PERTARUNGAN tinju di antara Jake Paul dan Mike Tyson baru-baru ini digembar-gemburkan sebagai salah satu perlawanan tinju profesional terbesar, dan ini tidak boleh dinafikannya.
Namun perlawanan peninju yang berusia 58 tahun berbanding peninju berusia 27 tahun, suatu yang agak kurang seimbang jika kita hendak mengukur siapa menang atau kalah?
Seperti yang kita ketahui Tyson merupakan salah seorang peninju terhebat sepanjang zaman, tetapi itu adalah semasa kegemilangannya pada tahun 90-an apabila dia adalah merupakan seorang atlet paling terkenal di dunia.
Namun, apabila beliau bertarung pada tahun 2024 menentang peninju profesional lain yang jauh lebih muda dan lebih pantas daripadanya ramai yang menilai perlawanan ini hanya sekadar hiburan.
Semasa pertarungan, seperti yang dijangka dapat dilihat bahawa Tyson tidak boleh bergerak banyak dan lebih kaku.
Lebih-lebih lagi sejak Jun tahun ini, dia hampir meninggal dunia akibat lapan pemindahan darah selepas kehilangan separuh daripada darahnya, dan 25 paun ketika berada di hospital.
Mendengar ini selepas pertarungan memberi lebih banyak pencerahan tentang bagaimana Tyson sepatutnya tidak terfikir untuk melangkah semula ke gelanggang.
Jika Paul sebaya Tyson, pertarungan ini akan berlaku sebaliknya dengan cepat.
Jika kita melihat mereka berdua yang bertinju sebelum ini dan bagaimana rupa mereka pada usia Tyson, mereka berkemungkinan besar tidak dapat bertahan dengan pejuang profesional seperti Paul, jadi melihat Tyson melakukannya adalah sangat mengagumkan.
Daripada petarungan ini banyak pengajaran yang boleh diambil oleh organisasi perniagaan atau pemilik sesuatu jenama.
Seperti yang kita sering dengar mengekalkan perniagaan adalah lebih sukar daripada memulakannya.
Jika kita ingin kekal dalam sesuatu sektor perniagaan untuk jangka masa yang lama, banyak yang kita dapat ambil iktibar dari pertarungan dua pemain tinju ini.
Kita perlu mengikut rentak masa, memahami arah aliran pembangunan dan memperoleh pengetahuan baharu, untuk meletakkan asas perniagaan yang kukuh.
Beberapa pengajaran juga dapat kita kupas melalui artikel ini dalam meningkatkan perniagaan Berikut adalah beberapa pengajaran yang dapat organisasi perniagaan pelajari.
Berani keluar dari zon selesa
Keputusan Paul untuk berdepan Tyson, yang secara kebetulan merupakan ikon tinju dengan rekod kerjaya 50-6, adalah langkah berani.
Walaupun ramai yang memandang rendah Paul dan menganggap pertarungan ini hanyalah hiburan, dia tetap bergerak ke hadapan dengan penuh keyakinan.
Sikap Paul boleh dicontohi oleh ahli perniagaan. Mengingati bahawa dalam dunia perniagaan, keberanian untuk mengambil risiko yang sama adalah sangat penting untuk menghadapi cabaran baru dan mengubah peluang menjadi kejayaan.
Inovasi boleh mengalahkan tradisi
Paul memulakan kerjayanya bukan sebagai seorang atlet tetapi sebagai bintang di Vine sebuah platform penyedia kandungan video yang terkenal dengan kandungannya yang kontroversial.
Dengan ini, beliau membuktikan kejayaan tidak perlu mengikut jalan tradisi.
Dengan memanfaatkan pengaruhnya di media sosial, Paul berjaya menjadikan perlawanan tinju sebagai fenomena budaya.
Ini mengajar organisasi perniagaan bahawa inovasi dan pemikiran di luar kotak selalunya lebih berkesan daripada kaedah konvensional.
Penyesuaian adalah kunci
Perlawanan ini menunjukkan kepentingan kebolehsuaian. Tyson, walaupun dia tidak aktif secara profesional sejak 2005, masih menjadi lawan yang sukar.
Sebaliknya, Paul menggabungkan sukan dan hiburan untuk menarik perhatian generasi baharu.
Penyesuaian seperti Paul patut dicontohi oleh organisasi perniagaan kerana, mereka yang ingin kekal relevan mesti dapat menyesuaikan strategi mereka dengan perubahan masa, seperti beralih kepada teknologi atau menggunakan data digital.
Risiko Mendapat Keuntungan Besar
Ramai pada mulanya meragui keputusan Paul untuk melawan Tyson, malah menganggapnya terlalu berisiko. Namun, dengan perancangan rapi, pertarungan ini sebenarnya mengukuhkan reputasi Paul sebagai perintis dalam dunia tinju moden.
Begitu juga dalam perniagaan, di mana risiko yang dikira dengan baik boleh membuka jalan kepada peluang-peluang hebat yang mungkin tidak dapat dilihat sebelum ini.
Pertarungan Jake Paul dengan Mike Tyson di gelanggang tinju diakhiri dengan Paul berjaya menewaskan legenda itu dengan markah mutlak juri iaitu 80-72, 79-73, dan 79-73.
Perlawanan ini bukan sahaja menjadi kemuncak dunia sukan, malah memberi pengajaran kepada organisasi dalam dunia perniagaan dan pemilik sesuatu jenama.
Merumuskan pertarungan ini, diatas telah dibincangkan beberapa pengajaran perniagaan yang boleh diambil oleh sebuah organisasi perniagaan daripada perlawanan tinju.
—
Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi MALAYA NEWSROOM.