DKSH perluas kerjasama dengan SciGen tingkat edaran produk farmaseutikal di Malaysia

PETALING JAYA, 11 Jun 2024 – DKSH Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan, rakan strategik terkemuka bagi syarikat yang ingin mengembangkan perniagaan penjagaan kesihatan mereka di Asia dan seterusnya menjalin kerjasama strategik dengan SciGen, sebuah syarikat biofarmaseutikal yang pesat berkembang yang memasar dan mengkomersialkan produk farmaseutikal berjenama serta peranti perubatan yang merawat penyakit endokrinologi dan onkologi di seluruh dunia.

DKSH akan meningkatkan pengedaran produk unik SciGen di seluruh Malaysia.

Ini menandakan kerjasama antara DKSH dan SciGen selepas kerjasama awal mereka di Vietnam.

Di bawah perjanjian ini, DKSH akan menyediakan perkhidmatan jualan, pemasaran lapangan, pengedaran, logistik serta kredit dan kutipan.

Kerjasama ini bertujuan untuk memanfaatkan kepakaran khusus DKSH bagi meningkatkan ketersediaan dan pengedaran lancar produk berkualiti tinggi SciGen melalui pelbagai saluran, termasuk hospital swasta dan awam di Malaysia.

Kepakaran DKSH dalam perkhidmatan pengembangan pasaran akan memastikan pengedaran produk SciGen yang cekap dan tepat pada masanya ke farmasi, hospital, dan penyedia penjagaan kesihatan di seluruh Malaysia.

Naib Presiden dan Ketua Asia Pasifik di SciGen, Dr. Shazli Ahmed Khan mengulas: “Kami sedang secara proaktif meneroka peluang pengembangan di seluruh rantau Asia, dengan tujuan utama untuk meningkatkan akses kepada portfolio produk sedia ada dan yang akan datang untuk pesakit yang memerlukan.

“Malaysia memegang kepentingan strategik dalam operasi kami di Asia, dan kami komited untuk bekerjasama dengan entiti penjagaan kesihatan tempatan untuk mencapai objektif ini.

“Ia akhirnya akan memberi manfaat kepada pesakit di Malaysia. Komitmen kami tetap teguh dalam menyediakan ubat-ubatan dan penyelesaian penjagaan kesihatan berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia.”

Sementara itu, Ketua Pengurusan Negara dan Naib Presiden, Penjagaan Kesihatan, DKSH Malaysia, Sandeep Tewari menambah: “Perluasan kerjasama kami dengan SciGen menekankan komitmen kami untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang inovatif dan cemerlang.

“Dengan memanfaatkan kepakaran global dan wawasan tempatan kami, kami berhasrat untuk meningkatkan akses kepada ubat-ubatan premium dari SciGen di Malaysia.

“Kami berharap dapat memperkenalkan produk baru SciGen untuk memenuhi keperluan kritikal pesakit, selaras dengan matlamat kerajaan untuk memperbaiki akses dan kualiti penjagaan kesihatan.”

“Bersama-sama, produk SciGen melambangkan komitmen untuk memajukan penjagaan pesakit, membawa era baru kecemerlangan perubatan di Malaysia.

“Ketika kami terus maju dengan SciGen, misi kami tetap teguh: untuk memperkasakan pesakit Malaysia, memperkayakan kehidupan masyarakat, memastikan penjagaan kesihatan untuk semua dan mentakrifkan semula batasan inovasi penjagaan kesihatan.”