Raikan semangat keprihatinan bersama Spritzer EcoPark di Aidilfitri
Nikmati kemeriahan Aidilfitri dengan dekorasi dan aktiviti menyeronokkan bersama keluarga,
dilengkapi kesegaran minuman Spritzer dalam suasana alam semula jadi.

TAIPING, 24 Mac 2025 – Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Spritzer mengajak rakyat Malaysia untuk meraikan keindahan musim perayaan dengan mencipta kenangan baharu yang penuh kegembiraan dan keprihatinan.
Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, Spritzer EcoPark dihias indah dengan suasana yang lebih meriah, menjadikannya destinasi percutian yang sempurna untuk keluarga dan sahabat berkumpul, mengeratkan hubungan serta menghargai momen bersama dari 21 Mac hingga 20 April 2025.
Spritzer EcoPark dihiasi dengan gabungan motif tradisional Melayu berserta elemen bunga dalam tujuh susunan unik.
Rekaan dekorasi ini adalah kebanyakannya menggunakan bahan kitar semula, menonjolkan nilai kelestarian yang digabungkan dengan seni kreatif.
Salah satu tarikan utama ialah sebuah gerbang bunga yang mempamerkan suasana magis dan menenangkan. Elemen bulan dan bintang, simbol yang sinonim dengan Islam turut diterapkan dalam reka bentuk dekorasi ini.
Dengan sentuhan yang teliti dan elemen pencahayaan yang memukau, dekorasi ini memberikan pengalaman
yang menakjubkan pada waktu siang mahupun malam.
Masuk ke Spritzer EcoPark adalah percuma untuk semua!
“Sambutan perayaan bukan sekadar berkumpul bersama tetapi juga memahami dan menghargai saat-saat yang membawa kegembiraan kepada hidup kita serta yang tersayang. Tema tahun ini adalah meraikan nilai keprihatinan melalui tindak-tanduk kecil dan sikap bertimbang rasa.
“Di Spritzer, kami percaya bahawa kegembiraan sebenar bermula daripada keikhlasan, sama ada dengan meluangkan masa bersama, menjaga kesejahteraan keluarga atau sekadar mencipta ruang agar semua dapat menikmati keindahan alam.
“Spritzer EcoPark dipelihara dengan tujuan ini untuk kekal sebagai satu legasi di mana orang ramai boleh berkumpul, bermuhasabah dan meraikan momen istimewa dikelilingi keindahan dan ketenangan alam semula jadi,” kata Ketua Perhubungan Awam Spritzer, Winnie Chin.
Spritzer EcoPark menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur bagi memeriahkan lagi suasana Aidilfitri.
Seisi keluarga boleh menikmati permainan mini golf, menaiki paddle kart serta mencungkil daya kreativiti melalui aktiviti kraf DIY.
Sudah tentunya ini bakal menjanjikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini penuh dengan gelak tawa dan momen bermakna.
Di Snack Station, pengunjung boleh menikmati pelbagai makanan ringan yang lazat pada harga berpatutan, manakala di Water Shop pula pengunjung boleh mendapatkan produk Spritzer yang menyegarkan serta mencuba resipi Raya Spritzer yang baharu untuk majlis rumah terbuka mereka.
Pengunjung juga boleh singgah di Souvenir Shop bagi mendapatkan cenderamata eksklusif sebagai
tanda mata sewaktu lawatan mereka ke taman ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Spritzer EcoPark! Sama ada anda datang untuk berseronok, berehat atau sekadar menikmati ketenangan, kami bersedia menjadikan sambutan anda lebih bermakna.
Taman ini dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 9:30 malam. Lokasi kami di Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000 Taiping, Perak.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti Spritzer EcoPark di Facebook dan Instagram.