Spritzer meraikan Tahun Baharu Cina 2026 dengan ‘Unstoppable Love’
Sebuah kisah cinta abadi, ikatan kekeluargaan dan pilihan perayaan lebih Sihat
KUALA LUMPUR, 27 Januari 2026 – Tahun Baharu Cina merupakan masa terbaik untuk pertemuan semula ahli keluarga dan sahabat handai, bermuhasabah diri serta membuka lembaran baharu.
Pada tahun ini, Spritzer mengajak rakyat Malaysia meraikan detik istimewa ini menerusi kempen yang menyentuh emosi, menampilkan pengalaman perayaan yang mengasyikkan, di samping membawa mesej yang jelas dalam menyokong keluarga membuat pilihan minuman yang lebih sihat sebagai pelengkap hidangan perayaan.
Seiring dengan peningkatan kesedaran terhadap isu pengambilan gula serta kepentingan kesejahteraan tubuh badan secara menyeluruh, Spritzer kekal komited untuk menjadi minuman pilihan utama sepanjang musim perayaan.
Sama ada melalui air mineral semula jadi yang kaya dengan silika atau Spritzer Sparkling yang tanpa gula, pemanis dan kalori, setiap keluarga kini boleh menyambut Tahun Baharu Cina dengan lebih sihat dan bermakna. Apabila kita mengambil berat tentang insan tersayang, sudah tentu kita juga memberi perhatian terhadap apa yang dihidangkan kepada mereka.
Bagi menyampaikan mesej mengenai erti kekeluargaan dan hubungan yang berkekalan sempena Tahun Baharu Cina ini, Spritzer mempersembahkan sebuah filem pendek bertajuk ‘Unstoppable Love’.

Filem yang mencuit hati ini mengisahkan pengalaman dua pasangan moden, Dior dan Joseph Lee (Jobroseph) ketika menyambut perayaan bersama keluarga, di mana pertemuan tersebut membuka tirai kepada sebuah pengembaraan merentas masa yang penuh kejutan serta menghubungkan kehidupan masa kini dengan masa lampau.
Daripada era moden hingga ke zaman dahulu kala, kisah ini disampaikan secara santai dan penuh jenaka, mengingatkan penonton bahawa cinta dan nilai kekeluargaan kekal utuh walaupun dunia terus berubah.
Sarat dengan detik-detik menyentuh perasaan, ‘Unstoppable Love’ dijangka menghangatkan jiwa serta mencetuskan perbualan sepanjang musim perayaan. Filem ‘Unstoppable Love’ ini boleh ditonton menerusi Laman Web Rasmi dan saluran YouTube Spritzer.
“‘Unstoppable Love’ mencerminkan realiti yang dilalui oleh kebanyakan keluarga, bahawa cinta tidak selalunya mudah dan penerimaan sering mengambil masa.
“Filem ini menekankan bagaimana cinta yang ikhlas dan penuh kesabaran mampu memupuk kesefahaman serta merapatkan lagi hubungan kekeluargaan merentasi pelbagai generasi. Tahun Baharu Cina bukan sekadar tradisi, sebaliknya merupakan masa yang tepat untuk membuka lembaran baharu, mengeratkan hubungan dan berkongsi kegembiraan bersama keluarga.
“Kami sentiasa berusaha membantu mencipta detik bermakna dengan menyediakan minuman yang lebih menyegarkan dan menyihatkan sebagai pelengkap sambutan bersama keluarga, sama ada untuk dinikmati ketika jamuan, dijadikan hadiah atau sekadar dikongsi dalam suasana perbualan mesra,” kata Ketua Pemasaran Spritzer, Shiao Chan.
Spritzer turut memeriahkan sambutan ini menerusi siri jelajah Tahun Baharu Cina interaktif yang akan berlangsung dari 4 hingga 8 Februari 2026 di Aras 2, Pavilion Bukit Jalil (di hadapan Tsutaya Books Malaysia).
Para pengunjung berpeluang menyertai sesi Ramah Mesra bersama Dior dan Joseph Lee (Jobroseph), menikmati pelbagai permainan interaktif, promosi eksklusif serta sampel produk, sekali gus mewujudkan suasana perayaan yang meriah bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
Bagi menambah kesegaran sepanjang musim perayaan ini, Spritzer turut memperkenalkan botol Air Mineral Semula Jadi 250ml edisi terhad Tahun Baharu Cina yang sesuai dihidangkan semasa jamuan perayaan.
Botol edisi terhad ini hadir dengan tiga rekaan label unik dan diperkaya secara semula jadi dengan silika yang baik untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku, bagi memastikan pengguna kekal terhidrat sepanjang musim perayaan.
Bagi penggemar minuman berkarbonat, Spritzer Sparkling menawarkan minuman tanpa pemanis dan tanpa kalori yang boleh didapati dalam perisa asli, lemon serta perisa baharu yang baru dilancarkan iaitu garam laut & sitron.
Bagi menjadikan musim perayaan ini lebih istimewa, Spritzer turut memperkenalkan ganjaran pembelian untuk dikongsi dan dinikmati bersama insan tersayang:
• Beli produk Spritzer bernilai RM18 dan dapatkan Tuala Tangan Edisi Terhad Spritzer;
• Beli produk Spritzer bernilai RM38 dan dapatkan Mangkuk serta Penutup Edisi Terhad Tahun Baharu Cina Spritzer (boleh didapati di kedai terpilih dengan sampel promosi);
• Beli produk Spritzer bernilai RM18 untuk menyertai aktiviti ‘Tear & Win’, yang menawarkan pelbagai hadiah seperti kod tambah nilai Touch ‘n Go bernilai sehingga RM38 dan paket Ang Pau Spritzer (boleh didapati di kedai terpilih dengan sampel promosi).
Ketika rakyat Malaysia meraikan Tahun Baharu Cina, mesej yang ingin disampaikan oleh Spritzer adalah jelas bahawa cinta tidak boleh dihalang.
Sama ada melalui kisah bermakna, pilihan minuman atau detik indah yang dikongsi bersama dalam siri jelajah, Spritzer akan terus menyokong setiap sambutan perayaan yang penuh makna.
Spritzer kekal sebagai jenama dipercayai yang menawarkan minuman semula jadi dan lebih sihat bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan anda.
