Membina IKS tempatan untuk pasaran eksport melalui rangkaian dan kepercayaan

Penembusan pasaran antarabangsanya tidak hanya bergantung kepada kekuatan pada platform digital seperti pasaran global.

Poster Terkini

MEMBANGUN perniagaan industri kecil sederhana tempatan sehingga berada pada tahap global bukan sekadar melibatkan sebuah pilihan model perniagaan sahaja tetapi memerlukan pembangunan strategi untuk memastikan kestabilan dan kepastian transaksi yang berkesan.

Jika sebuah operasi syarikat IKS itu tidak teratur, kita masih tidak boleh berubah ke peringkat global dan ini memerlukan gambaran tahap akauntabiliti yang lebih tinggi berbanding pasaran individu.

Pendekatan ini perlu diperkukuh oleh falsafah adaptif yang diperlukan oleh pasaran dan perlu selalu di perbaharui. Perubahan ini membolehkan syarikat-syarikat beralih merentasi peringkat operasi, daripada pasaran tempatan kepada pasaran global, menyesuaikan diri dengan dinamika permintaan global.

Walau bagaimanapun, fleksibiliti sahaja tidak mencukupi. Dalam konteks mendepani pasaran eksport, rangkaian pasaran syarikat merupakan infrastruktur pemasaran utama yang menjadi penentu kejayaan naik taraf sesebuah syarikat IKS tempatan.

Strategi Penembusan Pasan Antara Bangsa

Kita perlu mengakui bahawa penembusan pasaran antarabangsanya tidak hanya bergantung kepada kekuatan pada platform digital seperti pasaran global. Contohnya jika kita sedang cuba mengeksport ke Australia. Kita perlukan sebuah syarikat tempatan dinegara tersebut untuk menjadi rakan kita. Untuk memasuki pasaran tersebut sepenuhnya kita perlu melalui seorang rakan kongsi tempatan di negara itu, bukan hanya kebergantungan melalui laman web seperti Alibaba.

Perkara yang serupa berlaku apabila syarikat tempatan kita ingin memasuki pasaran negara Indonesia, juga berpunca daripada hubungan dagangana profesional sebelum ini. Pengalaman ini mengesahkan bahawa dalam transaksi perniagaan IKS yang ingin menjadi perusahaan bernilai tinggi, kepercayaan yang dibina melalui hubungan peribadi selalunya lebih berkesan daripada pendekatan digital yang tidak peribadi.

Rangkaian, dalam konteks ini, berfungsi sebagai pemangkin kepercayaan, mempercepatkan proses rundingan sambil mengurangkan kos pemerolehan pelanggan di negara tersebut.

Rangkaian sahaja pula juga tidak mencukupi tanpa kredibiliti yang kukuh. Menyedari bahawa entiti perniagaan IKS tempatan baharu sering menghadapi cabaran “beban tanpa nama besar.” Untuk itu, pihak kerajaan perlu secara strategik memanfaatkan gabungan dengan organisasi utama di negara luar untuk menjadi pemangkin perkara ini.

Untuk memasuki pasaran negara maju, kita perlu menggunakan organisasi yang telah lama menjadi nama besar diperingkat global. Dengan rangkaian PMKS yang dibina kukuh ini produk-produk IKS tidak akan sendirian diarena global.

Kepentingan Kredibiliti Syarikat

Kredibiliti ini menjadi lebih penting apabila berurusan dengan kontrak berskala besar di areana antarabangsa . Dalam projek eksport ke Australia, sebagai contoh, permintaan boleh mencapai kepada beribu-ribu varian produk dengan jumlah kontena yang besar.

Bagi menangani cabaran ini, syarikat-syarikat IKS tempatan perlu mengguna pakai model usahasama dengan melantik pihak khusus untuk menyelaras pengumpulan barangan. Pendekatan ini membolehkan kawalan kualiti yang lebih ketat sambil mengekalkan kesinambungan bekalan.

Tambahan pula, keperluan untuk menjadi selektif dalam memilih rakan kongsi pengeluaran amat perlu dipentingkan. Apabila memilih pembekal, syarikat-syarikat IKT tempatan ini perlu mengutamakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang mempunyai kapasiti pengeluaran yang stabil.

Ini adalah untuk memastikan jualan produk yang mampan, menguruskan turun naik jumlah permintaan dengan lebih baik untuk jangka masa yang panjang. Pengoperasian yang konsisten adalah penting untuk mengekalkan kepercayaan dan hubungan jangka panjang dengan pengguna global diserata dunia.

Bagi melengkapi strateginya, syarikat-syarikat IKT tempatan ini juga perlu mereka bentuk pembangunan hab mereka yang berpengkalan di negara-negara tersebut. Tidak seperti peruncitan konvensional, hab ini berfungsi sebagai pameran produk yang telah terbukti berjaya di pasaran antarabangsa.

Berkembang Secara Kelompok vs Individu

Kita tidak mahu melihat syarikat-syarikat IKS tempatan menjual secara individu, kerajaan seharusnya perlu melihat prestasi syarikat-syarikat IKS tempatan ini beraksi di peringkat global mewakili satu jenama sebagai barangan buatan Malaysia.

Dengan strategi ini kuantiti pesanan minimum akan bertambah besar dan akhirnya hab ini turut akan berfungsi sebagai alat pemasaran negara untuk produk-produk IKS tempatan akan datang kerana berasaskan bukti yang mengukuhkan persepsi kualiti dan kebolehpercayaan di mata bakal rakan kongsi di peringkat global.

Akhirnya, kejayaan eksport produk-produk IKS berjenama tempatan bukan sahaja ditentukan oleh kualiti produk, tetapi juga oleh keupayaan untuk membina dan mengurus ekosistem kepercayaan. Akses pasaran terbuka beserta rangkaian, kredibiliti mengukuhkan kuasa tawar-menawar dan pelaksanaan operasi memastikan kemampanan juga turut dibangunkan oleh negara kita.

Dalam landskap global yang semakin kompetitif, gabungan ketiga-tiganya merupakan kelebihan strategik yang penting bagi kejayaan jenama-jenama produk IKS Malaysia di arean global.