Siapa wira usahawan sebenar Malaysia?
Dari sudut pemasaran, ushawan-usahawan mi segera ini sememangnya bijak.

DALAM era media sosial yang dipenuhi dengan kandungan bergambar cantik dan kempen penuh gaya hidup mewah, persoalan siapa yang layak diangkat sebagai ikon dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi semakin penting.
Kisah usahawan seperti pemilik FashionValet yang didakwa atas tuduhan pecah amanah melibatkan pemindahan RM8 juta tanpa kebenaran lembaga pengarah.
Selain itu, akhbar turut melaporkan beberapa lagi berita mengenai usahawan mi segera yang mempunyai hutang banyak sehingga mencecah RM4 juta dengan pembekal.
Walaupun terpalit kontroversi dan siasatan, jumlah pengikut mereka di media sosial kekal kukuh dan pengaruhnya dalam dunia fesyen dan gaya hidup tidak pudar. Adakah ini mencerminkan perubahan nilai dalam masyarakat kita pada hari ini?
Dari sudut pemasaran, ushawan-usahawan mi segera ini sememangnya bijak. Jenama dUCk dan kedudukannya sebagai pengasas bersama FashionValet contohnya menjadikannya simbol keusahawanan wanita Muslim moden. Namun, adakah kejayaan diukur semata-mata melalui populariti dan penampilan digital?
Kontroversi Usahawan Mi Segera: Kenapa Mereka Tidak Mampu Bertahan?
Pelaksanaan Yang Teruk
Jika usahawan ingin melakukan sesuatu, lakukan dengan baik. Sebelum usahawan berfikir tentang memulakan hari pertama usaha baharu, mereka perlu mempunyai pengetahuan yang diperlukan untuk menjadikannya perniagaan yang berdaya maju. Itu bermakna mengikuti perubahan dalam pentadbiran perniagaan kecil.
Terdapat standard tertentu yang dijangkakan pada perniagaan permulaan, untuk menjadi terkini sepenuhnya bagi cara kerja yang terbaik dan paling berkesan.
Itu bermakna mereka perlu mempunyai aliran kerja jelas dan alatan terbaik yang boleh digunakan, kerana dengan begitu banyak yang dipertaruhkan, mereka pasti akan memerlukannya bukan sekadar bergantung pada penampilan dimedia digital.
Kajian Pasaran Yang Lemah
Tidak kira betapa hebatnya idea perniagaan ushawa, idea itu tidak akan pergi jauh jika pengguna tidak mahukannya dan tidak mengetahui perkara yang pengguna mahukan adalah sebab biasa kegagalan perniagaan baharu.
Perniagaan yang berjaya menemukan jurang dalam pasaran dan mengisinya bukan bergantung hanya pada nama artis terkenal.
Kita tidak mengatakan yang semua idea usahawan perlulah radikal dan jenama berdasarkan penjenamaan artis terkenal tidak mampu bertahan, tetapi mereka harus memenuhi permintaan.
Tokoh Usahawan Yang Patut Dihormati
Bandingkan dengan kisah Ramly Mokni, pengasas burger Ramly. Beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan bersama isterinya, Datin Hajjah Shala Siah Abdul Manap pada tahun 1979 di Chow Kit.
Menyedari ketiadaan bekalan daging halal yang diyakini, Ramly, seorang bekas tukang sembelih mula menghasilkan daging burger halal sendiri dan seterusnya menubuhkan Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn Bhd pada tahun 1984.
Kini, Kumpulan Ramly beroperasi dari Taman Perindustrian SME di Mukim Batu, Kuala Lumpur serta sebuah kilang moden di Pulau Indah, Klang.
Produk Ramly termasuk burger, nuget, sosej dan pelbagai makanan segera halal bukan sahaja popular di seluruh Malaysia, malah dieksport ke luar negara.
Anak-anak beliau kini meneruskan legasi ini, antaranya Mohd Zaharin Datuk Dr. Hj. Ramly dan Siti Hayu Datuk Dr. Hj. Ramly yang berkhidmat sebagai pengarah syarikat.
Burger Sebagai Identiti Budaya Malaysia
Keunikan Ramly Burger bukan sekadar dalam keusahawanannya tetapi dalam relevansinya terhadap budaya Malaysia.
Bagi rakyat tempatan, bau burger Ramly yang dibakar di gerai tepi jalan membawa nostalgia. Bagi pelancong asing, ia menjadi pintu masuk kepada dunia makanan jalanan (street food) Malaysia.
Ramly Burger kini sinonim dengan pengalaman Malaysia (the Malaysian experience) sebagaimana nasi lemak dan satay, dan sering kali menjadi cadangan utama dalam blog pelancongan dan saluran makanan antarabangsa.
Ini adalah kejayaan akar umbi yang tidak bergantung kepada glamor media sosial tetapi pada nilai, rasa, dan keselesaan rakyat biasa.
Siapa Yang Kita Pilih Untuk Dijadikan Idola?
Ini bukan bermakna sumbangan Vivy harus diketepikan terus. Beliau berjaya membina jenama tersendiri dan memberi inspirasi kepada sebahagian golongan muda.
Namun, pengagungan buta terhadap individu berpengaruh tanpa mengambil kira akauntabiliti dan kesan terhadap dana awam perlu dipersoalkan.
Keusahawanan bukan hanya tentang menjual gaya hidup tetapi tentang menyelesaikan masalah sebenar, mencipta nilai dan memperkukuh komuniti.
Legasi Ramly Mokni membuktikan bahawa kerja senyap, jujur dan konsisten boleh membina jenama yang menjadi sebahagian daripada identiti nasional.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia telah menyaksikan peningkatan ketara dalam francais makanan dan minuman (F&B) tempatan seperti ZUS Coffee, Muiz Fried Chicken dan Ahmad Fried Chicken, menandakan peralihan dalam pilihan pengguna terhadap jenama tempatan.
Francais ini telah berkembang pesat di seluruh negara, menawarkan alternatif kompetitif kepada gergasi antarabangsa dengan menggabungkan perisa tempatan, jaminan halal dan perkaitan budaya.
Kejayaan jenama-jenama ini mencerminkan trend yang lebih meluas rakyat Malaysia yang menyokong usahawan tempatan yang memahami cita rasa dan nilai unik pasaran domestik.
Sebagai rakyat Malaysia, sudah tiba masanya kita menilai semula siapa yang wajar dijulang.
Mari kita hargai bukan sahaja mereka yang bersinar di pentas tetapi juga mereka yang membina pentas itu.
Pada zaman di mana sensasi sering mengatasi substansi, kita harus ingat: impak sebenar tidak semestinya tular tetapi ia kekal abadi.
—
Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi MALAYA NEWSROOM.