Spritzer EcoPark cipta pengalaman inklusif melalui aktiviti komuniti
Penghuni dan sukarelawan Rumah Amal Cheshire Pulau Pinang berpeluang meluangkan masa menikmati pengalaman inklusif yang dikelilingi alam semula jadi, sekali gus mengeratkan hubungan serta mencipta memori indah bersama.
Spritzer EcoPark mengalu-alukan kunjungan sukarelawan dan penghuni Rumah Amal Cheshire Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR, 21 Februari 2026 – Seiring dengan komitmen berterusan dalam usaha membina sebuah negara yang lebih inklusif, Spritzer Berhad (Spritzer), jenama air mineral semula jadi terkemuka di Malaysia telah berbesar hati menerima lawatan daripada para penghuni dan sukarelawan Rumah Amal Cheshire Pulau Pinang ke Spritzer EcoPark.
Lawatan ini memberi peluang kepada mereka untuk menikmati pengalaman berteraskan alam semula jadi dalam persekitaran taman yang direka bentuk dengan ciri mesra orang kurang upaya (OKU).
Spritzer EcoPark yang terkenal sebagai taman mesra kerusi roda menyediakan akses kepada semua pengunjung, sekali gus membolehkan individu kurang upaya bergerak dengan selesa di sekitar taman.
Program menyantuni komuniti yang dianjurkan dalam persekitaran hijau dan semula jadi ini turut mengukuhkan lagi komitmen Syarikat terhadap kesejahteraan, selain membina hubungan bermakna bersama komuniti yang kurang mendapat perhatian di Malaysia.
“Persekitaran semula jadi yang tenang di Spritzer EcoPark menawarkan pengalaman yang menyegarkan kepada para pengunjung. Ia membolehkan mereka bebas meneroka kawasan taman bersama-sama, berkongsi detik ceria dan menyertai aktiviti rekreasi mengikut keselesaan masing-masing. Kami dapat menyaksikan bagaimana alam semula jadi mampu memupuk kegembiraan, hubungan erat serta keyakinan dalam kalangan individu yang jarang berpeluang menikmati aktiviti rekreasi di luar.
“Sebagai jenama tempatan Malaysia, kami sentiasa mengutamakan inklusiviti dalam setiap urusan serta cara kami menyampaikan khidmat kepada komuniti sekeliling. Kami mengalu-alukan kunjungan sukarelawan dan penghuni Rumah Amal Cheshire Pulau Pinang ke Spritzer EcoPark kerana ia mengingatkan kami bahawa pengalaman alam semula jadi yang dikongsi bersama serta akses yang mudah merupakan cara terbaik untuk memupuk rasa kekitaan dan mengangkat martabat golongan yang sering dilupakan.
“Ia merupakan satu hari yang amat bermakna apabila kami dapat makan tengah hari bersama-sama, mencuba pelbagai aktiviti baharu dan berinteraksi secara tulus dalam persekitaran yang mesra serta selamat,” kata Ketua Perhubungan Awam Spritzer, Winnie Chin.

Sementara itu, Presiden Rumah Amal Cheshire Pulau Pinang, Koay Say Loke Andrew berkata,lawatan seperti ini sememangnya sangat bermakna buat para penghuni dan sukarelawan.
“Program ini memberi peluang kepada mereka untuk keluar daripada rutin harian sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Kami amat menghargai akses serta kemudahan yang disediakan di Spritzer EcoPark, yang membolehkan pengunjung beriadah dengan selesa, beramah mesra antara satu sama lain dan mencipta kenangan indah bersama.
“Inisiatif seperti ini amat penting dalam usaha memupuk kefahaman, inklusiviti serta hubungan yang lebih mendalam dalam kalangan komuniti,” katanya.
Berpegang teguh kepada komitmen terhadap kesejahteraan komuniti setempat, Spritzer percaya bahawa alam semula jadi harus dikongsi dan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira keupayaan, latar belakang atau keadaan.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada aktiviti amal berterusan syarikat dalam usaha mencipta detik kebersamaan yang meraikan kepelbagaian dalam persekitaran yang membolehkan rakyat Malaysia menikmati aktiviti luar bersama-sama.
Lawatan ini bukan sahaja melambangkan tanggungjawab sosial korporat (CSR), malah mencerminkan kepercayaan serta komitmen Spritzer dalam membina komuniti yang berteraskan rakyat.

Program tersebut melibatkan seramai 93 peserta, termasuk penghuni kurang upaya dan sukarelawan. Mereka disambut mesra dengan jamuan makan tengah hari sebelum menyertai aktiviti golf mini di kawasan taman. Aktiviti yang direka agar interaktif dan menyeronokkan untuk semua ini menggalakkan penglibatan aktif serta mengeratkan hubungan antara peserta dalam suasana yang selamat, selesa dan kondusif.
Spritzer turut mengiktiraf sumbangan berterusan Rumah Amal Cheshire Pulau Pinang sejak tahun 1978 dalam menyediakan penjagaan kediaman, rehabilitasi serta pembangunan kemahiran kepada individu kurang upaya fizikal. Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Spritzer dalam memperjuangkan inklusiviti, kesejahteraan dan hubungan bermakna dalam kalangan masyarakat.
Seterusnya, Spritzer EcoPark berharap dapat menerima lebih banyak kunjungan daripada kumpulan komuniti serta meneruskan misinya untuk mewujudkan pengalaman bersama yang meraikan kepelbagaian, di samping mengeratkan hubungan sosial melalui aktiviti berasaskan alam semula jadi.
