Perfect Italiano perkenal trak Ramadan pertama

Bawakan hidangan keju ke bazar dan moreh sekitar Lembah Klang.

Feature Image (1)

Menyatukan komuniti dengan hidangan lebih mudah dan sempurna bersama pempengaruh popular Malaysia.

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2026 – Sempena Ramadan tahun ini, Perfect Italiano tampil dengan inisiatif istimewa menerusi pelancaran trak makanan khas buat julung kalinya.

Trak ini akan menjelajah bazar Ramadan serta lokasi moreh di masjid sekitar Lembah Klang bagi membawakan pelbagai hidangan berasaskan keju yang lazat kepada orang ramai.

Bermula sekarang hingga 12 Mac, trak Perfect Italiano akan mengedarkan hidangan percuma yang ringkas dan menyelerakan untuk dinikmati ketika berbuka puasa dan moreh.

Setiap sajian menampilkan keunikan keju Perfect Italiano dalam memperkayakan rasa hidangan tempatan, sekali gus menjadikannya lebih memikat dan memuaskan.

Lebih daripada sekadar menawarkan makanan, inisiatif ini turut meraikan semangat kebersamaan. Melalui penyertaan di bazar dan masjid terpilih, Perfect Italiano mendekati komuniti setempat sambil memberi inspirasi kepada keluarga untuk menyediakan menu berbuka dan moreh yang lebih mudah serta sempurna di rumah.

Bagi memeriahkan suasana di beberapa lokasi terpilih, pempengaruh popular seperti Hazeman Huzir, Akiejack dan Mark Warn turut hadir bersama trak Perfect Italiano. Kehadiran mereka dijangka menambah keterujaan pengunjung serta menghangatkan perkongsian di media sosial.

Inisiatif Ramadan ini akan berlangsung di beberapa lokasi terpilih sekitar Lembah Klang.

Untuk maklumat terkini mengenai jadual jelajah serta waktu dan tarikh kemunculan pempengaruh, sila ikuti Dairylicious Malaysia di Facebook di www.facebook.com/DairyliciousMY/, TikTok di www.tiktok.com/@dairyliciousmalaysia dan Instagram di www.instagram.com/dairyliciousmy/.