AVM Cloud dinamakan sebagai Rakan Kongsi Perdana VMware by Broadcom

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2024 – AVM Cloud (AVM), sekutu Integrated Global Solutions (IGS) dan anak syarikat penyedia perkhidmatan internet terkenal TIME dotCom Bhd (Time) dengan bangganya mengumumkan pencapaian terbaharu mereka dalam mengukuhkan kedudukan sebagai Rakan Kongsi VMware Cloud Service Provider (VCSP) bertaraf “Premier”.

Pengiktirafan itu menggariskan komitmen AVM yang tidak berbelah bahagi untuk memberikan sokongan pelanggan yang cemerlang dan keupayaan perkhidmatan pada tahap tertinggi, sejajar dengan proses pemilihan VMware by Broadcom yang kemas kini untuk rakan kongsi yang diiktiraf.

Ia mengukuhkan lagi kedudukan AVM dalam pasaran Malaysia dan menonjolkan keupayaannya yang canggih sebagai rakan kongsi VMware by Broadcom yang menawarkan enam Master Services Competencies.

Ini merupakan kedudukan yang diperoleh daripada sokongan pelanggan yang cemerlang dan keupayaan perkhidmatan peringkat tinggi.

Ini juga menekankan sejarah konsisten AVM dalam menawarkan pengalaman pelanggan yang terunggul dan terus menandakan pencapaian penting dalam perjalanannya sebagai penyedia perkhidmatan awan terkemuka di Malaysia.

Berkenaan dengan pemerolehan pada November 2023, program VCSP oleh VMware by Broadcom direka untuk mengenal pasti dan menyokong penyedia perkhidmatan awan terkemuka yang menawarkan penyelesaian terunggul dalam kelas yang dibina menggunakan teknologi VMware by Broadcom.

Rakan kongsi program VCSP mesti memenuhi kriteria yang ketat untuk memastikan mereka memiliki kepakaran dan mempunyai rekod prestasi cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan awan yang unggul.

Walaupun industri ini telah mengalami perubahan baru-baru ini, AVM memberi jaminan kepada pelanggan dan pihak berkepentingannya terhadap dedikasi syarikat ini untuk menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian awan yang cemerlang dan berkualiti tinggi.

Operasi akan diteruskan tanpa gangguan dan AVM kekal komited untuk terus mengejar kecemerlangan dan piawaian tanpa kompromi.

Pengiktirafan ini memberikan peluang mengukuhkan keupayaan AVM untuk memberikan penyelesaian awan berkualiti tinggi yang dibina menggunakan VMware.

Ini dapat memastikan kesinambungan pengalaman yang lancar dan selamat untuk perniagaan.

“Kami teruja dengan peluang yang diberikan oleh program yang digiatkan semula dan faedah yang dibawa kepada pelanggan kami.

“Rekod kejayaan AVM Cloud berhasil daripada piawaian kami yang cemerlang dan pengiktirafan oleh VMware by Broadcom terkini juga memberi kami kuasa untuk terus menyampaikan perkhidmatan yang tiada tandingan kepada pelanggan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AVM Cloud Sdn. Bhd., Kenny Lim.

Strategi pasca pengambilalihan Broadcom tertumpu pada kerjasama rapat dengan rakan kongsinya untuk memajukan penggunaan VMware Cloud Foundation (VCF) sebagai platform awan peribadi yang terulung, memacu transformasi perniagaan dan meningkatkan nilai untuk pelanggan.

Fokus utama program VCSP termasuk pengalaman VCF yang konsisten merentas semua rakan kongsi dan strategi ke pasaran yang kolaboratif antara Broadcom dan rakan kongsi VCSP.

Selaras dengan strateginya yang dirombak, Broadcom memperkenalkan peringkat dan faedah baharu yang bertujuan untuk memupuk pertumbuhan dan kejayaan rakan kongsi.

Advantage Partner Program yang diperkenalkan oleh VMware by Broadcom memberikan rakan kongsi seperti AVM peluang pendapatan baharu dengan membolehkan perniagaan mengguna VCF di dalam penyelesaian mereka sekali gus memaksimumkan nilai penyelesaian Broadcom yang mereka gunakan.

“Kami tetap tidak berbelah bahagi dalam komitmen kami terhadap inovasi dalam produk dan perkhidmatan kami.

“Dengan sokongan Broadcom, kami yakin dengan keupayaan kami untuk menyampaikan penyelesaian awan yang terunggul untuk pelanggan kami.

Peningkatan serta penyelesaian baharu juga akan diperkenalkan dengan lancar untuk meningkatkan lagi pengalaman mereka,” tambah Kenny Lim.