you.will.knovv bawa Tabber, Rad Museum dan Miso ke Malaysia

Konsert you.will.knovv in Malaysia 2025 dijadual berlangsung pada 4 Oktober 2025 (Sabtu) jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur, dan dianjurkan oleh TopGallant Show.

Poster Terkini (5)

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2025 – Label muzik R&B alternatif terkemuka dari Korea Selatan, you.will.knovv, bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia menerusi jelajah Asia pertama yang menampilkan tiga artis utama iaitu Tabber, Rad Museum dan Miso.

Konsert you.will.knovv in Malaysia 2025 dijadual berlangsung pada 4 Oktober 2025 (Sabtu) jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur, dan dianjurkan oleh TopGallant Show.

Ditubuhkan oleh penyanyi dan penerbit terkenal DEAN pada tahun 2017, label you.will.knovv dikenali dengan identiti muzik yang bersifat eksperimental dan menyentuh pelbagai genre. Jelajah ini menjadi langkah penting dalam memperkenalkan ekspresi sonik unik mereka kepada peminat muzik di rantau Asia.

Tiga artis di bawah label ini bakal mempersembahkan karya-karya beremosi tinggi yang mencerminkan keaslian dan kedalaman muzik masing-masing:

Tabber, dikenali dengan vokal garau dan keupayaannya beralih antara nyanyian dan rap, mula mencuri perhatian dengan Deep End Mix Tape (2020) serta pernah tampil dalam program Show Me The Money musim ke-10. Album terbarunya, Madness Always Turns to Sadness (2023), memperkukuh reputasinya sebagai antara artis R&B paling dinamik di Korea.

Rad Museum, yang kembali ke Malaysia selepas menerima pujian meluas untuk EP Scene (2017), telah meraih beberapa pencalonan termasuk di Korean Music Awards (KMA). Album RAD (2022) memenangi Anugerah Album R&B Terbaik di Korean Hiphop Awards 2023, disusuli album GIRL (2023) dan HOME SICK (2024).

Miso, artis Korea pertama menyertai Red Bull Music Academy, bakal membuat kemunculan sulungnya di Malaysia. Beliau dikenali menerusi lagu-lagu seperti Take Me, Let It Go dan Alone serta kerjasama bersama artis seperti Epik High, Crush dan PREP.

Tiket konsert akan mula dijual bermula 18 Julai (Jumaat), pukul 12 tengah hari menerusi laman berikut:
my.bookmyshow.com, my.trip.com dan www.ctrip.com.

Harga tiket adalah seperti berikut (tidak termasuk yuran tempahan):

VIP (Berdiri & Tempat Duduk): RM538

CAT 1 (Berdiri): RM338

CAT 2 (Tempat Duduk): RM238

VIP BOX: Tempahan melalui DM media sosial penganjur atau WhatsApp +6012-816 2218

Pemegang tiket VIP akan menerima lanyard dan tag VIP, serta peluang menyertai cabutan bertuah untuk 200 poster bertandatangan, 100 slot foto peribadi (3:1) dan 10 slot gambar berkumpulan (3:10).

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi penganjur: www.topgallantshow.com