Wasco Greenergy kutip lebih 1.6 tan sisa buangan menerusi aktiviti pembersihan pantai di Selangor dan Sarawak
??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
SELANGOR, 12 November 2026 – Wasco Greenergy Berhad (“Wasco Greenergy” atau “Kumpulan”), penyedia penyelesaian tenaga terkemuka di Malaysia, berjaya mengumpul sebanyak 1,641.5 kilogram sisa buangan menerusi inisiatif pembersihan pantai di Pantai Jeram, Selangor dan Pantai Kampung Jepak, Sarawak, yang melibatkan penyertaan 65 warga kerja dengan jumlah keseluruhan 235 jam sukarelawan.
Selain membersihkan sisa buangan di sepanjang pesisir pantai, inisiatif ini mencerminkan komitmen Wasco Greenergy terhadap pengurusan sisa buangan yang bertanggungjawab dan pemeliharaan alam sekitar, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 12 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab). Melalui usaha bersama, warga kerja Wasco Greenergy menunjukkan komitmen kolektif terhadap kebersihan pesisir pantai dan perlindungan hidupan marin.
Encik Wong Yin Kee, Pengarah Urusan Kumpulan Wasco Greenergy, berkata bahawa pemuliharaan alam sekitar memerlukan tindakan yang praktikal serta komitmen berterusan untuk menangani kesan aktiviti manusia terhadap alam semula jadi.
“Pemuliharaan alam sekitar memerlukan lebih daripada sekadar kesedaran. Ia menuntut tindakan yang praktikal serta kesediaan untuk memikul tanggungjawab terhadap kesan yang kita berikan kepada persekitaran. Pencemaran pantai merupakan peringatan jelas tentang bagaimana aktiviti harian boleh menjejaskan alam sekitar, dan inisiatif seperti ini membolehkan kami menyumbang secara langsung dalam menangani isu tersebut.
“Di Wasco Greenergy, kami percaya bahawa kelestarian bukan sahaja perlu diterapkan dalam cara kami menjalankan perniagaan, malah turut dicerminkan melalui tindakan yang diambil secara individu dan kolektif sebagai sebuah organisasi. Penyertaan warga kerja kami amat menggalakkan, dan kami berharap pengalaman ini dapat meningkatkan kesedaran serta menggalakkan amalan pengurusan sisa buangan yang lebih bertanggungjawab, bukan sahaja sepanjang inisiatif ini, tetapi juga dalam kehidupan seharian,” katanya.
Di Pantai Jeram, Selangor, aktiviti pembersihan pantai telah dianjurkan dengan kerjasama MY Clean Beach, melibatkan 50 warga kerja yang berjaya mengumpul sebanyak 641.5 kilogram sisa di sepanjang pesisir pantai sejauh 1 kilometer dalam tempoh 3.5 jam, meskipun berdepan hujan yang berterusan. Sisa buangan yang dikumpulkan, termasuk plastik, pembungkus makanan, kaca, kertas, logam dan bahan buangan lain, kemudiannya diasingkan, ditimbang dan dihantar ke pusat kitar semula untuk pengendalian serta pemprosesan yang sewajarnya.
Sementara itu, di Pantai Kampung Jepak, Sarawak, seramai 15 warga kerja berjaya mengumpul kira-kira 1,000 kilogram sisa sepanjang aktiviti pembersihan selama 4 jam, sekali gus menyumbang sebanyak 60 jam sukarelawan kepada usaha pemeliharaan alam sekitar Kumpulan.
Selain jumlah sisa buangan yang berjaya dikumpulkan, kedua-dua inisiatif ini turut memberi peluang kepada warga kerja untuk menyumbang secara langsung kepada pemuliharaan kawasan pesisir pantai, di samping mengukuhkan semangat kerja berpasukan dan memupuk kesedaran tentang kepentingan tanggungjawab individu dalam melindungi alam sekitar.
Usaha pembersihan pantai ini merupakan kesinambungan daripada program alam sekitar Kumpulan yang dilaksanakan secara berterusan. Pada tahun 2025, initiatif yang dijalankan termasuk aktiviti penanaman anak pokok bakau di Bagan Lalang, Selangor, yang melibatkan penyertaan 40 warga kerja. Pada tahun yang sama, warga kerja Wasco Greenergy telah menyumbang sebanyak 648 jam sukarelawan, manakala Kumpulan memperuntukkan RM61,459 bagi pelaksanaan inisiatif kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada 602 penerima.
Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen Wasco Greenergy yang lebih menyeluruh terhadap kelestarian, termasuk matlamatnya untuk mencapai impak positif bersih terhadap biodiversiti melalui sokongan kepada usaha perlindungan dan pemulihan ekosistem semula jadi, serta menggalakkan warga kerja mengamalkan amalan penjagaan alam sekitar yang bertanggungjawab, sama ada di dalam mahupun di luar tempat kerja.
