PETALING JAYA, 28 Jun 28 – DKSH Unit Perniagaan Perawatan Kesihatan mengumumkan pelanjutan kerjasama strategik dengan Alcon untuk meningkatkan penglihatan dan memperbaiki kehidupan manusia.
DKSH merupakan rakan kongsi utama bagi syarikat-syarikat yang ingin mengembangkan perniagaan penjagaan kesihatan mereka di Asia dan seterusnya manakala Alcon adalah peneraju global dalam penjagaan mata dengan warisan lebih dari 75 tahun yang menawarkan portfolio produk paling luas.
Kerjasama itu bertujuan untuk memperkukuhkan kehadiran Alcon di pasaran Malaysia bagi penyelesaian mata kering dan iritasi serta titisan mata prosedur untuk pesakit di Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama yang diperluaskan ini, DKSH Perawatan Kesihatan kini akan mengambil peranan menyediakan Perkhidmatan Pengembangan Pasaran yang menyeluruh yang merangkumi jualan dan pemasaran, pengedaran, dan logistik, serta kredit dan kutipan.
Dengan memanfaatkan strategi omni-saluran DKSH Perawatan Kesihatan yang meluas, kerjasama ini memperluaskan aksesibiliti produk Alcon ke seluruh saluran pengedaran yang pelbagai, termasuk rangkaian farmasi dan farmasi bebas, klinik dan hospital.
Kerjasama itu mengalami evolusi yang ketara sejak permulaannya.
Pada awalnya, DKSH Perawatan Kesihatan bekerjasama dengan Alcon selama satu dekad, memberi tumpuan kepada penyimpanan dan pengedaran.
Seterusnya, kerjasama beralih ke arah pengalihdayaan komersial, secara eksklusif mengedarkan rangkaian Systane, yang merangkumi produk untuk melegakan simptom mata kering atau untuk penglihatan yang sihat, kepada farmasi bebas.
Sepanjang kewujudannya, kerjasama ini telah ditandai dengan kejayaan bersama dan komitmen yang teguh untuk menyediakan penyelesaian penjagaan mata yang terbaik.
Selain Malaysia, DKSH berjaya bekerjasama dengan Alcon di pasaran lain iaitu Thailand dan Vietnam.
“Keluarga produk mata kering Systane telah menjadi asas dalam kerjasama kami dengan Alcon dan kami teruja untuk melanjutkan kerjasama ini bagi membawa inovasi mereka kepada lebih ramai pesakit di Malaysia.
“Kami berharap untuk membina kejayaan masa lalu dan mencapai pencapaian baru dalam kerjasama yang diperluaskan ini, seterusnya mengukuhkan komitmen kami untuk memperkayakan kehidupan manusia dan menyediakan penjagaan kesihatan untuk semua,” kata Ketua Pengurusan Negara dan Naib Presiden, Perawatan Kesihatan, DKSH Malaysia, Sandeep Tewari.