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.

Menurut Ketua Pusat Pengajian (KPP), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Negeri Sembilan, Farrah Othman pendidikan kerjaya yang tidak konsisten dan datang terlalu lewat dalam zaman pendidikan mereka, serta akses kepada pengalaman kerja yang berkurangan menyumbang kepada kepada peningkatan kumpulan NEETs ini.

Tambah beliau lagi kemahiran hidup utama bermula daripada komunikasi kepada literasi kewangan sering kurang dibangunkan dan ini akan menjejaskan kesediaan untuk bekerja dan mewujudkan jurang kemahiran untuk majikan.

Bagi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan usaha seperti ini menambah baik beberapa strategi asal universiti. Contohnya program sebegini dapat mengelakkan graduan daripada jatuh ke dalam kategori NEETs, dimana universiti akan beroperasi sejajar dengan pasaran kerja melalui tunggak akademik utama.

Yang pertamanya kurikulum reka bentuk bersama dimana rakan strategik secara aktif terlibat menyampaikan maklumat dari industri melalui platform akademik seperti “Collaborative Group Collaborative Teaching (CGCT)”. Ini memastikan graduan mempelajari skill, amalan dan nilai industri yang sedang digunakan dalam pasaran kerja, sekali gus menghapuskan “jurang kemahiran”.

Usaha ini juga diperkukuhkan dengan program latihan industri di syarikat-syarikat yang menggabungkan kemahiran mandatori, lanjutan, koperasi atau latihan amali yang lebih terurus.

Melalui program sebegini juga pelajar dapat melengkapkan diri dengan bimbingan industrisecara berterusan. Pelajar digandingkan dengan profesional aktif dari lapangan dan bukan sekadar tenaga akademik universiti. Usaha ini akan memberikan mereka akses awal kepada rangkaian profesional dan budaya korporat.

Dengan pengupayaan program sebegini FPP melihat laluan penempatan kerjaya graduan akan lebih terjamin. Ini adalah kerana banyak majikan hari ini menampilkan tawaran pekerjaan bersyarat semasa pendaftaran atau trek pengambilan pekerja berasaskan prestasi yang jelas selepas tamat pengajian.

Semoga usaha-usaha ini mendapat kerjasama para graduan demi untuk kemajuan diri mereka. Usaha ini tidak akan berjaya tanpa Kerjasama dari agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program sehari ini.