Debut Bergaya, Musolla An-Nur Julang Johan Perarakan Selawat
PUCHONG, 26 Ogos 2026 – Penyertaan sulung Musolla An-Nur, Meranti Residensi, Pulau Meranti Puchong dalam Pertandingan Perarakan Selawat Berkumpulan sempena Sambutan Maulidur Rasul Masjid Meranti 1448H/2026M berakhir dengan kejayaan apabila dinobatkan sebagai johan.
Seramai 40 peserta termasuk kanak-kanak menyertai perarakan tersebut dengan membawa semangat kebersamaan dan kreativiti bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul.
Penyertaan sulung kumpulan Musolla An-Nur ini turut menarik perhatian penggunjung apabila replika unta dan Kaabah dibawa bersama ketika perarakan, yang memberikan kelainan serta menambahkan lagi daya tarikan
.
Kejayaan dalam penyertaan pertama itu membolehkan Musolla An-Nur membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.
Pencapaian tersebut bukan sahaja menjadi kejayaan sulung Musolla An-Nur dalam pertandingan berkenaan, malah mencerminkan semangat kerjasama komuniti Meranti Residensi dalam mengimarahkan sambutan Maulidur Rasul.
