AI mengubah kerjaya: UiTM teruskan persediaan graduan masa hadapan
Kemajuan bukan sahaja ditakrifkan oleh teknologi tetapi keberhasilan bermakna yang terhasil kombinasi kecerdasan manusia dan AI bekerjasama.
KUALA LUMPUR, 21 April 2026 – Menyedari kecerdasan buatan (AI) sedang mengubah struktur kerjaya masa hadapan melalui cara idea dibangunkan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau, Universiti Teknologi Mara Negeri Sembilan terus mempergiatkan program untuk menyediakan para graduan fakulti bagi persediaan perubahan struktur kerja merentasi industri.
Fakulti itu melihat apabila sistem pintar menjadi lebih berkemampuan, satu fenomena perubahan memasuki dunia pekerjaan akan berlaku. Kemajuan bukan sahaja ditakrifkan oleh teknologi tetapi keberhasilan bermakna yang terhasil kombinasi kecerdasan manusia dan AI bekerjasama.
Dalam dunia pekerjaan yang sentiasa berkembang pada masa kini, para bakal graduan harus sedar yang kecerdasan buatan menyokong kelajuan kerja, skala dan ketepatan manakala manusia membawa kreativiti, empati, pertimbangan beretika dan kepimpinan, yang mana perkongsian ini mentakrifkan semula apa ertinya bersedia untuk masa depan, meletakkan kerjasama sebagai teras pendidikan dan pertumbuhan profesional.

Apalagi di sebuah fakulti pengurusan dan perniagaan dimana kebanyakan jurusan kerjayanya bersifat dinamik, penumpuan manusia dan AI ini wajib diterapkan. Usaha ini seharusnya merentasi pengalaman pembelajaran, melengkapkan pelajar untuk berfikir secara kritis, menyesuaikan diri dengan yakin dan bersedia untuk kerjaya yang bermakna dalam dunia yang didayakan kecerdasan buatan.
Kerjasama Membangun Masa Hadapan
Dalam masa menghadapi krisis ekonomi akibat krisis bahan bakar hari ini Fakulti Pengurusan dan Perniagaan masih lagi meneruskan program berasaskan kecerdasan buatan seperti “Program AI4U” yang akan di jalankan secara dalam talian untuk siri 2 pada 25 April 2026 dan siri 3 pada akhir Jun.
Kerjasama bersama sebuah syarikat perunding terkemuka, MEREKA sebuah syarikat perunding menyediakan graduan, usahawan dan profesional akses eksklusif kepada komuniti pembelajaran, program latihan berasaskan aplikasi, pakar industri dan rangkaian hab kreatif serantau masih berterusan. Kerjasama ini adalah hasil program Bank Pembangunan Asia.
Program itu amat penting diteruskan meskipun dalam keadaan atas talian kerana ia seiring perkembangan kecerdasan buatan.

Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan & Perniagaan UiTM Negeri Sembilan, Farrah Othman berkata, nilai kecerdasan manusia menjadi lebih penting. Kreativiti, empati, pemikiran strategik dan kepimpinan kekal penting kepada kemajuan kerjaya para graduan dan impaknya diperkuatkan apabila digabungkan dengan teknologi pintar tambah beliau.
Dengan menerapkan keupayaan berprestasi tinggi sebegini ke dalam ekosistem pembelajarannya, fakulti ini berharap akan terus mengukuhkan komitmennya untuk menyediakan bakal graduan bukan sahaja untuk menggunakan AI tetapi juga untuk memahami, membangun dan memimpin dalam persekitaran pintar yang didayakan teknologi di mana wawasan manusia dan kecerdasan teknologi berfungsi seiring.
Seiring perkembangan ini, nilai kecerdasan manusia menjadi lebih penting. Fakulti ini merasakan kreativiti, empati, pemikiran strategik dan kepimpinan kekal penting kepada kemajuan dan impaknya diperkuatkan apabila digabungkan dengan teknologi pintar.

Dalam dunia di mana kecerdasan dikongsi antara manusia dan mesin, kejayaan bakal graduan adalah milik mereka yang memahami kedua-duanya.
Dengan memperbanyakan program sebegini FPP berusaha berubah daripada meletakkan kecerdasan buatan sebagai sesuatu untuk bersaing atau ditakuti, tetapi melihat kecerdasan buatan sebagai kuasa kolaboratif; kuasa yang meningkatkan keupayaan manusia, menyokong pembuatan keputusan yang bermaklumat dan menguatkan potensi para bakal graduan.
