UiTM Kampus Rembau perkukuh jalinan akademia-industri
Universiti seperti UiTM Kampus Rembau juga melihat perkongsian akademia-industri bersama MarksPlus Institute Indonesia sebagai satu perkembangan yang sihat.

REMBAU, 24 Julai 2025 – Sejak kebelakangan ini, kita menyaksikan ledakan perjanjian persefahaman antara banyak universiti dan firma antarabangsa.
Universiti seperti UiTM Kampus Rembau juga melihat perkongsian akademia-industri ini sebagai satu perkembangan yang sihat dan perubahan yang dialu-alukan.
Perkongsian ini memberi kemudahan dalam pembelajaran dan pengajaran untuk menghubungkan kualiti akademik dan kemahiran mahasiswa yang industri perlukan.
Ini merupakan satu faktor yang sukar diperoleh apabila mereka tiada hubungan yang rapat dengan industri yang benar-benar beraksi di pentas global.
Atas kepentingan ini Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau telah memanfaatkan perjanjian persefahaman yang mereka meterai bersama MarksPlus Institute Indonesia.
MarkPlus Institute adalah pelopor dan firma latihan dan penyelidikan pemasaran profesional terkemuka di dunia yang berpengkalan di Indonesia sejak tahun 1990.
Firma ini amat berpengaruh dalam perkembangan kompetensi dan daya saing yang lebih baik yang diperlukan dalam tahap pendidikan, profesional, pemasaran dan keusahawanan dalam industri di peringkat antarabangsa.
Fakulti ini menyedari yang MarkPlus Institute banyak menyediakan pengetahuan Pemasaran, Keusahawanan, dan Perniagaan dalam bentuk aplikasi strategi, operasi, pengurusan dan kepimpinan dalam industri.
Baru-baru ini, fakulti ini menerapkan pembelajaran melalui saluran YouTube yang di sediakan oleh MarksPlus Institute iaitu ‘Marketeers TV’ (https://www.youtube.com/@marketeers).
Melalui saluran YouTube ini, pelajar-pelajar pemasaran dan keusahawanan fakulti ini benar-benar dapat berkongsi ilmu dari tokoh-tokoh industri yang berkualiti tinggi.
Dalam dunia industri yang sentiasa berubah dipengaruhi dengan kemajuan teknologi yang pesat dan cabaran global, fakulti ini merasakan bahawa jurang antara akademik dan industri telah menjadi lebih ketara berbanding sebelum ini.
Walaupun usaha akademia tertumpu terutamanya pada pencarian pengetahuan, teori dan penyelidikan, industri beroperasi dalam dunia sebenar, memberi tumpuan kepada penyelesaian segera dan aplikasi praktikal tetapi ini tidak mencukupi.
Suasana ini mula didasari dan dicari kaedah untuk merapatkan jurang akademia-industri ini. Walaupun boleh difahami dan sering mengakibatkan jurang yang menyebabkan kedua-dua mahasiswa dan organisasi tidak bersedia untuk menghadapi cabaran landskap perniagaan moden lagi-lagi di peringkat global.
Untuk merapatkan jurang ini dan bukan sekadar latihan akademik tetpi melihatkan ia adalah keperluan mendesak yang memerlukan kerjasama, visi dan tindakan tegas antara fakulti dan firma bertaraf antarabangsa maka usaha menjalinkan perjanjian persefahaman bersama MarksPlus Institute ini Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Kampus Rembau realisasikan.
Fakulti ini telah menggariskan beberapa sebab keperluan hubungan akademia-industri perlu di pertingkatkan antaranya:
Kebolehpasan Graduan di Firma Global Perlu dipertingkatkan. Menyediakan graduan dengan kemahiran praktikal dan pengalaman industri disebabkan mereka ini lebih mudah dipasarkan.
Mereka bersedia untuk bermula kerja dengan segera, menjimatkan masa dan sumber organisasi untuk latihan. Ini membawa kepada proses penerimaan yang lebih berkesan dan peningkatan produktiviti dalam kalangan pekerja baharu.
Fakulti ini juga menjadikan faktor inovasi dan penyelidikan sebagai keutamaan hubungan akademia-industri. Industri boleh mendapat keuntungan daripada penyelidikan baharu yang dijalankan di universiti.
Sebaliknya, ahli akademik boleh mendapatkan pandangan tentang masalah dunia sebenar yang perlu diselesaikan, menjadikan kajian mereka lebih relevan dan bermakna.
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Kampus Rembau melihatkan kerjasama ini berpotensi menghasilkan kemajuan dan teknologi perniagaan yang mengubah lanskap permainan yang tidak akan berlaku dengan sendirinya.
Pertumbuhan sumber ekonomi baharu juga merupakan satu faktor lagi kenapa perkongsian pintar ini terjalin. Kakitangan yang bersedia untuk memenuhi jangkaan latihan perniagaan boleh membantu memacu pertumbuhan ekonomi universiti dan masyarakat setempat.
Perniagaan yang mempunyai akses kepada pekerja mahir boleh berinovasi akan berkembang dengan lebih berjaya. Ini, seterusnya, menjana pekerjaan tambahan berkualiti dan meningkatkan ekonomi negara.
Antara contoh siri bermanfaat di saluran YouTube yang di sediakan oleh MarksPlus Institute iaitu ‘Marketeers TV’ ini ialah siri ANALISIS dan siri ANALISIS “Special Edition” menghidangkan tentang strategi penjenamaan yang digunakan oleh mahasiswa UiTM dalam subjek pemasaran dan keusahawanan.
Siri ANALISIS ini menampilkan CEO MarksPlus Institute Indonesia Iwan Setiawan seorang ahli pemasaran terkenal.
Siri ANALISIS ‘Special Edition’ yang menceritakan tentang strategi penjenamaan antarabangsa ini berlansung dalam tiga siri iaitu pada bulan Jun dan Julai lepas dan digunakan dalam subjek-subjek pemasaran difakulti ini.
Siri ini masih boleh diikuti di ‘Marketeers TV’.