Spritzer Sparkling rapatkan peminat dengan keluarga dan selebriti
Raikan Hari Raya bersama filem pendek terbaru Spritzer ‘Raya Lebih Bermakna – Mana Adam?’

PUTRAJAYA, 19 Mac 2025 – Sempena Hari Raya yang bakal tiba, Spritzer Sparkling ingin menjadikan sambutan perayaan anda lebih bermakna dengan kempen terbarunya ‘Raya Lebih Bermakna Bersama Spritzer Sparkling’.
Kempen ini mengajak rakyat Malaysia untuk merenung cara kita menzahirkan kasih sayang kepada keluarga dan rakan-rakan serta bagaimana detik-detik kecil yang berharga dalam kehidupan seharian mampu memberi makna dan kegembiraan kepada mereka yang tersayang.
Untuk memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri, Spritzer Sparkling bakal menganjurkan sesi ramah mesra bersama pelakon terkenal Malaysia yang juga duta jenama mereka, Datuk Jalaluddin Hassan, Naim Daniel, dan Zara Zya.
Mereka turut membintangi filem pendek terbaru Spritzer Sparkling yang menyentuh hati dan penuh makna.
Filem Pendek Tentang Keluarga dan Kemesraan di Hari Raya
Di kala sibuk dengan persediaan menyambut ketibaan Hari Raya, Spritzer Sparkling mengajak anda semua untuk meluangkan masa sejenak dan menghargai bagaimana kata-kata serta tingkah laku kita memberi kesan kepada insan tersayang.
Spritzer Sparkling mempersembahkan ‘Raya Lebih Bermakna – Mana Adam?’, sebuah filem pendek tentang keluarga dan kemeriahan Raya.
Filem ini mengikuti perjalanan seorang ibu yang panik apabila anak remajanya, Adam, yang tiba-tiba hilang di pagi raya. Ketika si ibu meluahkan rasa kecewa di hadapan ahli keluarga, rahsia sebenar yang tidak dijangka akhirnya terbongkar dalam satu detik yang penuh emosi. Filem pendek ini kini boleh ditonton di saluran YouTube Spritzer Group!
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Spritzer Sparkling menjemput semua rakyat Malaysia untuk meraikan Raya bersama bintang filem pendek yang menyentuh hati ini.
Jangan lepaskan peluang untuk bertemu Jalaluddin, Naim Daniel dan Zara Zya dalam sesi ramah mesra yang akan berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada 22 Mac 2025 dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Peminat boleh merakam momen istimewa bersama mereka, berkongsi kegembiraan perayaan, serta menikmati pelbagai ganjaran eksklusif.
Keistimewaan Hari Raya untuk Semua!
Untuk memeriahkan lagi musim perayaan ini, Spritzer Sparkling menawarkan Mangkuk Emas Sparkling PERCUMA dengan setiap pembelian produk Spritzer Sparkling bernilai RM12 sepanjang kempen dari 1 Mac hingga 30 April 2025.
Tersedia dalam perisa Original dan Lemon, Spritzer Sparkling bukan sahaja minuman menyegarkan tanpa kalori dan pemanis, malah boleh juga digunakan dalam pelbagai resipi kreatif untuk disajikan sepanjang sambutan Hari Raya.
Cuba tiga resipi istimewa Raya – Sparkling ABC Ros, Sparkling Teh Halia, dan Sparkling Selasih Biru – yang boleh didapati di pautan ini untuk menambah sentuhan unik pada hidangan raya anda!
Sertai kami untuk menjadikan sambutan Hari Raya anda kali ini lebih bermakna – bertemu selebriti kegemaran anda, tonton filem pendek yang penuh inspirasi, dan sertai kempen eksklusif Spritzer Sparkling!
Jangan lupa temu janji istimewa bersama Spritzer Sparkling Raya di IOI City Mall, Putrajaya pada 22 Mac 2025, dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.