Badminton satukan warga PKomS dalam semangat kesukanan

Program ini diadakan khusus untuk mengeratkan ukhuwah serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan ahli kelab.

Feature Image (2)

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2025 – Kelab Kebajikan Pejabat Komunikasi Strategik UiTM (PKomS) telah menganjurkan perlawanan persahabatan badminton yang berlangsung di gelanggang pusat sukan UiTM baru-baru ini.

Program ini diadakan khusus untuk mengeratkan ukhuwah serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan ahli kelab.

Lebih 40 warga kerja daripada pelbagai bahagian di bawah Pejabat Komunikasi Strategik menyertai perlawanan tersebut.

Pertandingan dijalankan secara santai dalam kategori beregu lelaki, wanita dan campuran, dengan semangat kesukanan menjadi keutamaan.

Pengerusi Kelab Kebajikan PKomS, Muhammad Irsyad Mohd Ramzan berkata inisiatif ini bukan sahaja memberi ruang kepada ahli kelab untuk beriadah dan memperkukuh hubungan silaturrahim antara staf.

“Melalui aktiviti seperti ini, kita dapat mengimbangi kesibukan kerja seharian dengan aktiviti riadah yang sihat dan menyeronokkan. Ia juga menjadi platform untuk memperkukuh komunikasi dan semangat berpasukan dalam kalangan warga PKomS,” katanya.

Penganjuran perlawanan persahabatan ini dijangka akan menjadi acara berkala kelab sebagai usaha berterusan menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan motivasi, serta mengukuhkan ikatan kekeluargaan di antara ahli PKomS.