Yayasan MR D.I.Y. diiktiraf Ikon Perpaduan Negara

Anugerah itu dikurniakan sebagai penghargaan terhadap usaha cemerlang Yayasan MR D.I.Y. dalam memupuk perpaduan sosial, keharmonian dan keterangkuman dalam kalangan rakyat Malaysia.

Feature Image (6)

YAYASAN MR D.I.Y. dinobatkan sebagai Ikon Perpaduan Negara pada Forum Perpaduan Negara 2025.

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2025 – Yayasan MR D.I.Y., cabang tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad menerima pengiktirafan berprestij sebagai Ikon Perpaduan Negara pada Forum Perpaduan Negara 2025 yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square.

Anugerah tersebut dikurniakan sebagai penghargaan terhadap usaha cemerlang Yayasan MR D.I.Y. dalam memupuk perpaduan sosial, keharmonian dan keterangkuman dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengiktirafan itu turut mengukuhkan lagi misi Yayasan MR D.I.Y. sebagai pemangkin perpaduan yang komited untuk mewujudkan peluang bagi komuniti daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk bersatu dan membina ikatan yang berkekalan.

Ketika menerima pengiktirafan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin berkata: “Yayasan MR D.I.Y. amat berbesar hati menerima gelaran Ikon Perpaduan Negara. Kami menyedari bahawa perpaduan merupakan asas kepada sebuah negara yang teguh dan progresif.

“Pengiktirafan ini menjadi bukti kepada usaha berterusan kami dalam memupuk keharmonian antara rakyat Malaysia serta memperkukuhkan azam kami untuk terus melaksanakan inisiatif yang mempromosikan persefahaman, keprihatinan dan semangat solidariti dalam semua komuniti.”

Yayasan MR D.I.Y. yang ditubuhkan pada tahun 2023 menerajui pelaksanaan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan MR D.I.Y.

Pada tahun 2024, Yayasan ini telah melaksanakan pelbagai program yang memberi impak positif kepada lebih 95,000 individu di seluruh Malaysia.

Yayasan MR D.I.Y. terus komited untuk memperluaskan jangkauannya dan memacu pembangunan mampan yang memberi manfaat kepada komuniti di seluruh negara.

Forum Perpaduan Negara 2025 yang dianjurkan oleh KSI Strategic Institute for Asia Pacific membawa tema ‘Memperkukuh Toleransi dan Kesederhanaan Demi Perpaduan, Keharmonian dan Keterikatan’.

Forum ini menghimpunkan pemimpin kerajaan, wakil sektor perniagaan, pertubuhan komuniti dan suara belia dalam perbincangan yang bermakna tentang bagaimana Malaysia dapat mengekalkan dan memperkukuh perpaduan dalam menghadapi kepelbagaian yang semakin meningkat.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Untuk maklumat lanjut mengenai program kelestarian dan CSR Yayasan MR D.I.Y., layari laman web MR D.I.Y. di www.mrdiy.com atau kunjungi saluran media sosialnya di Facebook, Instagram, dan TikTok.