The Tapping Tapir perkenal perisa baharu
Dengan penambahan perisa Beri Campuran dalam rangkaian gutC, The Tapping Tapir terus menerajui inovasi minuman sihat di Malaysia.

KUALA LUMPUR, 5 Mac 2025 – The Tapping Tapir, jenama tempatan yang terkemuka dengan minuman berkarbonat berperisa semula jadi, kini memperkenalkan perisa terbaharu dalam rangkaian minuman prebiotik gutC – Beri Campuran.
Perisa baharu ini dilancarkan secara rasmi di sebuah acara khas bersempena Hari Valentine di Pickle Nation, bertemakan Self-Love and Gut Love.
Acara itu menggabungkan elemen kecergasan, keprihatinan, dan interaksi sosial, bagi menggalakkan penjagaan kesihatan usus serta gaya hidup yang lebih sihat.
Sejak penubuhannya pada tahun 2013, The Tapping Tapir komited dalam menghasilkan minuman semula jadi yang diperbuat daripada jus buah asli, rempah ratus, dan herba, tanpa sebarang pengawet dan perisa tambahan.
Rangkaian gutC diformulasi khas untuk menyokong kesihatan sistem pencernaan, selaras dengan fakta bahawa 70 peratus sistem imun manusia berkait rapat dengan kesihatan usus.
Dengan kandungan rendah kalori serta diperkaya dengan prebiotik dan Vitamin C, gutC menawarkan pilihan minuman menyegarkan yang sesuai untuk gaya hidup moden.

Dengan pelancaran Beri Campuran, rangkaian gutC kini menampilkan empat perisa unik: Beri Campuran, Pic, Anggur dan Laici iaitu perisa Laici ditawarkan secara eksklusif untuk cawangan 7-Eleven.
Setiap varian mengandungi prebiotik (Inulin & Cuka Epal) untuk menyokong sistem pencernaan, Vitamin C untuk meningkatkan imuniti, berserta kurang daripada 2g gula, menjadikannya pilihan minuman sihat dengan kurang daripada 15 kalori dalam setiap tin.
Majlis istimewa yang telah berlangsung di Pickle Nation dianjurkan untuk memperkenalkan Beri Campuran, selain menghimpunkan peminat gaya hidup sihat, atlet profesional, pempengaruh dan rakan jenama.
Acara ini memberikan pengalaman yang mendalam kepada para peserta, menekankan kepentingan gaya hidup aktif, keprihatinan dan interaksi sosial dalam menjaga kesihatan usus dan kesejahteraan diri.
Para peserta berpeluang menyertai sesi latihan pickleball, di mana mereka diperkenalkan kepada sukan yang semakin popular ini dengan tunjuk ajar pakar.
Pakar kesihatan Piyachai Teo turut mengendalikan sesi meditasi dan pernafasan, antara kaedah berkesan untuk membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan. Selain itu, majlis ini menampilkan sesi rendaman ais yang menyegarkan, menawarkan manfaat terapi sejuk untuk pemulihan otot dan kejelasan minda.
Para tetamu turut dijemput ke stesen sampel untuk menjadi antara yang terawal mencuba perisa baharu gutC Beri Campuran, bersama minuman lain dari The Tapping Tapir.
Salah satu kemuncak acara ialah kejohanan pickleball sosial, yang menyaksikan pertandingan mesra antara pempengaruh, selebriti dan pemain pickleball profesional.
Turut hadir ialah Toi Sieu Ee, pemain pickleball No. 2 Malaysia, serta personaliti terkenal seperti Cik Manggis, Mark O’Dea, Luqman Hafidz dan Intan Sarah. Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu VIP dari Diamond & Platinum, Christy Ng dan Pickle Fox.
Pemenang kategori Beregu Lelaki dan Beregu Campuran membawa pulang wang tunai RM500 serta raket Six Zero Quartz yang ditaja oleh PickleFox.
Selain itu, Diamond & Platinum turut menyampaikan rantai berlian kepada peserta berpakaian terbaik, manakala dua pemenang bertuah menerima baucar beli-belah bernilai RM500.
Dengan penambahan perisa Beri Campuran dalam rangkaian gutC, The Tapping Tapir terus menerajui inovasi minuman sihat di Malaysia.

Sebagai jenama yang mengutamakan bahan-bahan semula jadi, ia kekal komited dalam menyokong petani tempatan, meminimumkan pemprosesan dan juga mengutamakan penggunaan pembungkusan mesra alam.
Untuk memudahkan pengguna membuat pilihan yang lebih sihat dalam kehidupan seharian mereka, produk The Tapping Tapir boleh didapati secara meluas di pelbagai cawangan peruncit premium, kafe dan hotel terpilih.
Untuk maklumat lanjut mengenai gutC Beri Campuran dan acara akan datang, sila layari www.thetappingtapir.com atau ikuti The Tapping Tapir di Facebook dan Instagram.