Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Kampus Rembau perkukuh hubungan bersama usahawan iks setempat

UiTM Rembau memperkasa usahawan tempatan melalui latihan, bimbingan perniagaan dan kerjasama komuniti bagi membina perusahaan mampan serta meningkatkan ekonomi setempat.

Feature Image (1)

KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2026 – Program keusahawanan komuniti yang diterajui universiti di Malaysia dilihat kini bertambah penting untuk menghubungkan fungsi institusi pendidikan tinggi tersebut dengan kumpulan masyarakat tempatansekitar universiti untuk menyediakan latihan perniagaan, bimbingan dan pemerkasaan ekonomi bagi masyarakat setempat.

Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Kampus Rembau melangkah melalui program ekosistem keusahawanan yang di rangka bagi menyediakan bantuan percuma dalam komuniti setempat di sekitar Parlimen Rembau untuk menyokong pengurusan perniagaan yang lebih mampan dari segi pengurusan kewangan dan impak sosial.

Melalui usaha gabungan ini, warga UiTM Kampus Rembau dapat menzahirkan komitmen institusi yang kukuh dalam memajukan inovasi sosial, keusahawanan dan pemerkasaan komuniti.

Dengan menyediakan pengurusan program keusahawanan secara percuma, bimbingan dan akses sumber, universiti ini memainkan peranan aktif dalam memupuk dan membangunkan syarikat baharu yang mampan dari segi kewangan dan tanggung jawab sosial, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan yang inklusif dan agenda pembangunan mampan Malaysia yang lebih luas. Ini membuktikan yang universiti bukan sahaja tertakluk kepada perkembangan teori tetapi juga menyokong aplikasi sebenar.

Program pengukuhan ekosistem keusahawanan setempat ini diterajui oleh, EMLD sekumpulan penyelidik pakar dalam bidang Pengurusan Keusahawanan dan Pembangunan Kepimpinan, yang terdiri daripada pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.

Inisiatif ini menggabungkan program bimbingan, bengkel latihan dan akses kepada kepakaran dan kemudahan dalam bentuk pemudahcara agar usahawan setempat dapat akses terus kepada bantuan dan Latihan yang disediakan oleh agensi Kerajaan yang ada. Tujuan utama bimbingan ini adalah untuk memperkukuh kapasiti keusahawanan dan menggalakkan pembangunan perusahaan yang inklusif dan mampan.

Program yang terkini baru-baru ini, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) dan EMLD telah menampilkan seorang tokoh usahawan, pemilik perniagaan “Ayahman Strawberry Cameron Highlands” dalam sesi perkongsian pengalaman bersama 30 orang usahawan sekitar Parlimen Rembau dan Kawasan KOTA.

Pemilik jenama perniagaan “Ayahman Strawberry Cameron Highlands” atau nama sebenarnya Tuan Amnan Fakri Othman yang juga merupakan alumni UiTM Kampus Jengka dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Beliau berkongsikan pengalaman beliau membangunkan jenama sebuah cafe, AyahMan Strawberry Cameron Highlands sebagai sebuah kafe bertemakan taman dan ladang strawberi yang sangat popular yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands.

Model perniagaan beliau terkenal dengan gabungan unik pilihan sarapan tradisional Malaysia dan kelainan strawberi segar. Terletak betul-betul di bawah Hotel Zenith dan di belakang medan selera Tanah Rata di Laman AyahMan. Usahawan alumni UiTM ini juga menyatakan yang model perniagaannya menawarkan pengalaman menjamu selera secara santai sambil menikmati permandangan luar yang indah, berangin yang menjadikannya destinasi sarapan dan makan tengah hari yang wajib dikunjungi oleh pelancong.

Melalui program ini usahawan setempat di Parlimen Rembau di permudahkan dan mendapat akses terus ke program-program yang dijalankan oleh INSKEN, Institut Keusahawanan Negara yang merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan.

Program bagi memperkasa ekosistem usahawan tempatan ini dilaksanakanoleh FPP UiTM PKampus Rembau akan menawarkan bimbingan perniagaan yang komprehensif, latihan perdagangan digital dan pensijilan mikro-kelayakan, semuanya dilaksankan oleh agensi Kerajaan yang bertanggung jawab dalam memperkasakan aktiviti keusahawanan. Inisiatif ini membolehkan peserta usahawan tempatan meningkatkan kualiti produk, piawaian pembungkusan, akses pasaran dan literasi kewangan sambil menghubungkan mereka dengan mentor kerajaan dan industri.

Program kali ini juga di terajui oleh dua persatuan komuniti dalam daerah Rembau yang amat aktif dalam program keusahawan setempat iaitu Pertubuhan Wanita Penajeh Rembau sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang aktif di Kampung Penajeh, Rembau, Negeri Sembilan.

Persatuan ini juga di sokong oleh sebuah lagi persatuan komuniti tempatan , Persatuan Sahabat Prihatin Kota sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar yang berpusat di Kota, Rembau, Negeri Sembilan.