AI ubah landskap kerjaya awal graduan, bukan pembunuh pekerjaan

AI sememangnya tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada para graduan daripada mendapat pekerjaan.

Poster Terkini

BANYAK yang berpendapat bahawa kecerdasan buatan (AI) akan mengganggu penawaran pekerjaan pada peringkat permulaan tetapi kita tidak boleh mentakrif bahawa sedikit krisis di peringkat awal perubahan sebagai perkara negatif. Ini adalah kerana setiap perubahan atau anjakan besar pasti tidak akan stabil pada awalnya.

Kita juga berpandangan bahawa ijazah di peringkat universiti bukan kalis relevannya. Setiap perubahan sektor ekonomi pasti akan menghasilkan perubahan dan sektor pengajian tinggi dan akan menjadi tajuk utama yang memberi amaran bahawa kursus yang ditawarkan akan tidak relevan jika tidak diurus dan dirancang seiring dengan perubahan sektor ekonomi.

AI sememangnya tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada para graduan daripada mendapat pekerjaan tetapi ia adalah satu perubahan yang nyata sedang berlaku dan perlu diurus secara terancang.

Penawaran pekerjaan telah jatuh daripada 12.1 juta pada Mac 2022 kepada 7.2 juta pada Julai 2025 di seluruh dunia. Walaupun pengurangan baru-baru ini memeranjatkan tetapi kadar faedah seperti gaji pula adalah kekal tinggi.

Tarif dan kadar peningkatan gaji adalah tidak dapat diramalkan. Pada masa sama, majikan cenderung bertukar kepada alat AI generatif yang mengautomasikan betul-betul semua jenis kerja peringkat permulaan atau rendah yang digunakan oleh golongan muda secara sejarah untuk mendapat penempatan pertama dalam bidang pekerjaan.

Bidang yang terlibat termasuklah pekerjaan yang melibatkan penyelidikan, penggubalan, kemasukan data, analisis.
Penyelidik yang beralih kepada Open AI kini telah mampu mendokumentasikan kertas kerja dengan lebih baik sebagaimana ChatGPT kini boleh melaksanakan lebih daripada 50 peratus tugas merentasi 19 peratus daripada semua pekerjaan.

Ia merupakan kes terburuk penumpuan yang dikatakan kekacauan ekonomi jangka pendek yang melanda penawaran bidang pekerjaan dengan perubahan teknologi jangka panjang kerana banyak jawatan yang tidak memerlukan skil kemanusian dijumudkan.

Firma penganalisa perubahan pasaran buruh membuat kajian dan memberi amaran bahawa tangga terbawah tangga kerjaya semakin terhakis iaitu kerjaya yang tidak melibatkan skil kemanusiaan semakin terhakis.

Dalam laporan antarabangsa mereka pada Julai 2025 mendapati bahawa setahun selepas tamat pengajian, 52 peratus daripada kelas graduan pada 2023 masih bekerja dalam pekerjaan yang tidak memerlukan ijazah di serata negara di dunia.

Laporan kajian ini menerangkan tentang ‘piramid terbalik’, permintaan yang stabil untuk pekerja berpengalaman ditambah dengan peluang yang semakin mengecil untuk graduan baharu.

Pekerjaan pertama bagi graduan baharu hari ini mungkin lebih teknikal atau khusus tetapi tidak bermaksud ia semakin berkurang, cuma dengan kehadiran keserdasan buatan kerja pertama bagi graduan baru bertambah kompleks sifatnya.

Kadar upah cenderung mengikut produktiviti dan pekerja yang berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan teknologi baharu seperti AI dalam ekonomi hari ini adalah, secara umumnya merupakan graduan.

Itulah salah satu sebab kenapa produk sesebuah universiti masih nampak terus premium dan relevan. Apabila kemelesetan ekonomi besar melanda, ramai yang kehilangan pekerjaan mereka, tetapi graduan adalah yang paling berkemungkinan bekerja pada awalnya dan paling tidak mungkin menganggur jika krisis itu berterusan.

Ahli ekonomi juga kini amat berhati-hati agar tidak mengisytiharkan AI sebagai pembunuh pekerjaan. Banyak ahli ekonomi menegaskan bahawa ramalan tentang kesan pasaran buruh jangka panjang AI masih berada pada peringkat spekulatif.
Universiti juga seharusnya bertindak balas terhadap perubahan seperti membeli perkhidmatan premium dan khusus universiti daripada syarikat seperti OpenAI dan Anthropic, yang menawarkan kursus AI praktikal dan mengubah kampus menjadi tempat latihan untuk tenaga kerja yang lebih mahir dari segi digital.

Kesan perubahan sistem pendidikan kepada pekerjaan mungkin lebih hebat diperkatakan dan lebih perlahan berbanding sebelum ini, tetapi ia masih bergerak. AI sedang membentuk semula peringkat awal perkembangan kerjaya, bukan menghapuskannya sepenuhnya.

Seorang pemuda berumur dua puluh tahun boleh menggunakan AI untuk menyediakan resume terbaik, membina skil keyakinan diri atau berlatih temu duga kerja. Pereka boleh menghasilkan prototaip, pengimpal boleh menggunakan simulasi keatas hasilan kimpalan.

Banyak kemahiran yang dahulunya memerlukan latihan formal atau masa kuliah kini boleh diajar dengan teknologi. AI meningkatkan tahap kepakaran yang ditunjukkan dan ia mengurangkan halangan untuk memperolehnya.

Produk universiti sebenarnya boleh kekal relevan atas usaha yang strategik. Apa yang kita perlukan ialah program yang disesuaikan dengan permintaan tenaga kerja, dasar yang meningkatkan kemampuan dan penyiapan dan institusi yang membantu pelajar menterjemah pendidikan kepada peluang.

Seorang tukang jahit dengan ijazah kedoktoran akan sentiasa menjadi ikutan yang baik tetapi ijazah itu tetap jalan berkuali yang paling pasti, paling kukuh menuju kemakmuran.