Apa harapan kita dalam bidang halal di arena Global
Industri pengurusan halal berpotensi besar untuk berkembang di Malaysia dan menyumbang dalam perkembangan pendapatan negara.

INDUSTRI halal global dijangka berkembang pesat, disokong oleh pertumbuhan penduduk dunia dan peralihan permintaan secara global daripada perkara halal kepada penggunaan beretika.
Oleh itu, Pelan Induk Industri Halal 2030, yang bertujuan untuk memanfaatkan peluang ini dengan memanfaatkan infrastruktur industri halal Malaysia ke arah menjadi peneraju global industri halal.
Memandangkan kesan pandemik Covid-19, draf awal HIMP 2030 telah dikaji semula untuk menampung perkembangan terkini dalam industri halal serta menambah baik inisiatif untuk hasil yang lebih disasarkan dan berkesan.
Untuk menukar perkembangan ini kepada peluang dan memastikan rakyat terus maju, beberapa langkah berimpak tinggi dan berani perlu diambil untuk mengekalkan manfaat jangka panjang semua.
Langkah-langkah ini adalah selaras dengan inisiatif seluruh negara oleh kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan peralihan Malaysia kepada ekonomi yang lebih berasaskan pengetahuan dan untuk meningkatkan taraf hidup negara.
Istilah ‘halal’ merujuk kepada apa-apa yang dibenarkan atau dibenarkan mengikut hukum syarak. Industri halal merangkumi pelbagai sektor yang menghasilkan produk dan perkhidmatan yang mematuhi prinsip maqasid syariah, daripada makanan dan minuman, kepada pelancongan, fesyen, kosmetik dan kewangan.
Liputan Industri Halal
Untuk pengetahuan semua industri halal bukan sahaja meliputi produk makanan dan minuman tetapi juga pelbagai sektor lain seperti pelancongan halal. Aktiviti ini termasuklah dalam penyediakan penginapan, pengangkutan dan aktiviti pelancongan yang mematuhi syariat Islam.
Ia juga meliputi industri fesyen Muslimah atau di sesetengah negara disebut sebagai industri fesyen sederhana. Industri ini menawarkan pakaian dan aksesori yang sopan dan sesuai dengan syiar Islamm industri ini juga disokong oleh industri kosmetik halal.
Industri ini menggunakan bahan semula jadi dan tidak mengandungi bahan yang dilarang dalam Islam yang mana bahan mentah yang menjaga kemaslahatan pengguna dana lam sekitar.
Kewangan Islam juga merupakankan satu lagi industri halal. Industri ini menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan yang mematuhi prinsip Islam, seperti perbankan Islam dan insurans Islam.
Perkembangan Industri Yang Agak Kompleks
Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi peneraju global dalam industri halal yang semakin berkembang. Walaupun potensinya besar, industri halal ini masih menghadapi beberapa cabaran, seperti isu logistik dan pergudangan.
Kekurangan infrastruktur pergudangan dan logistik halal. Infrastruktur dan logistic yang teliti dalam pengurusan halal yang tidak mencukupi boleh menghalang pengedaran produk halal.
Selain daripada itu kekurangan sumber manusia mahir merupakan satu lagi perkara besar yang boleh merencatkan perkembangan industri halal ini.Lebih ramai tenaga kerja mahir diperlukan untuk bekerja dalam industri halal.
Persaingan dari negara lain yang semakin maju dalam pengurusan ekosistem halal menyebabkan Malaysia menghadapi persaingan sengit dari negara lain dalam membangunkan industri halal.
Peluang dan Cabaran Industri Halal di Malaysia
Permintaan produk dan persijilan halal global dilihat semakin meningkat. Permintaan terhadap produk halal di seluruh dunia terus meningkat kerana ini didorong oleh bukan sahaja peningkatan populasi Islam tetapi peningkat kumpulan pengguna yang mencari produk yang menjaga prinsip produk baik dan peningkatan pendapatan boleh guna.
Eksport produk halal, Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi hub mengeksport produk halal bukan sahaja untuk produk tempatan tetapi produk negara lain ke pelbagai negara di dunia. Malaysia juga perlu lebih bersungguh dalam pembangunan pelancongan halal.
Industri ini akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang boleh membangunkan pelancongan halal untuk menarik pelancong Muslim dari seluruh dunia.
Namun, untuk mencapai potensi ini, Malasia perlu mengatasi beberapa cabaran, yang kita bincangkan di atas tadi. Pihak berkepentingan perlulah memperkukuh infrastruktur pergudangan dan logistik halal. Pelaburan besar diperlukan untuk membina infrastruktur pergudangan dan logistik yang mencukupi untuk menyokong industri halal.
Di samping itu negara perlu membangunkan sumber manusia. Latihan dan pendidikan secara terurus di peringkat pendidikan tinggi diperlukan untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja dalam industri halal.
Pihak yang berkepentingan juga harus meningkatkan daya saing.
Malaysia perlu meningkatkan daya saing produk halal dengan meningkatkan kualiti dan inovasinya. Akhir sekali kurang-kurangkanlah kontroversi isu halal dalam negara yang memualkan saban hari.
Kesimpulan
Industri pengurusan halal berpotensi besar untuk berkembang di Malaysia dan menyumbang dalam perkembangan pendapatan negara.
Dengan sokongan kerajaan, pelaburan daripada sektor swasta dan penyertaan aktif daripada masyarakat, Malaysia boleh menjadi peneraju global dalam industri pengurusan halal.
—
Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi MALAYA NEWSROOM.