Spritzer MerryLand kembali hujung tahun ini

Nikmati hujan salji, aktiviti menarik dan promosi eksklusif berlatarkan suasana perayaan yang menawan.

Feature Image (1)

KUALA LUMPUR, 24 Disember 2025 – Spritzer EcoPark menjemput orang ramai untuk merasai kemeriahan Spritzer MerryLand di mana taman ini menjadi sebuah destinasi akhir tahun yang menakjubkan dengan perhiasan bertema Krismas. Acara ini dibuka kepada umum sehingga 11 Januari 2026 di Spritzer EcoPark, Taiping.

Sebagai sebahagian daripada sambutan akhir tahun istimewa oleh Spritzer, taman eko telah digubah menjadi sebuah ruang ceria dan penuh keajaiban, sesuai untuk dikunjungi oleh seisi keluarga. Menampilkan pelbagai dekorasi perayaan serba imersif dan tetapan lampu berkelipan, Spritzer MerryLand membawakan sebuah suasana yang mesra lagi menceriakan, menggalakkan para keluarga dan rakan taulan untuk berkumpul, meraikan, dan merakam detik-detik indah mereka pada musim perayaan ini bersama-sama

Spritzer EcoPark beroperasi setiap hari dari 9.30 pagi hingga 10 malam. Sepanjang tempoh khas iaitu dari 20 hingga 28 Disember 2025, waktu operasi akan dilanjutkan sehingga 12.00 tengah malam, membolehkan para pengunjung untuk menikmati suasana perayaan di sini dengan sepuas hati.

Transformasi Spritzer EcoPark menjadi destinasi perayaan hujung tahun yang memukau, menampilkan dekorasi cahaya serta ruang bergambar bertema buat para pengunjung semasa musim cuti sekolah ini.

Menjadi tumpuan saban tahun, kembalinya karnival akhir tahun Spritzer membolehkan warga Perak serta pengunjung dari seluruh negara untuk berkumpul bagi meraikan musim perayaan tahun ini berlatarkan sebuah suasana yang menakjubkan. Spritzer MerryLand tahun ini menjanjikan aneka pengalaman yang menarik dan menyeronokkan bagi setiap peringkat usia.

Sepanjang tempoh acara ini, para pengunjung boleh menikmati pelbagai tarikan dan pengalaman riadah setiap hari di Spritzer EcoPark, termasuk ruang bergambar bertema, golf mini, kafe yang selesa dengan pelbagai pilihan makanan dan minuman, serta cenderahati dan promosi bagi produk minuman Spritzer. Aneka pengalaman ini dapat dinikmati secara santai, menjadikan EcoPark destinasi akhir tahun yang ideal bagi para keluarga dan rakan-rakan.

Dari 20 hingga 28 Disember 2025, Spritzer MerryLand memperkenalkan pelbagai lagi tarikan bagi menjadikan pengalaman di karnival ini lebih istimewa. Ia termasuk sesi hujan salji yang dinanti-nantikan ramai, LED cart, aktiviti DIY yang sesuai bagi semua peringkat usia, serta pelbagai pilihansnek, justeru menjanjikan sebuah suasana perayaan yang meriah dan mengasyikkan.

Tetapan lampu berkelipan di Spritzer EcoPark Magical Land dihasilkan dengan botol-botol dikitar semula, membuktikan bahan kegunaan harian boleh diberi tujuan lain demi kepentingan alam sekitar serta penggunaan bertanggungjawab.

“Di Spritzer, kami komited untuk mewujudkan ruang yang membawa keceriaan di mana para keluarga dan komuniti dapat berkumpul bersama, terutamanya semasa musim perayaan. Spritzer MerryLand melambangkan semangat kekitaan, keseronokan, dan keramaian dan kami berharap ia akan mengukir senyuman di wajah para pengunjung tanpa mengira usia.

“Kami berbesar hati untuk sekali lagi mengalu-alukan anda ke Spritzer EcoPark untuk sebuah pengalaman akhir tahun yang tidak dapat dilupakan,” kata Ketua Perhubungan Awam, Spritzer Berhad, Winnie Chin.

Menambah seri perayaan, para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai promosi eksklusif bagi produk-produk Spritzer yang terpilih sepanjang tempoh karnival ini, memberikan lebih banyak tarikan bagi keluaga untuk meraikan dan menikmati musim ini bersama-sama.

Sempena musim perayaan kali ini, jadikan Spritzer MerryLand sebagai latar untuk mencipta kenangan manis. Raikan bersama insan tersayang, bersantai dan nikmati suasana perayaan yang penuh keceriaan, pengalaman, menarik dan detik-detik magis dalam sambutan yang penuh warna.

Untuk perkembangan dan maklumat lanjut, sila ikuti Spritzer EcoPark di Facebook dan Instagram.