Memahami masalah sumber manusia melalui konsep pemasaran antara generasi

Pakar kajian perbezaan generasi, Dr Alexis Abramson mendedahkan, tahun kelahiran sangat mempengaruhi tingkah laku, persepsi, nilai dan kelakuan kita.

Poster Terkini

PEMBUAT dasar, majikan dan pemasar secara tradisinya telah menumpukan perhatian mereka kepada orang yang berumur 20-an, 30-an dan awal 40-an.

Lagipun, ini adalah kumpulan umur terbesar, pembelanja terbesar, penentu arah aliran dan juga penjelmaan masa depan penggunaan.

Mengikut umur dan tahun kelahiran, kita dikelaskan dalam kategori seperti Baby Boomers, Gen X, Gen Y atau Gen Z. Terdapat banyak stereotaip yang sering berlegar di media sosial mengenai gelagat kumpulan pekerja daripada generasi-generasi yang berbeza.

Ada yang melabel Baby Boomers sebagai berfikiran sempit, Gen Y pula sering digelar sebagai jenis yang suka memberontak dan sebagainya.

Menurut pakar kajian perbezaan generasi (generational cohorts), Dr Alexis Abramson, tahun kelahiran kita sangat mempengaruhi tingkah laku, persepsi, nilai dan kelakuan kita.

Daripada situlah, kita dapat melihat persamaan dalam generasi yang lahir dalam lingkungan masa yang sama. Mari kita kenali ciri-ciri dan perbezaan generasi dengan lebih dekat. Ini kerana persekitaran, suasana dan cabaran kehidupan yang kumpulan ini alami tidak jauh berbeza.

Pada masa kini, warga Malaysia yang lebih berumur memainkan peranan semakin penting dalam pasaran pekerjaan. Pada tahun 2021, terdapat lebih ramai rakyat Malaysia yang berumur antara 40 hingga 60 tahun ke atas berbanding antara umur 20 dan 34 tahun yang menjadi peneraju industri.

Ini bermakna untuk sesebuah syarikat dan organisasi kekal berdaya saing, mereka mesti berhenti mempertimbangkan penggunaan kelainan perbezaan generasi dalam menetap kana tau mengiklankan pekerjaan.

Bagaimanapun, pasukan seharusnya menahan godaan untuk mengalihkan fokus dari satu generasi ke generasi yang lain untuk penawaran pekerjaan.

Syarikat juga mesti menyedari bahawa pencirian generasi yang tidak menyeluruh dalam jangka masa panjanag akan menyebabkan organisasi atau syarikat kehilangan sumber tenaga manusia yang berkualiti.

Ketaksuban terhadap perbezaan generasi adalah merugikan apabila membandingkan generasi terhebat, yang dibesarkan semasa kesukaran yang tinggi dan berjuang dalam Perang Dunia II, dengan Baby Boomers, yang dilahirkan dalam kemewahan. Perbezaan yang begitu besar juga akan terjadi apabila membandingkan Milenium dan Gen Z.

Paling penting, perbezaan generasi hanya perlu wujud dalam imaginasi kita untuk kita melengkapkan setiap golongan generasi pekerja kita dengan kepakaran yang diperlukan.

Penyelidikan meluas yang dilakukan oleh ahli pemasar dan saintis sosial seperti yang disemak oleh penyelidik di universiti Wayne State, DePaul, George Washington dan Leipzig, menunjukkan bahawa sempadan perbezaan antara generasi adalah kabur jika tidak diurus dengan baik.

Penyelidikan tambahan sentiasa diperlukan untuk membantu pekerja yang berlaian generasi bagi menunjukkan bahawa sentiasa sukar untuk tidak mengabaikan tahap kebolehubahan yang membingungkan merentas individu dalam generasi yang berbeza.

Mempunyai gaya pemikiran yang sama bagi generasi yang berbeza adalah tidak masuk akal walaupun pada masa revolusi dalam data masa nyata daripada telefon pintar dan platform digital yang menawarkan cara yang lebih tepat untuk meramal dan membentuk tingkah laku pengguna individu.

Elakkan berfikir bahawa umur sama dengan gaya hidup.

Majikan-majikan hari ini seharusnya melihat gaya hidup pilihan pekerja mereka tanpa prejudis terhadap usia. Sebaliknya, gaya hidup aktif cenderung untuk membentuk mereka yang berusia 60 atau 70 tahun pada masa kini berada dalam bentuk fizikal dan mental yang jauh lebih baik daripada seseorang yang sebaya.

Ini bermakna orang yang dianggap agak ‘tua’ selalunya mempunyai gaya hidup yang kami gambarkan sebagai ‘muda’.

Menghargai data.

Pada suatu masa dahulu, syarikat terpaksa menjalankan tinjauan produktiviti pengguna yang memerlukan kos yang mahal dan mengambil masa yang lama sehingga beberapa bulan untuk hasilnya.

Pada masa kini, data masa nyata mengenai produktiviti pekerja dapat diperolehi dan dianalisa dengan mudah, maka penambahbaikan terhadap prestasi individu tersedia serta-merta dan dengan tahap perincian yang menakjubkan.

Mengeksploitasi pengaruh perbezaan antara generasi.

Semakin hari, kumpulan sumber tenaga manusia yang lebih muda dipengaruhi oleh ibu bapa atau datuk dan nenek mereka dan oleh apa yang dipanggil ‘granfluencers‘ semakin besar.

Para majikan perlu menganggap bahawa pengaruh perbezaan antara generasi berkembang lebih cepat pada masa kini dan pengaruh perancangan intragenerasi antara generasi perlu diusahakan dengan lebih terancang.

Sudah tiba masanya untuk syarikat dan organisasi membuang cara pemikiran lama dan menyelaraskan semula keutamaan mereka.

Langkah pertama ialah menjadi perbezaan pemikiran antara generasi mula menekankan nilai bersama merentas kumpulan umur yang berbeza.


Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi MALAYA NEWSROOM.