Saham2u lancar kempen galak pelabur individu memanfaatkan pegangan saham
Pelancaran kempen khas bertemakan #ZeroChargesZeroWorries – Cagar Saham Tanpa Kos! melalui platform digital.
KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2025 – Sentosa Jaya Capital Sdn. Bhd., syarikat kewangan berlesen yang diiktiraf, mengumumkan pelancaran kempen khas bertemakan #ZeroChargesZeroWorries – Cagar Saham Tanpa Kos! melalui platform digital mereka, Saham2u.
Ketua Operasi Saham2u, Noor Hazimah Sain berkata, kempen itu bertujuan menggalakkan pelabur individu memanfaatkan pegangan saham mereka dengan cara yang lebih mudah, patuh syariah dan selamat.
“Melalui kempen ini, kami ingin membuka peluang kepada pelabur untuk mencairkan nilai daripada portfolio saham mereka tanpa sebarang beban faedah bagi mendapatkan modal kerja tanpa caj tersembunyi.
“Kami percaya konsep ini akan membuka peluang kepada lebih ramai pelabur untuk mengurus kecairan kewangan dengan ringkas, selamat dan selari dengan prinsip kewangan Islam,” kata Hazimah.

Kempen istimewa sehingga 23 Disember 2025 ini juga menawarkan peluang kepada para pemegang saham untuk mencagarkan saham mereka dan memperoleh tunai tanpa sebarang faedah, caj atau yuran tersembunyi bagi jumlah pinjaman sehingga RM5,000.
Saham2u juga berfungsi sebagai platform kewangan berasaskan teknologi (fintech) yang membolehkan pengguna mendapatkan kecairan segera tanpa perlu menjual pegangan saham mereka.
Saham2u telah dilancarkan secara rasmi pada tahun lalu di Menara Kuala Lumpur oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan menerima sambutan menggalakkan daripada para pelabur tempatan sejak penubuhannya.
Hazimah berkata, kempen #ZeroChargesZeroWorries dijangka menarik lebih 500 pelanggan baharu secara dalam talian menjelang akhir tahun 2025.
“Kami mahu lebih ramai pemegang saham tahu mengenai kemudahan mencairkan saham tanpa perlu menjual bagi mendapatkan tambahan kewangan sepertimana yang ditawarkan di Saham2U dan mendapat manfaat darinya,” kata Hazimah.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini atau perkhidmatan Saham2u, orang ramai boleh menghubungi pasukan khidmat pelanggan Saham2u di talian +6011 1634 7992 atau e-mel ke sjcapital@sentosajayacapital.com.my.
