Cristiano Ronaldo lancar kalendar istimewa

Mengajak anda untuk ‘Nikmati Lebih Lagi’ dalam kempen terbaharu Lembaga Pelancongan Saudi

Feature Image (1)

KUALA LUMPUR, 2 September 2025 – “Saudi, Welcome to Arabia” jenama yang diketengahkan oleh Lembaga Pelancongan Saudi (STA) telah melancarkan kempen terbaharu yang menampilkan Cristiano Ronaldo (CR7).

Dilancarkan merentasi pasaran utama di Eropah, India serta China, dengan kempennya ‘I Came for Football, I Stayed For More‘ di mana Saudi memberikan para pengunjung lebih daripada yang dijangkakan.

Dengan bermulanya musim yang penuh dengan acara sukan berprestij, hiburan yang memukau, acara tayangan filem, pertunjukan fesyen dan kebudayaan yang memikat, kempen ini memanfaatkan setiap saluran TV, Media Sosial, Digital dan agensi pelancongan dalam talian (OTA) untuk mempersembahkan kepada penonton gambaran tentang salah sebuah destinasi paling menarik di dunia.

Dengan menampilkan bintang bola sepak terkemuka dan residen Saudi yang paling terkenal di ketika ini, CR7, tayangan iklan kempen ini membawa penonton menyelusuri acara-acara sukan yang terkemuka dan destinasi destinasi utama yang menunjukkan identiti Saudi.

CR7 yang kelihatan begitu kagum dilihat duduk di tengah-tengah sambil membandingkan pelbagai jenis sukan selain bola sepak.

Warna monokrom yang suram berubah menjadi warna-warna terang dan ceria apabila kita melihat lebih banyak perkara yang membuatkan CR7 ingin kekal di Saudi. Dengan adrenalin penonton yang mengalir laju, kita dapat mendengar sorakannya, merasai pasang surut pengalaman yang dilalui bersama-sama.

Emosi itu kelihatan begitu nyata, sekali gus membawa penonton terus ke tengah-tengah aksi. Inilah Saudi, komited, teruja dan bersemangat untuk menjadi juara di pentas dunia.

Kempen ini menumpukan kepada kepelbagaian acara sukan dan hiburan sepanjang tahun di seluruh Riyadh, Jeddah dan AlUla, dengan pakej-pakej yang disusun rapi supaya ia lebih mudah untuk dikunjungi.

Sebagai bakal tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034, Piala Asia AFC 2027, Sukan Olimpik Esports 2027, Sukan Musim Sejuk Asia 2029 dan lain-lain, Saudi membawa sukan pulang ke negaranya.

Kalendar sukan Saudi merangkumi acara antarabangsa berskala besar termasuk Piala Dunia Esports, Formula 1, LIV Golf Riyadh, Tenis, Saudi Pro League (RSL), membuktikan fokus negara untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah hab acara-acara berskala besar.

Daripada sukan kepada budaya dan hiburan, Saudi ada sesuatu untuk semua. Jadual hiburan tahunannya semakin padat, dengan Minggu Fesyen Riyadh, Festival Filem Antarabangsa Laut Merah, Arts Biennales, serta acara ‘Seasons’ eponim, yang diadakan di Riyadh dan Jeddah menjadi puncak kepada acara-acara tersebut.

Daripada muzik hingga komedi, persembahan antarabangsa dan serantau sama-sama bakal memeriahkan pentas di Saudi, menambah lebih banyak akses agar lebih ramai penonton dapat menyaksikannya.

“Hari ini, Saudi memperkukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan global yang menggabungkan keaslian budaya, hospitaliti mesra serta keterujaan acara bertaraf dunia.

“Dalam sektor pelancongan, kami kekal teguh dalam komitmen untuk membangunkan ekosistem yang lancar, menginspirasi dunia dan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pelawat,” kata Menteri Pelancongan Arab Saudi, Ahmed Al Khateeb.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Saudi, Fahd Hamidaddin berkata: “Kempen bersama CR7 adalah puncak persembahan Saudi pada hari ini dan inilah impian kami.

“Pelancongan adalah komponen utama dalam visi kami dan kami akan sentiasa menambah daya tarikan untuk meningkatkan sektor ini. Sejak tahun 2018 kami telah menjadi tuan rumah kepada lebih 100 acara besar bertaraf antarabangsa dan jadual tahunan kami terus berkembang, malah kami sedang menuju ke arah matlamat kami untuk menerima 150 juta pengunjung menjelang 2030.

“Daripada acara bertaraf dunia kepada tempat-tempat menakjubkan sehinggalah ke landskap yang begitu indah, Saudi adalah destinasi yang menjadi impian. Kami komited untuk mengajak seluruh dunia berkunjung ke Jantung Tanah Arab, bersantai dan saksikan sendiri masa depan anda yang cerah di tanah Arab ini.”

Cristiano Ronaldo pula berkata: “Menjadi sebahagian daripada Saudi sebagai hab sukan global adalah sesuatu yang benar-benar istimewa dan diluar jangkaan saya beberapa tahun yang lalu. Tetapi pada hari ini, daripada aura para peminat yang saya dapat rasai sehinggalah kepada skala cita-cita di sinilah masa depan sukan sedang dilakarkan.

“Apa yang paling saya kagumi tentang Saudi adalah bagaimana negara ini tetap menghormati asal-usulnya di samping membina masa depannya. Dari unta kepada kuda, perlumbaan hingga e-sukan, dari padang pasir ke stadium inilah destinasi di mana setiap atlet muda boleh mencapai impiannya.”

Saudi membuat pelaburan untuk menjadi hab global acara yang berskala besar, sebagai sebahagian daripada matlamatnya mencapai Visi 2030.

Ia telah memberi komitmen pelaburannya sebanyak AS$800 bilion ke dalam sektor pelancongan di mana industri tersebut dijangka mencapai nilai pasaran sebanyak AS$22.4 bilion menjelang tahun 2030 serta menyumbang kira-kira AS$16.5 bilion kepada KDNK pada tahun 2030.

Sumbangan daripada acara-acara inilah yang memainkan peranan utama di dalam perkembangan positif ini, meningkatkan jumlah pelancong, mendorong kemajuan infrastruktur, mewujudkan peluang pekerjaan dan menggalakkan penyertaan para belia.

Pelaburan ke atas stadium, arena, serta program mengenali asal usul sejarah negara, membantu membentuk legasi Saudi sebagai peneraju bukan hanya di gelanggang sukan global malah hiburan yang berskala besar.