LONDON, 2 Disember 2024 – Spritzer sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri air minuman berbotol dengan meraih Anugerah “Brand of the Year” dalam Kategori Air bagi bahagian minuman nasional di World Branding Awards 2024–2025.
Pengiktirafan ini merupakan kemenangan tahun ke-10 berturut-turut Spritzer di anugerah tersebut, sekali gus membuktikan keunggulan jenama ini dalam aspek kualiti, penjenamaan dan kepercayaan pengguna, menjadikannya jenama air mineral terkemuka di Malaysia.
Anugerah berprestij ini dianjurkan oleh World Branding Forum (WBF), organisasi global bukan berasaskan untung (NPO) yang memartabatkan standard penjenamaan di seluruh dunia, di acara World Branding Awards.
Dalam majlis anugerah itu, jenama-jenama global dan nasional diiktiraf berdasarkan proses penilaian menyeluruh yang melibatkan penilaian jenama, kajian pasaran, dan undian awam secara dalam talian.
Dengan 70 peratus daripada penilaian bergantung pada undian pengguna, kemenangan berterusan Spritzer ini menyerlahkan keupayaan jenama untuk terus menarik minat dan memenuhi kehendak pelanggan secara konsisten.
Ketua Perhubungan Awam Spritzer, Winnie Chin, yang menerima anugerah tersebut dalam majlis penuh gilang-gemilang di Tower of London berkata: “Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini untuk tahun yang ke-10.
“Kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan berterusan para pelanggan setia kami, yang menjadikan Spritzer jenama terkemuka pilihan mereka.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kerjasama atas sokongan mereka serta seluruh pasukan Spritzer kami atas usaha gigih dan kreativiti mereka.
“Kami berazam untuk terus membawa jenama ini ke tahap yang lebih tinggi dengan mengekalkan komitmen kami terhadap kecemerlangan dalam segala aspek di syarikat kami.
Anugerah ini melambangkan Spritzer sebagai penanda aras dalam konsistensi dan keupayaannya menyesuaikan diri untuk terus memenuhi keperluan pelanggan dalam landskap pasaran yang sentiasa berubah.
Ketekalan, inovasi dan kebolehsuaian Spritzer bukan sahaja membawa jenama ini ke tampuk industri air berbotol di Malaysia tetapi juga menjadikannya contoh kualiti, kemampanan dan inovasi di persada global.
Menerusi pencapaian ini, Spritzer terus menegaskan komitmennya terhadap kualiti premium sambil menawarkan produk air mineral semula jadi yang berkualiti tinggi.
Jenama ini juga fokus kepada kelestarian dan inovasi, dengan matlamat menjadi jenama berteraskan ekonomi pusingan menjelang tahun 2030, selaras dengan inisiatif alam sekitar global.
Pada masa yang sama, Spritzer menggunakan teknologi terkini untuk memperkenalkan penyelesaian yang memenuhi keperluan pengguna yang kian berkembang.
Untuk maklumat lanjut mengenai Spritzer, sila layari laman web rasmi di https://www.spritzer.com.my/.