Sri Ternak buka cawangan kesembilan ST Rosyam Mart di Jakel Square pada 17 Disember ini
Menampilkan ‘Malaysian Selection’ buat pertama kali untuk pelanggan tempatan dan pelancong.
KUALA LUMPUR, 4 Disember 2025 – Kumpulan Sri Ternak, pasar raya borong Halal 24 jam yang disifatkan sebagai antara paling berpengaruh dan dipercayai di negara ini akan meluncurkan cawangan kesembilan ST Rosyam Mart di Jakel Square, Kuala Lumpur pada 17 Disember 2025.
Pembukaan terbaharu itu, yang merupakan cawangan kedua ST Rosyam Mart di Kuala Lumpur menampilkan buat pertama kali konsep ‘Malaysian Selection’, sebuah ruang khas yang mempamerkan produk buatan Malaysia seperti makanan ringan, minuman dan cenderahati tempatan bagi memenuhi keperluan pelanggan tempatan serta pelancong.
Sri Ternak dalam kenyataan memaklumkan cawangan baharu itu turut memperkukuh Celebrity Corner iaitu ruang yang menghimpunkan produk selebriti termasuk Datuk Chef Wan, Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Khatijah Ibrahim, Ako Mustapha, Azza Elite, Betty Rahmad, Fizo Omar, Fouziah Gous, Ab Manan, Munif Hijjaz, Nubhan, Nazia Mustafar, Khai Bahar, Datuk Rosyam Nor dan ramai lagi.
Menerusi keluasan melebihi 40,000 kaki persegi, pasar raya borong itu direka dengan konsep moden dan kontemporari, menampilkan siling tinggi, laluan luas, susun atur teratur, kawasan barangan borong serta kaunter bayar sendiri (SCO) dan kaunter tunai mencukupi untuk kelancaran urusan pelanggan.
Sebaik memasuki premis, pengunjung akan disambut dengan aroma daripada ST Cafe serta khidmat mesra di kaunter pelanggan. Selain menjadi destinasi membeli-belah, cawangan ini turut menawarkan ruang santai untuk keluarga, pekerja, pemilik perniagaan dan pelancong.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Datuk Raymond Ho Cheng Hann berkata, pembukaan cawangan Jakel Square mengukuhkan komitmen syarikat untuk membantu orang ramai menjimatkan masa, wang dan menikmati kehidupan lebih baik.
“Pengenalan ‘Malaysian Selection’ bukan sahaja menambah keunikan cawangan ini tetapi mencerminkan tanggungjawab kami sebagai jenama Malaysia untuk menyokong dan meraikan produk tempatan selain menawarkan akses mudah, nilai lebih baik dan kemudahan 24 jam,” katanya.
Majlis pelancaran pada 17 Disember 2025, pukul 8 malam turut menyaksikan pengenalan inisiatif ‘Selamatkan Dompet Warga KL’, yang bertujuan membantu orang ramai mendapatkan keperluan harian berkualiti pada harga mampu milik.
Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor berkata, pembukaan cawangan itu bukan sahaja perkembangan syarikat tetapi juga usaha memenuhi tanggungjawab sosial.
“Kami sedar kos sara hidup di Kuala Lumpur tinggi. Melalui ST Rosyam Mart, kami mahu memastikan keperluan harian lebih mudah dicapai dan mampu milik. Janji kami jelas iaitu ‘Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat’.

“Kami menjemput semua hadir ke majlis perasmian pada 17 Disember nanti untuk menikmati pelbagai promosi dan aktiviti menarik,” katanya.
Cawangan baharu itu menempatkan lebih 40,000 produk, merangkumi sayur-sayuran tempatan segar, buah-buahan, ayam berkualiti tinggi, daging premium tempatan dan import termasuk kambing seekor serta daging Wagyu. Turut ditawarkan makanan laut segar dan beku termasuk King Crab, salmon dan tuna.
Antara jenama keluaran Kumpulan Sri Ternak ialah:
Freshin’ – minuman perisa dan air mineral
Santeh – keperluan dapur, makanan tin dan barangan pantri
1st – barangan harian seperti tisu dan keperluan rumah
Deli West – hidangan Barat sejuk beku
Sri Ternak – makanan segar, beku serta barangan rumah umum
Bagi pemilik perniagaan dan katerer, Bahagian Barangan Borong menyediakan pembelian pukal pada harga borong.
Selain itu, lebih 21 perkhidmatan percuma disediakan, termasuk pengecas kuasa, air minuman, pemotongan daging, pinjaman payung, bantuan pengecas bateri kereta dan perkhidmatan pam tayar.
Sempena pembukaan, pelbagai promosi berlangsung dari 17 hingga 31 Disember 2025, antaranya pendaftaran ahli ST pada harga RM15 dengan tawaran seekor ayam pada RM0.88. Pendaftaran awal boleh dibuat melalui aplikasi ST Card.
Lebih 220 barangan runcit termasuk sayur-sayuran segar, buah-buahan, makanan laut beku dan barangan kering ditawarkan pada harga serendah RM0.08, selain lebih 45 barangan borong pada harga khas.
Pasar raya itu turut menganjurkan pertandingan penciptaan kandungan ‘Misi Mencari Raja Konten’ dengan hadiah tunai sehingga RM20,000, terbuka kepada semua rakyat Malaysia, pelanggan dan pengunjung majlis perasmian.
Peserta perlu menghasilkan video kreatif sekurang-kurangnya seminit dan memuat naiknya di TikTok, Instagram atau Facebook sebelum 20 Disember 2025, melalui pautan pendaftaran rasmi serta menggunakan tanda pagar: #STRosyamMartJakelSquareKL, #SelamatkanDompetWargaKL, #DompetAbangSelamat, #PasarRakyatMalaysia.
Maklumat lanjut mengenai Sri Ternak dan ST Rosyam Mart boleh didapati melalui laman web rasmi serta platform media sosial Facebook, Instagram dan TikTok.
