Spritzer dominasi Jenama Terbaik kategori air di World Branding Awards
Pengiktirafan buat kali ke-12 ini mencerminkan kepercayaan pengguna serta komitmen Spritzer terhadap
kualiti dan inovasi.
KUALA LUMPUR, 24 November 2026 – Spritzer Berhad sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama air botol terkemuka di Malaysia apabila dinobatkan sebagai Jenama Terbaik dalam kategori Air pada World Branding Awards 2026–2027.
Pengiktirafan itu menyaksikan Spritzer mengekalkan kemenangan selama 12 tahun berturut-turut, sekali gus membuktikan kepercayaan berterusan pengguna terhadap jenama berkenaan serta komitmennya dalam mengekalkan kualiti dan memperkenalkan inovasi.
Lebih membanggakan, Spritzer merupakan satu-satunya jenama dari Malaysia yang menerima pengiktirafan dalam kategori Air bagi edisi anugerah tahun ini.
Anugerah Peringkat Kebangsaan itu menjadi satu lagi pencapaian penting buat syarikat yang telah membina reputasi dalam industri air botol selama hampir empat dekad, khususnya menerusi penekanan terhadap kualiti produk dan keyakinan pengguna.
Dianjurkan oleh World Branding Forum, World Branding Awards merupakan pengiktirafan kepada jenama yang mencapai kecemerlangan berdasarkan penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna serta undian awam secara dalam talian.
Penglibatan pengguna dalam menentukan pemenang menjadikan pengiktirafan tersebut lebih bermakna kerana ia mencerminkan sokongan dan kepercayaan masyarakat terhadap jenama yang dipilih.
Anugerah berkenaan diterima oleh Ketua Perhubungan Awam Spritzer, Winnie Chin, yang mewakili syarikat itu pada majlis penyampaian anugerah di United Kingdom.
Winnie berkata, pihaknya amat berbesar hati menerima pengiktirafan tersebut buat kali ke-12 berturut-turut, namun kepercayaan berterusan pengguna merupakan perkara paling bermakna kepada Spritzer.
Menurutnya, perubahan pasaran dan peningkatan jangkaan pengguna menuntut syarikat supaya tidak hanya bergantung pada kejayaan terdahulu, sebaliknya terus berusaha melakukan penambahbaikan.
Beliau berkata, Spritzer akan terus memberi tumpuan kepada inovasi, meneroka idea baharu serta mencari pendekatan lebih berkesan untuk mendekati pengguna.
Pengiktirafan itu juga menjadi dorongan kepada syarikat untuk terus meningkatkan standard produk dan perkhidmatannya.
Dalam pada itu, Winnie turut merakamkan penghargaan kepada pengguna, rakan kerjasama serta seluruh warga kerja Spritzer atas sokongan dan komitmen yang diberikan selama ini.
Menerusi inisiatif jenama ‘Flow with Joy’, Spritzer berharap dapat menawarkan lebih daripada sekadar penyelesaian penghidratan dengan mewujudkan pengalaman positif dan detik kegembiraan dalam kehidupan seharian pengguna.
Sejak ditubuhkan pada 1989, Spritzer berkembang daripada sebuah pengeluar air botol tempatan kepada antara jenama air botol terkemuka di Malaysia.
Sepanjang tempoh tersebut, syarikat berkenaan terus mengekalkan komitmen terhadap kualiti produk, selain memperkenalkan pelbagai produk baharu, membuat pelaburan dalam teknologi serta mengamalkan pendekatan lebih mampan bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah.
Inisiatif ‘Flow with Joy’ pula mencerminkan usaha Spritzer untuk membina hubungan lebih rapat dan bermakna dengan pengguna.
Selain menggalakkan amalan penghidratan, inisiatif itu turut membawa mesej mengenai kepentingan sikap positif dan kesejahteraan diri, di samping mengajak pengguna menghargai setiap detik dalam kehidupan dengan penuh kegembiraan.
Bagi Spritzer, keutamaan syarikat adalah untuk terus menjadi jenama yang dipercayai dan dekat dengan kehidupan seharian masyarakat, selain membuka lebih banyak peluang untuk pengguna menikmati serta berkongsi pengalaman positif.
Walaupun kejayaan meraih anugerah selama 12 tahun berturut-turut merupakan pencapaian yang membanggakan, Spritzer melihat pengiktirafan itu sebagai motivasi untuk terus berkembang dan mencapai kejayaan lebih besar pada masa hadapan.
Dengan pengalaman hampir empat dekad dalam industri, syarikat itu kekal komited untuk mengekalkan kualiti produk, melaksanakan penambahbaikan berterusan serta meneroka pendekatan baharu bagi mengukuhkan hubungan dengan pengguna yang sentiasa menyokong jenama berkenaan.
