Serikan sambutan Tahun Baharu Cina di Spritzer EcoPark
![Poster Terkini (12)](https://malayanewsroom.com/wp-content/uploads/2025/01/Poster-Terkini-12-1024x724.avif)
TAIPING, 21 Januari 2025 – Menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina, apa kata anda mengambil peluang ini untuk alami suasana penuh tradisi dan keramaian di Spritzer EcoPark?
Taman ini membawakan pelbagai motif kebudayaan serta unsur kontemporari, dikelilingi dengan keindahan flora.
Sama ada anda ingin menyambut perayaan ataupun bersantai, Spritzer EcoPark ialah destinasi yang ideal sebagai permulaan kepada tahun dan azam yang baharu.
Dari 18 Januari hingga 16 Februari 2025, Spritzer EcoPark bertukar menjadi sebuah pusat tarikan memukau yang mempamerkan pemandangan indah, sesuai buat para pengunjung merakam kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dekorasi Tahun Baharu Cina di taman ini menampilkan pelbagai unsur tradisional dan juga kontemporari, sesuai untuk para pengunjung bergambar bersama insan tersayang.
Dengan kemasukan percuma, Spritzer EcoPark mengalu-alukan para pengunjung untuk turut serta dan merasai bersama semangat Tahun Baharu Cina.
Sebagai salah satu lokasi yang wajib dikunjungi di Malaysia bagi penduduk tempatan dan juga pelancong, Spritzer EcoPark menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik buat semua peringkat usia.
Pengunjung boleh bersaing sesama mereka menerusi permainan Mini Golf dengan 18 lubang, menyusuri taman ini dengan penuh gaya melalui Paddle Kart atau mencungkil kreativiti masing-masing dengan aktiviti DIY & Crafting yang mengambil tema musim perayaan ini.
Taman ini menawarkan pelbagai pengalaman pada harga yang berpatutan, menjadikannya destinasi yang tepat untuk orang ramai berseronok dan bersantai.
Selepas sibuk meneroka, pengunjung boleh berehat dan mengalami suasana yang tenang di STG Café sambil menikmati juadah dan minuman yang menyelerakan.
Berlatarkan kemeriahan Tahun Baharu Cina, para pengunjung juga boleh mengunjungi Spritzer Water Shop untuk mendapatkan produk-produk Spritzer kegemaran mereka bagi keperluan majlis keramaian atau singgah di Snack Station untuk menikmati hidangan yang ringkas lagi lazat.
Bagi mereka yang ingin membawa pulang cenderahati, Spritzer Souvenir Shop menyediakan pelbagai barangan eksklusif Spritzer EcoPark sebagai kenang-kenangan.
Spritzer EcoPark mengajak anda semua untuk rai bersama-sama kami dan kekal segar sepanjang musim perayaan ini.
Sama ada untuk meneroka keindahan dekorasi taman atau mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, kami menjanjikan pengalaman sambutan Tahun Baharu Cina yang terbaik untuk anda.
“Setiap tahun, Spritzer berusaha untuk membawakan pelbagai pengalaman yang serba baharu lagi menarik buat para pengunjung.
“Dengan sentiasa menawarkan tema dan idea yang segar, kami berharap agar anda dapat terus mencipta kenangan yang baharu dan berbeza bersama para keluarga dan rakan-rakan.
“Kali ini, kami teruja untuk menggabungkan unsur tradisi, kemodenan, dan keriangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.
“Matlamat kami adalah untuk menyediakan persekitaran di mana para keluarga dapat berkumpul, bersantai dikelilingi keindahan alam semula jadi dan mencipta kenangan manis.
“Kami berasa teruja untuk berkongsi pengalaman istimewa ini dengan para pengunjung dan kami berharap tahun baharu anda diisi dengan keriangan dan kreativiti!, ,” ujar Ketua Perhubungan Awam di Spritzer, Winnie Chin.
Spritzer EcoPark mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina, semoga ia dilimpahi dengan kemakmuran, kesihatan dan kebahagiaan.
Sertai kami untuk menjadikan Tahun Baharu Cina kali ini lebih istimewa!
Spritzer EcoPark dibuka setiap hari dari pukul 10:00 pagi hingga 9:30 malam, terletak di Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000 Taiping, Perak.