Spritzer Sparkling lancar kempen ‘Rasa Light Je’, galak rakyat Malaysia amalkan gaya hidup positif
Kempen baharu ini menggalakkan rakyat Malaysia membuat perubahan kecil ke arah kehidupan lebih
sihat, bermula dengan pilihan mudah yang boleh diamalkan setiap hari.
DI celah kesibukan kerja, mesyuarat dan pelbagai komitmen lain, duta Spritzer, Aedy Ashraf, tetap meluangkan masa untuk berehat seketika sambil menikmati Spritzer Sparkling.
KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2026 – Dalam era di mana setiap individu berusaha melakukan yang terbaik sambil mengimbangi tanggungjawab dan jadual harian yang padat, Spritzer Sparkling menggalakkan rakyat Malaysia agar berhenti sejenak dan menghayati satu idea mudah, iaitu tidak terlalu membebankan diri sendiri.
Menerusi pelancaran kempen terbaharu ‘Rasa Light Je’, Spritzer Sparkling menekankan kepentingan mengamalkan pendekatan yang lebih seimbang, positif dan realistik dalam menjaga kesejahteraan diri.
Kesibukan kerja, komitmen keluarga dan pelbagai urusan harian yang seakan-akan tiada penghujungnya boleh menjadikan kehidupan terasa begitu mencabar. Ramai rakyat Malaysia berasa tertekan untuk memenuhi pelbagai tuntutan harian, dalam masa yang sama ingin terus berusaha memperbaiki diri.
Walaupun mempunyai keinginan untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat, usaha menjaga kesejahteraan diri adakalanya dianggap rumit, membebankan dan sukar diamalkan secara berterusan.
Menerusi kempen ‘Rasa Light Je’, Spritzer Sparkling mengajak rakyat Malaysia memulakan perubahan melalui langkah kecil yang mudah diamalkan setiap hari.
Tabiat baik dan berkekalan boleh dibentuk melalui pilihan yang realistik serta mudah diterapkan dalam rutin harian, tanpa menambahkan tekanan atau merumitkan kehidupan.
Kempen ini membawa mesej ringkas bahawa menjaga kesejahteraan diri tidak semestinya rumit, sebaliknya boleh dilakukan secara praktikal, konsisten dan menyeronokkan.
Ketua Pemasaran Spritzer, Shiao Chan, berkata kehidupan adakalanya terasa mencabar, terutamanya apabila seseorang merasakan tekanan untuk memperbaiki diri dengan melakukan segala-galanya secara sempurna, dalam masa yang sama perlu mengimbangi pelbagai tuntutan harian.
“Menerusi kempen ‘Rasa Light Je’, kami ingin mengingatkan orang ramai bahawa menjaga kesejahteraan diri tidak seharusnya terasa membebankan.
“Kadangkala, kita hanya perlu membuat satu langkah yang ringan atau meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri agar dapat berasa lebih tenang, gembira dan positif dalam menghadapi cabaran yang mendatang,” katanya.
Perubahan Kecil, Kesan Berpanjangan
Spritzer Sparkling dihasilkan untuk melengkapi rutin harian dan menjadikan setiap detik lebih menyenangkan.
Minuman ini diperbuat daripada air mineral semula jadi yang berkarbonat, tanpa gula atau pemanis tambahan.
Spritzer Sparkling boleh didapati dalam pelbagai perisa termasuk Classic, Lemon dan Sea Salt & Citron. Dengan rasa yang menyegarkan, minuman ini menjadi pilihan yang mudah dinikmati dan sesuai dengan gaya hidup moden.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, rakyat Malaysia dijemput melayari laman mikro Rasa Light Je untuk menonton sembilan video pendek yang diinspirasikan daripada pelbagai situasi harian.
Memaparkan situasi penuh tekanan dan keraguan yang akhirnya membawa kepada ketenangan diri, setiap video mengetengahkan perspektif lebih santai ke arah perubahan positif dalam kehidupan seharian.
Lebih daripada sekadar kempen bermusim, Rasa Light Je bertujuan menggalakkan orang ramai menghargai setiap kejayaan dan pencapaian kecil tanpa perlu mengejar kesempurnaan.
Kempen ini turut mengajak rakyat Malaysia menikmati kehidupan dengan lebih ceria dan penuh rasa ihsan terhadap diri sendiri, dalam masa yang sama mengutamakan keseimbangan dalam rutin harian.
Menjelang penghujung tahun ini, Spritzer Sparkling mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak terlalu memberikan tekanan kepada diri sendiri dan terus mengamalkan semangat Rasa Light Je.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Rasa Light Je serta menonton video berkenaan, sila layari: https://www.spritzer.com.my/campaign/sparklingrasalightje/
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.spritzer.com.my.
