AICB lancar platform kemahiran penilaian industri pertama di Malaysia

FSF Xcel bertindak sebagai penanda aras untuk kebolehan tenaga kerja dan pemangkin kepada peningkatan kemahiran di seluruh industri kewangan.

Feature Image (5)

DARI KIRI, Mithila Sathasivam, Edward Ling, Datuk Dr Yvonne Chia, Sharma Lachu dan Prof. Dr. Manivanan Saman pada pelancaran FSF Xcel.

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2025 – Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) melancarkan FSF Xcel, platform kemahiran penilaian industri digital untuk sektor kewangan yang pertama di Malaysia.

Inisiatif ini bertindak sebagai penanda aras untuk kebolehan tenaga kerja dan pemangkin kepada peningkatan kemahiran di seluruh industri kewangan bagi menyokong peralihan Malaysia ke arah ekosistem kewangan yang lebih adaptif, lestari dan bersiap-siaga dalam persediaan menghadapi masa depan.

Dibina berasaskan kejayaan Rangka Kerja Kemahiran Masa Depan (FSF) yang diperkenalkan pada tahun 2024, FSF Xcel menjalankan rangka kerja tersebut melalui penilaian berstruktur yang diakui oleh industri, bagi membolehkan institusi kewangan mengenal pasti jurang dalam kemahiran, mengaplikasikan pembelajaran peta minda dan membuka laluan kerjaya, di samping merangka strategi untuk menghadapi masa depan.

Ia merangkumi 159 peranan pekerjaan dan 157 kemahiran kritikal, menguasai kedua-dua keupayaan teknikal serta kecekapan tingkah laku.

Dibangunkan hasil kerjasama dengan Accendo Technologies, sebuah syarikat pintar berasaskan AI dari Malaysia dan rakan kongsi rasmi FSF Xcel, platform ini menggabungkan amalan pengurusan terbaik global dengan kepakaran tempatan untuk memperkukuhkan lagi kebolehan bakat-bakat dalam sektor kewangan keluaran Malaysia.

Sektor kewangan, yang menyumbang kira-kira 6.7 peratus kepada KDNK Malaysia pada tahun 2024i dan memiliki hampir 167,000 tenaga kerja profesionalii, kekal memegang peranan utama dalam pertumbuhan dan ketahanan ekonomi negara.

Selaras dengan Pelan Induk Sektor Kewangan 2022–2026 Bank Negara Malaysia, FSF Xcel menjadi pemangkin kepada peralihan industri ke arah tenaga kerja celik digital yang dipacu oleh inovasi terkini, satu tenaga kerja yang diperkasakan oleh data dan berteraskan pembelajaran secara berterusan.

Platform ini memberikan institusi kewangan penganalisaan dalam masa yang nyata dan bentuk kecekapan yang diselaraskan untuk membimbing perancangan tenaga kerja, penanda aras untuk keupayaan dan mengukuhkan perkembangan secara profesional di seluruh sektor, memenuhi cita-cita Malaysia untuk mengasah bakat secara strategik sebagai persediaan menghadapi ekonomi digital.

“FSF Xcel bukan sekadar platform untuk penilaian kemahiran, ia merupakan pemangkin kepada transformasi. Dengan melengkapkan pekerja dan majikan dengan data serta maklumat berasaskan analisis untuk mengenal pasti, mengukur dan meningkatkan keupayaan mereka, ia sekali gus dapat memupuk budaya pembelajaran secara berterusan dan mencapai kecemerlangan profesional.

“Dibangunkan untuk industri, oleh industri, FSF Xcel mencerminkan komitmen kita bersama dalam membina tenaga kerja kewangan yang teguh, berdaya saing dan bersedia menghadapi masa depan,” kata Ketua Eksekutif, Asian Institute of Chartered Bankers, Edward Ling dalam kenyataan.

FCB, Pengerusi MyMAHIR Future Skills Talent Council – Sektor Kewangan dan Ahli Majlis AICB, Datuk Dr Yvonne Chia pula berkata: “Dalam dunia hari ini di mana hampir 40 peratus daripada kemahiran dijangka akan berubah atau menjadi lapuk menjelang tahun 2030, FSF Xcel memperkasakan institusi kewangan agar mampu bertindak dengan kecekapan dan berpandangan jauh.

“Ia mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab serantau bagi golongan profesional dalam bidang kewangan yang mahir, serba-boleh dan inovatif.”

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Accendo Technologies, Sharma Lachu berkata: “FSF Xcel membuktikan bahawa visi boleh diterjemahkan menjadi tindakan.

“Kami yakin kerjasama antara Accendo dan AICB mampu memberi dorongan kepada Digital Talent Passport di seluruh industri, supaya individu dan organisasi dapat berkembang maju dalam dunia yang sentiasa berubah ini.”

Inisiatif ini disokong oleh Kajian Asas Tenaga Kerja 2025 AICB, yang berjaya mencatat kadar maklum balas sebanyak 68 peratus daripada 99 institusi kewangan di seluruh sektor.

Hasil kajian menunjukkan permintaan industri yang tinggi, dengan 96 peratus responden menyatakan minat mereka untuk menggunakan platform penilaian digital standard bagi mengatasi jurang kemahiran selaras dengan FSF.

Dalam kajian tersebut juga terdapat kira-kira 40,000 pekerja dijangka akan melihat perubahan dalam peranan mereka akibat automasi, sekali gus mendesak keperluan untuk peningkatan dan pembaharuan dalam kemahiran yang disasarkan ke atas tenaga kerja dalam sektor kewangan di Malaysia.

Hasil penemuan ini seiring dengan trend global yang disebut dalam World Economic Forum’s Future of Jobs Report 2025, yang menjangkakan terdapat 39 peratus daripada kemahiran sedia ada akan menjadi lapuk menjelang tahun 2030 dan jurang yang terdapat dalam kemahiran telah dikenal pasti sebagai halangan terbesar dalam transformasi perniagaan di Malaysia.

FSF Xcel akan dilancarkan secara progresif ke seluruh institusi kewangan mulai suku keempat tahun 2025, di mana AICB akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM), Accendo Technologies, pertubuhan-pertubuhan industri dan rakan dalam bidang yang sama-sama belajar bagi menyokong adaptasi serta pelaksanaan inisiatif ini di seluruh sektor kewangan.