UiTM Kampus Rembau tekad lengkapkan graduan dengan AI

Pelaksanaan program berasaskan AI ini dilihat sebagai satu keperluan kerana graduan baharu sering mencari pekerjaan sejajar dengan kelayakan pendidikan mereka.

Feature Image

KUALA LUMPUR, 9 Disember 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau kini giat memperkasa program kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan para graduan, terutamanya mereka yang bakal menamatkan pengajian. Perancangan penyepaduan pantas AI yang dilaksanakan merentas industri bertujuan membolehkan graduan baharu dilengkapi dengan kemahiran terkini yang diperlukan majikan, sekali gus menyumbang kepada kadar kebolehpasaran graduan UiTM secara keseluruhan.

Pelaksanaan program berasaskan AI ini dilihat sebagai satu keperluan kerana graduan baharu sering mencari pekerjaan sejajar dengan kelayakan pendidikan mereka, namun wujud jurang antara kemahiran mereka dengan peranan tersedia dalam industri yang diminati, akibat perkembangan teknologi yang pantas.

Penyelebaran jurang antara kemahiran dimiliki graduan dan keperluan industri dalam era AI perlu dirapatkan. Jurang ini biasanya berpunca daripada pendedahan terhad universiti terhadap permintaan industri semasa pengajian serta keperluan majikan yang berkembang pesat, terutamanya dengan AI menjadi penting dalam pengurusan pelbagai industri.

Penolong Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau, Profesor Madya Dr. Masitah Ahmad berkata, industri seperti teknologi komunikasi, kewangan, pengurusan perniagaan dan komunikasi massa amat popular dalam kalangan graduan baharu UiTM Kampus Rembau, namun sangat berdaya saing berikutan permintaan tinggi untuk pekerja mahir akibat perubahan dibawa oleh AI.

Jurang kemahiran industri ini dirapatkan melalui program yang melibatkan pakar daripada industri, termasuk MEREKA, sebuah syarikat perunding yang menyediakan pelajar, usahawan dan profesional akses eksklusif melalui komuniti pembelajaran, program latihan berasaskan aplikasi, pakar industri dan rangkaian hab kreatif serantau di Asia.

Menurut Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Kampus Rembau, Farrah Othman, kerjasama dengan syarikat berkenaan akan bermula dengan program AI Essentials for Career Success pada 3 Januari depan, dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Diploma Pengajian Perbankan bersama kumpulan penyelidik UiTM Kampus Rembau, SIG EMLD.

Farrah berkata projek berasaskan AI ini akan menjadi tumpuan utama beliau bagi memastikan kebolehpasaran graduan berada pada tahap tertinggi.

Program dengan kerjasama industri sebegini amat penting bagi melengkapkan graduan dengan kemahiran berasaskan AI, memandangkan majikan kini mencari pemohon bukan sahaja berkelayakan akademik, tetapi juga memiliki kemahiran praktikal serta pengetahuan khusus industri.

Program sehari ini melibatkan 500 pelajar semester akhir Semester 4 dan 5. Program dinamakan AI4U merupakan inisiatif permulaan bertujuan melengkapkan graduan dengan kemahiran praktikal, kebolehgunaan kemahiran AI bagi menyokong kebolehpasaran, keusahawanan, kemahiran digital serta daya tahan graduan.

Melihat perkembangan kemahiran digital yang pantas, universiti berusaha melakukan transformasi merentasi industri. Program seperti ini dilaksanakan untuk merapatkan jurang digital kemahiran dengan menjadikan kemahiran AI mudah diakses, inklusif dan relevan, terutama bagi mereka yang ketinggalan dalam kemajuan teknologi.

Program sehari ini dibawakan oleh Bank Pembangunan Asia dan disokong AVPN serta Google.org, dengan kerjasama rakan kongsi tempatan, MEREKA, bagi memastikan impak di lapangan. Graduan yang lengkap mengikuti program akan menerima sijil penyertaan daripada Google.org.

Pengiktirafan ini bukan sahaja mengesahkan kehadiran mereka tetapi juga menonjolkan pencapaian mereka dalam inisiatif antarabangsa berkaitan kemahiran AI, sekali gus meningkatkan daya saing graduan dalam pasaran pekerjaan yang berkembang pesat hari ini.