PETALING JAYA, 4 Jun 2024 – Fernleaf Malaysia, jenama yang terkenal kerana membawakan kebaikan semula jadi tenusu New Zealand ke Malaysia selama 50 tahun teruja untuk memperkenalkan inovasi terbaru mereka, Fernleaf Greek Style Yogurt Drink.
Penambahan baharu kepada keluarga Fernleaf ini adalah bukti dedikasi jenama ini untuk menghasilkan produk yang penuh dengan kebaikan tenusu dan lazat dengan menampilkan minuman yogurt yang menyegarkan, diperkayakan dengan jus buah-buahan asli, yang direka khusus untuk memikat hati rakyat Malaysia.
Diperbuat daripada susu yang berkualiti dari New Zealand, Fernleaf Greek Style Yogurt Drink menggabungkan textur berkrim minuman yogurt gaya Greek dengan jus buah-buahan sebenar.
Mendapat persijilan logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan, minuman lazat ini menawarkan nutrien seperti kalsium dan vitamin D, mengandungi 0 peratus lemak serta mematuhi garis panduan pemakanan yang ketat dengan tahap lemak dan gula yang telah ditetapkan.
Pengarah Pemasaran Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd., Lim Siew Poh berkata: “Di Fonterra, kami komited untuk menawarkan minuman berasaskan tenusu yang bukan sahaja memberikan khasiat tetapi kepuasan kepada pelanggan kami.
“Kami juga menumpukan sepenuh perhatian untuk meningkatkan dan memperkayakan produk kami dengan nutrisi dan rasa yang digemari rakyat Malaysia.
“Pelancaran produk ini membuka lembaran baharu dalam industri yogurt minuman kerana ia adalah gabungan
sempurna tekstur berkrim yang digemari dengan rasa buah-buahan yang asli.”
Minuman ini lebih daripada sekadar minuman biasa; ia adalah minuman serba guna yang sesuai untuk bila-bila masa, sama ada untuk dinikmati begitu sahaja sebagai snek yang enak, dihidangkan bersama pelbagai hidangan kegemaran anda, atau digabungkan bersama makanan lain seperti oat atau granola, mengikut selera dan kegemaran anda.
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink kini boleh didapati di pasar raya terkemuka dan kedai terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Giant, AEON, AEON BiG, NSK, TF Value dan TMG Mart.
Tersedia dalam dua saiz yang praktikal iaitu botol 700 gram berharga RM8.50 dan botol 200 gram berharga RM3.30, kedua-duanya menawarkan harga yang mampu milik dengan rasa yang cukup enak, sempurna untuk dinikmati pada bila-bila masa.