DKSH, Alpro Pharmacy jalin perkongsian strategik baharu

PETALING JAYA, 30 Ogos 2024 – Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan DKSH menjalin kerjasama strategik dengan Alpro Pharmacy, rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia.

Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada ubat-ubatan penting bagi semua pesakit di seluruh negara dengan menangani cabaran kos yang mampu milik.

Selain itu, kerjasama ini meningkatkan kesejahteraan pesakit Talasemia, mengukuhkan landskap penjagaan kesihatan di Malaysia dan selaras dengan visi dan inisiatif Alpro Pharmacy melalui ONCOHelp iaitu sebuah pusat sehenti untuk pesakit kanser di seluruh Malaysia.

Di bawah perjanjian ini, Program Akses Pesakit (PAP) DKSH akan memberikan sokongan kewangan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di farmasi-farmasi Alpro terpilih.

Rangkaian sokongan Penyelesaian Pesakit DKSH sedang berkembang di lapan pasaran di Asia Pasifik (APAC), menyentuh kehidupan ramai pesakit, profesional penjagaan kesihatan dan jenama penjagaan kesihatan melalui pelbagai program sokongan pesakit yang menangani cabaran yang dihadapi pesakit dalam perjalanan rawatan mereka, dari aksesibiliti kepada pendidikan dan kemudahan.

Pasukan ini sentiasa mendengar keperluan para pihak berkepentingan dan berusaha untuk sentiasa menangani isu tersebut, menghadapi cabaran dalam penyampaian dan penggunaan penjagaan kesihatan di seluruh APAC.

Kerjasama dengan Alpro Pharmacy ini akan meningkatkan aksesibiliti ubat-ubatan untuk pesakit dan mendorong kepatuhan, seterusnya meningkatkan hasil rawatan.

“Pengalaman serantau DKSH dalam menguruskan Program Akses Pesakit di rantau APAC adalah penting untuk memberi manfaat kepada pesakit kami. Bersama-sama, kami yakin bahawa kami dapat meningkatkan aksesibiliti penjagaan kesihatan dan memperbaiki kualiti hidup ramai individu di seluruh Malaysia,” kata Ketua Pegawai Farmaseutikal, ONCOHelp, Alpro Pharmacy, Joelle Wong Pei Sen.

Sementara itu, Ketua Pengurusan Negara dan Naib Presiden, Penjagaan Kesihatan, DKSH Malaysia, Sandeep Tewari berkata: “Misi DKSH adalah untuk memperkaya kualiti hidup masyarakat dengan menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang lebih baik.

“Matlamat kami adalah untuk menangani cabaran yang dihadapi pesakit sepanjang perjalanan rawatan mereka.

“PAP bertujuan untuk menjadikan ubatubatan berharga tinggi lebih mudah diakses. Melalui kerjasama ini, pesakit boleh mendapatkan ubatubatan dengan mudah dari farmasi-farmasi Alpro terpilih yang terletak berhampiran hospital tempat mereka menerima rawatan, memastikan penjagaan kesihatan untuk semua.

“Kerjasama ini juga menyokong kesejahteraan pesakit Talasemia dan memberi impak positif kepada landskap penjagaan kesihatan keseluruhan di Malaysia.”