Bintang solo K-pop B.I ‘gegar’ Kuala Lumpur pada 21 September
Tiket konsert akan mula dijual pada Jumaat, 13 Jun ini mulai jam 12 tengah hari menerusi laman sesawang www.ticketingtix.com.

KUALA LUMPUR, 9 Jun 2025 – Bintang solo K-pop, B.I dijadual kembali menggegarkan pentas tempatan menerusi konsert jelajah terbaharunya 2025 B.I TOUR: The Last Parade Tour in Kuala Lumpur, yang akan berlangsung pada 21 September ini, pukul 7 malam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Konsert yang dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment itu bakal menyatukan B.I bersama para peminatnya yang dikenali sebagai ID, singkatan kepada ‘Be Identity’, dalam sebuah persembahan penuh bertenaga dan gah.
Jelajah ini hadir susulan pelancaran album studio ketiga B.I bertajuk Wonderland, yang mengandungi 11 buah lagu dan menerima sambutan hangat dalam kalangan peminat.
Penonton konsert turut berpeluang menyaksikan dendangan lagu-lagu baharu serta hits terdahulu daripada album Waterfall dan To Die For, termasuk EP Love or Loved Part.1 dan Love or Loved Part.2.
B.I memulakan semula kerjaya sebagai artis solo pada tahun 2021 di bawah label 131 yang diasaskannya, dan sejak itu telah mencipta nama dalam industri muzik global melalui pelbagai lagu popular, siri konsert jelajah dan penyertaan dalam pesta muzik antarabangsa seperti Lollapalooza dan Rolling Loud.
Antara kolaborasi lagu tersohor B.I termasuk Ferris Wheel bersama Heize, Happy Alone bersama Woosung dari The Rose, Got It Like That bersama Destiny Rogers dan Tyla Yaweh, Lost at Sea (Illa Illa 2) bersama Bipolar Sunshine dan Afgan, Die for Love bersama Jessi, serta BTBT bersama Soulja Boy dan DeVita.
Tiket konsert akan mula dijual pada Jumaat, 13 Jun ini mulai jam 12 tengah hari menerusi laman sesawang www.ticketingtix.com, dengan harga tertakluk kepada yuran pemprosesan sebanyak RM4. Tiket hadir bersama pelbagai faedah eksklusif untuk para peminat.
Kategori Tiket dan Faedah Peminat:
PARADE (Berdiri) – RM888
Faedah: Sesi Selamat Tinggal, Sesi Soundcheck, Foto Berkumpulan bersama B.I (20:1), Poster Rasmi untuk semua, Poster Bertandatangan (50 peminat), Barangan Bertandatangan (25 peminat).
MAGIC (Berdiri) – RM788
Faedah: Sesi Selamat Tinggal, Sesi Soundcheck, Poster Rasmi untuk semua, Foto Berkumpulan bersama B.I (20:1) untuk 60 peminat, Poster Bertandatangan (50 peminat), Barangan Bertandatangan (25 peminat).
YOUTH (Duduk) – RM558
Faedah: Poster Rasmi untuk semua.
GROWN (Duduk) – RM358
Faedah: Poster Rasmi untuk semua.
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket, orang ramai boleh mengikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram (@lofi.entertainment) dan Facebook (facebook.com/lofi.entertainmentkl).