Strategi membina kepercayaan pengundi dalam era AI

50 peratus pengundi untuk pilihan raya umum akan datang berada dalam lingkungan umur generasi Y dan generasi Z.

Poster Terkini

DALAM dunia politik negara yang semakin didorong oleh teknologi, kepercayaan pengundi telah menjadi aset penting dan berharga bagi sesebuah parti politik yang ingin mendapat tempat di hati Gen Z. Ini adalah kerana memandangkan 50 peratus pengundi untuk pilihan raya umum akan datang berada dalam lingkungan umur generasi Y dan generasi Z.

Salah satu cabaran terbesar parti politik hari ini ialah bagaimana mereka ingin mengekalkan ketelusan di tengah-tengah peningkatan kadar penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam perkhidmatan kepada para pengundi mereka serta memahami keperluan mereka yang paling penting.

Para pengundi kini bukan sahaja menilai kelajuan perkhidmatan tetapi juga kejujuran dan empati di sebaliknya. Itulah sebabnya kualiti ketelusan tentang penggunaan AI dalam mempengaruhi pengundi muda tidak harus dilihat dari perspektif sekadar prinsip etika, tetapi juga sebagai strategi memenangi hati pengundi yang bakal menentukan kepercayaan dan kesetiaan pengundi baru untuk jangka masa panjang.

AI Digunakan Secara Meluas Tetapi Kepercayaan Semakin Terdedah

AI kini berada di barisan hadapan dalam segenap urusan dan dalam pelbagai interaksi kehidupan masyarakat, daripada chatbot dan bot suara kepada sistem IVR di pusat panggilan parti politik contohnya di pusat khidmat masyarakat. Namun, meskipun terdapat perkembangan untuk kecekapan ini tetapi tidak banyak parti politik melalui fasa perkembangan ini kerana tidak selalu menyedari bahawa ini akan menjadikan mereka lebih cekap menawarkan perkhidmatan.

Kebanyakakan penganalisis industri CX, (customer experience), memberi amaran bahawa banyak sistem automatik gagal menyediakan laluan kepada agensi manusia kerana manusia memandang sepi perkembangan ini. Dalam situasi kritikal seperti perkhidmatan perkhidmatan atau kewangan, sebagai contoh, AI boleh menjadi sangat efektif dalam memberikan perkhidmatan.

Apabila parti politik menyedarinya, penggunaan sistem itu telah terlewat. Kesilapan seperti ini bukan sahaja menjejaskan pengalaman hubungan pengundi dengan parti politik tetapi juga menghakis kepercayaan pengundi muda yang mungkin dapat dijalinkan.

Kebanyakan Pelanggan Masih Ingin Bercakap dengan Manusia

Menurut kajian dalam perkembangan AI ini pengundi baharu masih suka bercakap dengan manusia berbanding chatbot atau ejen maya. Hanya 4 peratus yang lebih selesa menggunakan AI tetapi mereka mengharapkan kelajuan perkhidmatan seperti AI. Ini yang menjadi masalahnya. Mengharapkan kepantasan AI tetapi bercirikan manusia.

Walau bagaimanapun, tinjauan itu juga menunjukkan bahawa 33 peratus orang muda sedia beralih menerima AI jika jangkamasa perkhidmatan lebih rendah. Ini bermakna pengundi muda tidak menolak AI, mereka hanya ingin tahu bila dan bagaimana ia digunakan. Namun ketelusan merupakan faktor utama dalam mengekalkan kepercayaan.

Kepercayaan Pengundi Muda Tidak Boleh Diautomasikan

Kebanyakkan pakar dalam AI menekankan bahawa reputasi merupakan aset utama sesebuah parti politik yang ingin berjaya memenangi hati pengundi muda dalam pilihan raya umum akan datang, terutamanya bagi parti kecil dan baharu. Oleh itu, jangan letakkan AI di barisan hadapan dalam pendekataan semata-mata kepada pelanggan baharu. Lagipun, interaksi pertama menentukan tanggapan jangka panjang.

Setiap parti politik perlu faham AI boleh menjadi alat yang ampuh untuk sokongan teknikal atau menjawab persoalan mudah tetapi untuk situasi kompleks yang melibatkan emosi dan keputusan kritikal, manusia tetap sangat diperlukan. Kepercayaan pengundi tetap lahir daripada empati, akauntabiliti dan komunikasi yang jujur dan ini merupakan perkara yang AI belum dapat pamerkan sepenuhnya.

Strategi untuk Membina Kepercayaan Pengundi Muda

Dalam transformasi digital, banyak parti politik terperangkap dalam euforia kecekapan. Walau bagaimanapun, pakar perkembangan AI menekankan kepentingan tiga langkah mudah. ​​Pertama, perlahankan. Jangan tergesa-gesa melaksanakan AI tanpa memahami impaknya terhadap kumpulan pengundi sasaran. Kedua, dedahkan. Maklumkan kepada pengundi muda dengan jelas bila interaksi dikendalikan oleh sistem AI.

Ketiga, reka bentuk untuk kepercayaan. Reka bentuk sistem yang bukan sahaja pantas tetapi juga harus berempati dan telus. Persoalannya mudah, adakah parti politik mahukan keuntungan cepat atau kepercayaan jangka panjang? Kerana reputasi tidak boleh dibeli, ia hanya boleh dibina.

Dalam era AI dan automasi, kepercayaan pengundi adalah asas kejayaan sesebuah parti politik. Teknologi mungkin membantu tetapi kejujuran tetap menjadi kunci kejayaan. Parti politik yang terbuka tentang penggunaan AI, mereka bukan sahaja menunjukkan integriti tetapi juga membina hubungan jangka panjang dengan pengundi muda. AI mungkin dapat menjawab soalan pengaruh terhadap pengundi muda, tetapi manusia dan kejujuranlah yang dapat memenangi hati mereka.