Kempen “Serikan Raya, Sparkling-kan Suasana” semarakkan Aidilfitri

Dari muzikal raya yang menghiburkan hinggalah ke resipi baharu yang menyelerakan, Spritzer Sparkling mengajak rakyat Malaysia meraikan idea baharu sambil meneruskan tradisi bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri

Feature Image (1)

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2026 – Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang penuh kemeriahan, Spritzer Sparkling tampil dengan kempen istimewa bertemakan “Serikan Raya, Sparkling-kan Suasana” bagi menyemarakkan lagi semangat kebersamaan serta tradisi perayaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Aidilfitri yang disambut pada bulan Syawal sering menjadi detik yang dinanti-nantikan, bukan sahaja sebagai masa untuk berkumpul bersama keluarga, malah untuk menikmati hidangan tradisi yang disediakan secara gotong-royong. Dalam suasana dapur yang riuh dan meriah menjelang hari raya, Spritzer Sparkling mengajak masyarakat Malaysia mengekalkan tradisi sambil meneroka idea baharu dalam penyediaan juadah dengan sentuhan moden.

Melalui kempen ini, Spritzer Sparkling bukan sekadar diketengahkan sebagai minuman berkarbonat semula jadi yang menyegarkan, malah diperkenalkan sebagai bahan serba guna dalam pelbagai resipi masakan dan minuman raya. Pengguna boleh mencuba pelbagai hidangan seperti Cucur Udang Crispy, Rendang Tok Melting dan Roti Jala bersama Kari Ayam, selain minuman menyegarkan seperti Bunga Longan Sparkling serta Limau Selasih Pudina Sparkling.

Menurut Spritzer, gelembung semula jadi dalam air berkarbonat ini membantu menghasilkan tekstur adunan yang lebih ringan dan rangup, di samping menjadikan daging lebih lembut serta berperisa tanpa menjejaskan keaslian hidangan tradisional. Penggunaan Spritzer Sparkling juga dikatakan mampu membantu mempercepatkan proses memasak sambil mengekalkan rasa yang enak.

Ketua Pemasaran Spritzer, Shiao Chan berkata, Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang sarat dengan nilai kekeluargaan dan tradisi, di mana makanan memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan antara ahli keluarga.

“Melalui kempen “Serikan Raya, Sparkling-kan Suasana”, kami ingin menunjukkan bahawa tradisi dan warisan boleh terus diraikan sambil menerima inovasi serta perspektif baharu. Spritzer Sparkling bukan sahaja minuman yang menyegarkan, tetapi juga bahan serba guna yang boleh meningkatkan rasa hidangan dan minuman perayaan, sekali gus mencipta detik indah ketika berkumpul bersama keluarga,” katanya.

Bagi menambah kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini, Spritzer turut memperkenalkan sebuah filem muzikal raya berjudul ‘Samting-Samting’ yang menampilkan lakonan Fimie Don, Wani Kayrie dan Elliza Razak.

Filem ini mengisahkan pasangan pengantin baharu yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri pertama mereka bersama keluarga. Dalam cerita tersebut, watak Alia memperkenalkan pendekatan moden dalam penyediaan hidangan tradisi dengan menggunakan bahan rahsia, iaitu Spritzer Sparkling. Keunikan masakan Alia mencetuskan persoalan dalam kalangan ahli keluarga, khususnya Mak Ngah yang terkenal sebagai pakar masakan keluarga.

Gabungan elemen komedi, drama dan muzik dalam filem ini mengetengahkan kisah yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia, sambil memaparkan hubungan kekeluargaan serta pertembungan idea antara generasi lama dan baharu.

Orang ramai yang berminat untuk mencuba resipi hidangan serta minuman menggunakan Spritzer Sparkling boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman mikro khas raya yang disediakan oleh jenama berkenaan. Selain menonton filem muzikal tersebut, pengunjung juga boleh mengetahui tentang pelbagai promosi dan aktiviti menarik termasuk sesi ramah mesra bersama barisan pelakon kempen.

Dalam masa sama, promosi hadiah dengan pembelian turut ditawarkan di kedai-kedai terpilih di seluruh negara sempena kempen Aidilfitri ini.