Nilai ‘kebersamaan’ dalam sebuah negara bernama Malaysia

Nilai kebersamaan kadangkala dilupakan terutama apabila terpaksa mengejar tarikh akhir suatu tugasan yang diterima dalam jangka masa yang singkat.

Poster Terkini

GELOMBANG perubahan yang berterusan melanda hampir semua aspek kehidupan, akhirnya berkembang menjadi perubahan yang berpanjangan dan memaksa semua negara untuk sentiasa bersedia menerima, memahami, mengharapkan, mengurus dan menyesuaikan diri untuk mengubah dirinya juga mesti sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan.

Dalam keadaan seperti ini, cabaran dan tuntutan adalah yang dihadapi oleh sesebuah negara menjadi semakin sukar dan kompleks.

Nilai kebersamaan sering dilupakan, sedangkan ia sangat penting dalam banyak aspek khususnya dalam keluarga, masyarakat, agama dan pekerjaan. Nilai ini perlu dipelihara agar kejayaan dapat dikecapi bersama.

Apakah takrif kebersamaan?

Kebersamaan menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat ialah keadaan atau hal bersama. Biasanya kita dapat melihat nilai kebersamaan dalam menyelesaikan sesuatu kerja, namun ia jarang sekali diterapkan dengan sepenuhnya.

Ini adalah kerana ada yang hanya wujud pada peringkat permulaan iaitu ketika perbincangan sesuatu tugasan, namun ia tidak wujud semasa pelaksanaannya.

Nilai kebersamaan kadangkala dilupakan terutama apabila terpaksa mengejar tarikh akhir suatu tugasan yang diterima dalam jangka masa yang singkat.

Kita terpaksa memilih untuk menyelesaikan tugasan tersebut tanpa sempat mendengar atau memikirkan pandangan ahli-ahli lain.

Dalam konteks perpaduan kaum, muhibah dan kebersamaan menjadi teras yang kuat untuk membangun masyarakat kepelbagaian beragama tetapi bersatu.

Ketika masyarakat menerapkan nilai-nilai ini, mereka lebih mampu mengatasi perbezaan dan menciptakan hubungan yang harmoni dalam kalangan masyarakat, tanpa memandang perbezaan bangsa, agama atau budaya.

Keperluan Kebersamaan

Perpaduan, kebersamaan, saling menghormati dan teguh membina warisan negara antara yang saya tekankan sewaktu menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan hari ini.Di hadapan pelbagai lapisan masyarakat selain ditonton secara langsung menerusi semua saluran media tempatan, saya maklumkan kemerdekaan yang kita kecapi bukan datang dengan mudah kerana ia lahir dari pengorbanan, perjuangan dan semangat tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu.

Maka hari ini, tanggungjawab kita pula untuk memelihara warisan ini, memperkukuh keharmonian dan menolak segala bentuk perpecahan.Warisan perjuangan ini mesti terus hidup agar generasi akan datang dapat menikmati sebuah Malaysia yang aman, makmur dan bermaruah.

Marilah kita terus menghargai kemerdekaan ini dengan bersatu hati, saling menghormati dan membina masa depan negara secara bersama.

Perpaduan adalah asas kekuatan dan kemakmuran negara. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya, kita perlu berfikir serta bertindak sebagai satu bangsa, satu kebudayaan dan satu negara. Hanya dengan semangat kebersamaan dan keharmonian, Malaysia mampu mengekalkan kedaulatan serta melangkah maju sebagai sebuah negara berdaulat yang disegani dunia.

Nilai kebersamaan antara berbilang kaum di Malaysia adalah penting untuk mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk demi menjamin masa depan lebih baik untuk generasi akan datang. Perpaduan dinegara ini tidak datang secara automatik.

Ia perlu disemai sejak kecil supaya menjadi nilai hidup sepanjang hayat. Hanya dengan itu, kita dapat wariskan negara yang aman dan bersatu kepada anak cucu kita.

Mengembalikan Semula Nilai Kebersamaan

Dalam mengembalikan semula nilai kebersamaan dalam diri masyarakat berbilang kaum ini pelaksanaan program seperti mini townhall solidariti, dialog isu sosial, sukan komuniti dan malam kebudayaan memberi peluang kepada masyarakat untuk memahami serta menghayati nilai kebersamaan merentas kaum, agama dan usia.

Apabila perpaduan sudah menjadi budaya, apa sahaja cabaran sosial boleh ditangani secara kolektif. Inilah asas untuk mencapai pembangunan seimbang yang mana ekonomi dan sosial bergerak seiring dalam satu suasana harmoni.

Sepatutnya kepelbagaian masyarakat bukanlah satu halangan kepada sebuah masyarakat yang kukuh nilai kebersamaannya. Sebaliknya, ia adalah kekuatan yang menyatukan kita semua.

Keharmonian dan perpaduan dalam kalangan semua lapisan rakyat adalah asas kenegaraan yang mesti dipelihara bagai menatang minyak yang penuh, seterusnya dipupuk dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan agama atau warna kulit mempunyai tanggungjawab untuk menjaga perpaduan berdasarkan lima prinsip Rukun Negara.

Dalam memupuk kebersamaan dan perpaduan yang bersifat tulus ikhlas secara berhemah dan produktif, usaha yang kukuh juga mesti dilaksanakan untuk membanteras, tanpa kompromi, sebarang anasir yang membawa ancaman perpecahan.

Harus difahami oleh segenap lapisan masyarakat bahawa menjaga perpaduan ini bukan satu usaha yang mempunyai tarikh tamat. Ia adalah sesuatu yang mesti berterusan selamanya mendidik, memupuk dan menyemai dalam rakyat kita.

Nilai kebersamaan tidak seharusnya hanya di permukaan tetapi mesti lebih mendalam, terutamanya apabila timbul keperluan untuk menangani situasi di mana sesetengah pihak mungkin terguris akibat kejahilan, sama ada disengajakan atau tidak.

Jika kita kekal teguh mempertahankan prinsip hormat-menghormati, keadilan dan kesaksamaan, Malaysia akan terus menjadi negara yang bersatu dan harmoni. Selamat Hari Malaysia.


Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi MALAYA NEWSROOM.