MAGGI® kongsi rezeki bersama lebih 15,000 Keluarga Malaysia
Sebanyak 10,000 pek pensampelan khas diagihkan kepada komuniti setempat, dengan setiap pek mengandungi dua unit Kiub Pati Lembu MAGGI® 20 gram bersama resipi Sup Daging.
Wakil MAGGI® dan Ustaz Abu Bakar Mohamad Noor Al-Hafiz semasa pengagihan pek Kiub Pati Lembu MAGGI® di Masjid Mahmoodiah Putrajaya.
KUALA LUMPUR, 29 Mei 2026 – MAGGI® Malaysia menerusi inisiatif “Penyambung Rasa Aidiladha” mengagihkan Kiub Pati Lembu MAGGI® yang baharu kepada lebih 15,000 keluarga di beberapa lokasi terpilih sempena sambutan Aidiladha tahun ini.
Program yang berlangsung dari 28 hingga 30 Mei itu melibatkan komuniti di Pantai Timur, Pantai Utara dan Wilayah Persekutuan termasuk masjid komuniti serta Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Antara lokasi terlibat ialah Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah; Masjid Felda Bukit Bading, Terengganu; Masjid Mahmoodiah, Putrajaya dan Pusat Islam UMK.
Sebanyak 10,000 pek pensampelan khas diagihkan kepada komuniti setempat, dengan setiap pek mengandungi dua unit Kiub Pati Lembu MAGGI® 20 gram bersama resipi Sup Daging.
Menurut kenyataan MAGGI® Malaysia, inisiatif itu diinspirasikan daripada tradisi penyediaan hidangan Sup Daging yang dinikmati dalam pelbagai cara mengikut cita rasa masyarakat di seluruh negara.
Program berkenaan turut melibatkan kerjasama tukang masak komuniti dan pelajar UMK menerusi aktiviti gotong-royong menyediakan hidangan untuk diagihkan kepada penduduk setempat sempena Aidiladha.

Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura, Ivy Tan Link Cheh berkata Aidiladha membawa makna istimewa kepada rakyat Malaysia kerana sinonim dengan semangat kebersamaan dan tradisi berkongsi rezeki.
“Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat terus menyokong tradisi tersebut sambil memberi keyakinan kepada generasi muda untuk mencuba sendiri resipi yang dekat dengan budaya dan kenangan mereka,” katanya.
Beliau berkata MAGGI® juga berharap dapat membantu generasi muda mendekati resipi tradisional Sup Daging yang sering dikaitkan dengan sambutan Aidiladha di pelbagai negeri dan komuniti.
Menurut kenyataan itu, Kiub Pati Lembu MAGGI® yang baharu diperkenalkan khas untuk hidangan daging tempatan dan direka bagi memudahkan penyediaan masakan dengan rasa daging yang lebih kaya dalam tempoh singkat.
Produk itu akan mula dipasarkan di pasar raya di seluruh negara selepas musim Aidiladha.
MAGGI® berharap pendekatan “Penyambung Rasa Aidiladha” dapat terus menyokong usaha masyarakat memelihara tradisi masakan tempatan selain menjadi sebahagian daripada detik bermakna keluarga Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai produk dan inspirasi resipi boleh diperoleh menerusi laman sesawang rasmi MAGGI® Malaysia dan platform media sosial syarikat itu.
