KUALA LUMPUR, 1 Disember 2024 – Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 menandakan satu pencapaian penting bagi hubungan perdagangan Malaysia yang semakin meningkat dengan China.
Dengan lebih daripada 200 jenama terkemuka dari China dan tempatan mempamerkan produk mereka, ekspo tersebut dijangka dapat mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala dan memperluaskan peluang perniagaan di seluruh Asia Tenggara.
Selain itu, acara ini yang mengunjurkan transaksi bernilai RM60 juta bahkan turut meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China pada tahun ini.
“Seperti pepatah Cina yang mengatakan, ‘Orang dulu menanam pokok, generasi berikut menikmati teduhannya’.
Acara ini menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskan dan memperluaskan lagi legasi tersebut,” ujar Pengarah Urusan JMM Holding dan JMM Exhibition, Albert Chan yang turut merupakan penganjur ekspo dalam ucapan perasmiannya.
Ekspo tersebut merangkumi pelbagai sektor seperti solusi tenaga baharu, teknologi elektrik pintar, fesyen, produk gaya hidup dan inovasi rumah.
Kehadiran delegasi perniagaan antarabangsa dari China dan Pakistan turut menguatkan lagi kepentingan ekspo sulung ini, sekali gus mengetengahkan peranan penting Malaysia sebagai hab berbilang budaya dan bahasa untuk perdagangan serantau di seluruh Asia Tenggara.
Komitmen Teguh Kerjasama Dua Hala
Acara ini bertepatan dengan pengumuman terkini China mengenai pelanjutan polisi pengecualian visa selama 30 hari untuk warganegara Malaysia, yang dijangka dapat meningkatkan lagi kerjasama merentas sempadan.
Ia menekankan bahawa ekspo tersebut melambangkan kepercayaan bersama dan perkongsian matlamat selama berdekad lamanya, serta menawarkan peluang penting kepada perniagaan untuk berhubung, bertukar idea dan meneroka pertumbuhan baharu.
Menyokong Visi ESG Malaysia
Sejajar dengan komitmen Malaysia untuk mengutamakan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) seperti digariskan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Belanjawan 2025 yang memperuntukkan lebih RM300 juta untuk peralihan sektor tenaga tempatan, ekspo ini turut mempamerkan teknologi hijau terkini.
Inovasi ini merangkumi fotovoltaik solar (PV), sistem penyimpanan tenaga, cerucuk pengecasan, pencahayaan, peralatan rumah dan penyelesaian mesra alam lain vagi menacapai matlamat kerajaan Malaysia untuk mencapai 31 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang 2025 dan pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Ekspo Menjangkakan Transaksi Perdagangan RM60 Juta dan 15,000 Pengunjung
Merupakan acara sulung yang bersejarah, Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 ini dijangka menarik lebih daripada 15,000 pengunjung serta menjana transaksi perdagangan sebanyak RM60 juta sepanjang tiga hari penganjurannya.
Tinjauan positif terhadap acara ini mencerminkan peranan kerjasama Malaysia-China yang semakin meningkat dalam memacu pertumbuhan ekonomi, inovasi dan kelestarian.
Pandangan Hadapan: Prospek Kukuh Untuk Pertumbuhan Masa Depan
Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 dianjurkan bersama oleh Malaysia Guangdong Chamber of Commerce (MGCC) dengan sokongan beberapa organisasi terkemuka, termasuk Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC), Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia (TEEAM) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
Selain itu, menyedari perubahan tingkah laku pengguna pasca-pandemik.
“Menjadikan Kuala Lumpur sebagai langkah pertama dalam perjalanan ini, ekspo ini merupakan penanda aras penting dan kami berharap dapat memperluaskan lagi jejak kami ke seluruh Asia Tenggara pada tahun-tahun mendatang,” katanya.