KUALA LUMPUR, 20 September 2024 – Kumpulan rock Korea Selatan, N. Flying bakal mengadakan konsert sulung mereka di Kuala Lumpur, detik yang dinanti-nantikan peminat Malaysia yang menunggu bertahun-tahun untuk melihat kumpulan ini beraksi secara langsung.
Dipersembahkan oleh More Entertainment dan dianjurkan bersama oleh 163, 2024 N.Flying LIVE ‘HIDE-OUT’ akan menggegarkan ZEPP Kuala Lumpur pada pukul 6 petang, 1 Disember ini.
N. Flying dianggotai lima ahli terdiri daripada ketua, vokalis dan penyanyi rap Lee Seung Hyub, vokalis Yoo Hwe Seung, pemain gitar Cha Hun, pemain bas Seo Dong Sung dan pemain dram Kim Jae Hyun.
Bagaimanapun, Jae Hyun tidak dapat menyertai persembahan ini.
Setiap ahli memberikan bakat dan daya tarikan unik mereka kepada kumpulan, yang membuat penampilan pertama secara rasmi pada tahun 2015 dengan album mini pertama mereka Awesome dan sejak itu telah menyampaikan lagu popular seperti Rooftop, GOOD BAM dan Oh really, memukau peminat di seluruh dunia dengan persembahan yang luar biasa.
Selain kehebatan muzik, vokalis Seung Hyub juga dikenali sebagai seorang pelakon hebat, muncul dalam K-drama seperti Nevertheless, Shooting Stars and Lovely Runner sebagai Baek Inhyuk, penampilannya dijangka menarik ramai peminat drama ke konsert ini.
Seung Hyub juga membintangi drama hit Netflix baharu Love Next Door, dia melakonkan watak komedi sebagai Bae Dongjin mendapat pujian daripada penonton.
Dengan ‘HIDE-OUT’ mewakili tempat persembahan N.Flying, kumpulan itu berharap peminat akan bersama-sama mereka di lokasi istimewa yang dipenuhi dengan muzik N.Flying ini untuk malam yang menyeronokkan dan beberapa kejutan menanti peminat, menjadikan konsert ini detik yang tidak boleh dilepaskan.
Tiket berharga RM799 (Zon Premium), RM688 (VIP), RM558 (CAT 1), RM468 (CAT 2), RM368 (CAT 3) dan RM6,288 (VIP BOX – 8 Tempat Duduk), tertakluk kepada yuran tempahan dan had 4 tiket setiap orang.
ERA, MY FM dan GOXUAN ialah Rakan Kongsi Media Rasmi untuk 2024 N.Flying LIVE ‘HIDE-OUT’ di Kuala Lumpur.