VIVIZ bakal gegar Malaysia dalam jelajah dunia pertama
Tiket Konsert 2025 VIVIZ WORLD TOUR [NEW LEGACY] in MALAYSIA mula dijual 4 September ini.

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2025 – Kumpulan K-pop popular, VIVIZ yang dianggotai oleh Eunha, SinB dan Umji akan berkunjung ke Malaysia buat julung kalinya sebagai sebahagian daripada jelajah dunia kedua mereka.
Dianjurkan oleh TopGallant Show, konsert 2025 VIVIZ WORLD TOUR [NEW LEGACY] in MALAYSIA dijadualkan berlangsung pada 25 Oktober 2025 (Sabtu), pukul 5 petang di idea Live Arena.
Konsert ini merupakan penampilan pertama VIVIZ di Malaysia, sekali gus menamatkan penantian panjang para peminat setia mereka di sini, yang dikenali sebagai Na.V.
Lebih istimewa, persembahan ini berlangsung dalam tahun yang paling bermakna buat kumpulan tersebut,
menjadikannya satu detik yang cukup bermakna buat VIVIZ dan peminat mereka.
Selain pertemuan semula sempena ulang tahun ke-10 bersama bekas kumpulan mereka, GFRIEND, trio ini juga telah melancarkan album studio pertama berjudul A Montage of ( ) yang menampilkan lagu utama La La Love Me serta lagu solo setiap ahli iaitu Hipnotic (Solo SINB), Love Language (Solo UMJI) dan Milky Way (Solo EUNHA).
VIVIZ merupakan singkatan kepada ‘Vivid dayZ’ dan disebut ‘vee-vee-zee’ mula meraih perhatian sejak debut di bawah naungan BPM Entertainment pada tahun 2022 dengan single sulung Bop Bop! daripada mini album pertama ‘Beam of Prism; dan berjaya meraih kemenangan pada program muzik hanya seminggu selepas debut.
Mereka turut mencipta sejarah sebagai kumpulan K-pop wanita pertama yang membuat persembahan dalam ‘Global Spin’ anjuran Grammy, di samping menarik lebih ramai peminat menerusi persembahan memukau dalam program realiti ‘Queendom 2’.
Nama VIVIZ terus mekar di persada global dengan pelancaran beberapa mini album selepas itu, termasuk ‘Summer Vibe’ (2022), ‘VarioUS’ dan ‘VERSUS’ (2023) serta ‘VOYAGE’ (2024), yang menyajikan lagu kegemaran peminat seperti ‘MANIAC’, ‘Untie’, ‘Shhh!’ dan ‘PULL Up’.
Tiket konsert akan mula dijual pada 4 September 2025 (Khamis) pukul 12 tengah hari melalui laman web my.bookmyshow.com, fantopia, ctrip dan trip.com dengan harga seperti berikut (tertakluk kepada caj tempahan):
Kategori Tiket dan Manfaat Peminat:
VIP: RM738 – Manfaat: Sound Check, Hi-Bye, Tag & Lanyard VIP, Photocard untuk semua pemegang tiket; Polaroid Bertandatangan (10 setiap ahli) untuk 30 peminat; Poster Bertandatangan untuk 70 peminat; Photocard Bertandatangan (50 setiap ahli) untuk 80 peminat.)
CAT 1: RM588 – Manfaat: Sound Check & Hi-Bye untuk 300 peminat; Poster Bertandatangan untuk 30 peminat; Photocard Bertandatangan (50 setiap ahli) untuk 50 peminat; Photocard untuk semua.
CAT 2: RM488 – Manfaat: Photocard Bertandatangan (50 setiap ahli) untuk 20 peminat; Photocard untuk semua.
CAT 3: RM388 Manfaat: Photocard untuk semua.
CAT 4: RM338 – Manfaat: Photocard untuk semua.
Untuk maklumat lanjut, layari www.topgallantshow.com dan ikuti TopGallant Show di TikTok (@topgallant.show), Instagram (@topgallantshow.tgs) dan Facebook (@TopGallantShow) untuk sebarang kemas kini terkini.